Wednesday 12 October 2011

Suamiku, Oppaku 3

Suamiku, Oppaku 3

Alahai, excitednya aku hari ini! Tak sabar nak jumpa member-member lama zaman sekolah menengah dulu. Cewah, aku cakap member-member tu macam ramai je. Padahal, nak jumpa tiga orang je pun. Aku nak pakai baju apa ye? Dress? Feminin sangat. Aku mana main pakai dress, pakai jeans sudah. Pintu almari ku buka dan aku mula membelek-belek baju yang ada. Maklumlah, aku ni jarang bershopping. Jadi nak pakai baju pun, mix and match je la kan. Jimat dan bergaya, hehe. Mataku terhenti kepada sehelai t-shirt berlengan panjang yang berwarna hitam. Segera aku keluarkan untuk dipakaikan bersama jeans biru berjenama levis. Aku memilih selendang berwarna biru gelap untuk dipakai.

“Woi, Ecah! Rindunya kau !”, jerit Aya kuat macam jarak kami sebatu padahal tak sampai satu meter pun.

“Tau lah kau excited nak jumpa aku, sampai aku kat depan ni pun kau nak jerit ye”, perli aku. “ Wah, bukan main eh kau sekarang ni. Makin lawa, hehe”, tambahku lagi.

“Bukan salah aku ye, mulut aku yang salah. Eleh, kau pun apa kurangnya. Eh, takkan nak sembang dekat sini kot? Jom lah, kita beratur dulu, beli tiket wayang. Kau nak tengok cerita apa?”

Aku melihat sekeliling. Mana lagi dua orang member aku ni? Lambat betul sampai. Tau tak aku dah tak sabar nak jumpa diorang ni? “Jom tengok Hantu Bonceng wei. Macam best je aku tengok Zizan dengan Juliana Evans tu berlakon. Zizan tu dah la lawak, haha. Eh, mana si Sarah dengan Elena? Batang hidung pun tak nampak ni”

“Oh, tadi Elena ada call aku. Dia tumpang si Sarah tu. Dia pergi isi minyak kejap. Kang tak pasal berhenti tengah jalan. Aku dengan kau jugak yang gelak tak ingat dunia nanti, hahaha. Kejap lagi sampai lah tu.”

Setelah selesai membeli tiket, kami berjalan-jalan sebentar sementara menunggu wayang untuk ditayangkan.

“Kau apa cerita sekarang ni Ecah?”, soal Aya.

“Aku masih lagi menganggur. Sebenarnya, ada juga lah beberapa syarikat offer aku kerja. Tetapi, aku tak puas enjoy lagi. Hehe”, balasku.

“Konon kau jual mahal lah ni? Pirahhhh!”, Aya menunjukkan gaya tangan ke atas apabila dia menyebut perkataan pirah.

“Ish, tau-tau je kau ni kan. Kau pulak, amacam? Makin bergaya lah kau. Tadi aku tengok, ingatkan model mana, rupa-rupanya kau. Mesti dah ada ehem-ehem kan?”, aku cuba menyerkap jarang. Mana lah tau kan kalau kawan aku sorang ni dah berpunya. Yelah, orang lawa kan, siapa yang taknak..

“Woi! Ke situ pulak kau ye. Kau pun apa kurangnya. Makin berseri-seri muka tu. Buat pengetahuan kau, I’m still single but unavailable okay. Sekarang aku jadi penulis skrip bebas. Mana-mana syarikat perfileman yang nak aku, aku buat skrip untuk diorang”, Aya bersungguh-sungguh menafikan pertanyaan aku. Siap geleng kepala lagi tu.

“Peh, gaji kau mesti masyuk kan? Akhirnya, tercapai juga cita-cita kau nak jadi penulis skrip. Cerita-cerita kau mesti best punya lah. Dulu, aku ingat lagi,. Semua cerita yang kau tulis, aku baca tau! Berkat ajaran aku jugak, hehehe”, balasku sambil tersengih.

“Yelah, Ecah. Kau aje yang terer..hehehe, terima kasih atas pujian anda”

Aku tersenyum simpul mendengar perlian kawan karibku, Aya. Kitorang memang daripada dulu macam ni. Aya ni memang dah kenal dengan perangai aku yang agak suka memuji diri, hehe. Dah diri ini bagus, nak buat macam mana? Statement yang agak poyo tu Ecah!

“Ecah! Aya!”

Aku memalingkan mukaku apabila mendengar dua suara yang agak ku kenali. Sampai juga diorang ni!

“Haa.. baru Nampak batang hidung si Sarah dengan si Elena ni. Ingat kan tak jadi pergi tadi”, perli Aya.

“Tau takpe, korang ni isi minyak ke jual minyak?”, tambah aku. Syok betul kenakan diorang.

“Merepek lah kau, Ecah! Jalan jam lah tadi. Ada accident”, balas Sarah.

“Uish, teruk ke accident? Sampai jalan jam”, soal Aya.

“Accident seciput je.Tapi macam kau tak tau. Orang Malaysia ni kan prihatin. Kalau accident sikit, mula lah berhentikan kereta nak tengok. Tu yang jalan jam tu”, giliran Elena pula menerangkan situasi yang berlaku.

Statement Elena tu tepat sekali. Aku hanya mengangguk-nganggukkan kepalaku. Tiba-tiba aku teringat yang wayang akan bermula tidak lama lagi.

“Wey, wayang dah nak start lah! Ni tiket korang. Korang masuk dulu, aku beli popcorn dengan air dulu”

“Biar aku teman kau, Ecah. Kesian pula kawan aku yang comel ni masuk panggung seorang diri”

“Haha, kau ni Sarah. Macam tau je kan aku suruh someone teman aku”

Hehe, aku bukan tak berani pergi beli popcorn sorang-sorang, Cuma, aku takut kalau aku tak jumpa tempat duduk bila aku masuk panggung nanti. Tak ke naya, duduk tempat orang lain nanti? Eleh, cakap je lah yang kau takut gelap, Ecah oi. Setelah selesai membeli popcorn dan air, aku dan Sarah masuk ke dalam panggung.

*********

Aku gelak terbahak-bahak lepas keluar dari panggung wayang tu. Zizan memang berjaya membuatkan aku ketawa. Well, aku memang tertarik dengan lelaki-lelaki yang boleh membuatkan aku ketawa. Bukan macam mamat Bagak tu! Muka masam mengalahkan lemon! Aku lagi sanggup minum jus lemon lah daripada menatap muka mamat tu. Huh, memang patut aku panggil dia mamat Bagak! Aduh, apahal aku dok fikir pasal mamat tu? Buat rosak mood aku je!

“Hoi, teringat boyfriend ke Cik Ecah?”, tiba-tiba saja Aya bersuara.

“Eh, setahu aku lah kan, Akak Ecah kita ni tak minat bab-bab couple ni. Tapi, mana lah tau kalau sekarang ni dia da-….”, giliran Sarah pula mencelah tetapi aku lagi cepat mencelah.

“Apa pula teringat boyfriend ni? Ish, tolong lah weh. Tak kuasa aku nak bercinta bagai. Tadi, err err”, alamak, aku nak cakap apa ni. Takkan aku nak cakap pasal aku teringat kat lelaki tu pulak? Pengsan sepuluh kali diorang. Aku? Teringat lelaki? Hahaha, mustahil. “Jom makan! Aku dah lapar ni. Setakat makan popcorn, baru isi perut aku setakat 15% je wei. Nak makan dekat mana?”, aku cepat-cepat mengubah topik. Rimas lah aku kena soal bab boyfriend-boyfriend ni. Bukan aku tak minat lelaki ke apa tetapi ada lah kisahnya…

“Jom makan dekat Restoran Makanan Sedap!”, Elena memberi cadangan.

“Haa, kat mana tu?”, soal Sarah.

“Dekat kedai lah!”, jawabku pula.

Bahuku ditampar serta-merta. Nampaknya Sarah masih belum berubah. Dia ni sejak zaman sekolah asyik menampar orang kerjanya. Tampar bahu, badan, lengan dan yang paling khas untuk sesiapa yang melampaui batas, tampar pipi. Jangan main-main dengan si Sarah ni. Badan je pendek, tapi tangan tu berbisa. Aku ulang ye, berbisa. Bagi aku yang dah biasa kena tamparan dia ni, sakit sikit je lah. Yang first time kena tu, what can I say? Padan muka! Muahaha. Bak kata orang, kecil-kecil cili padi.

“Pedih lah woi! Aku nangis kang baru tau”, aku sengaja berpura-pura sakit sambil menggosok-gosok bahuku. Tapi memang sakit pun, huhu.

Elena dan Aya hanya ketawa melihat gelagat kami. Memang kita orang dah biasa dah kena tamper dengan Sarah ni. Kawan karib katakan…Nak tampar ke, memerli ke, mengutuk ke semua boleh. Jangan ngorat sudah lah ye. Tau lah aku comel, hehe. Perasan kau Ecah!

*********
La..tak lah jauh mana Restoran Makanan Sedap ni. Dekat bahagian luar shopping mall saja. Aduh, ada pulak ye nama restoran macam ni, Makanan Sedap? Hahaha! Nak tergelak aku. Konon nak pakai the law of attraction lah tu. Nak tarik perhatian orang. Dengar je Restoran Makanan Sedap, mesti secara automatic orang akan terbayangkan semua makanan sedap kat situ. Jangan tak sedap sudah lah, aku tukar jugak kang nama kedai tu jadi Restoran Makanan Tak Sedap. Haih, kenapa mulut aku jahat sangat ni? Tak baik betul.

“Ye, cik. Nak order apa?”, soal pelayan itu dengan muka yang mesra. Macam ni lah bagus. Nak serve orang, kena lah ikhlas kan. Senang hati pelanggan nak makan nanti, hehe.

“Teh ‘o’ ais and nasi goreng cina”, dengan pantasnya aku terus order dekat pelayan itu. Pelayan itu hanya mengangguk-ngangguk sambil menulis apa yang aku order tadi.

“Saya nak kue tiau kungfu dengan fresh orange”, giliran Sarah pula untuk order.

“Nasi goreng pattaya dua, milo ais satu, horlick ais satu”, Elena pula memberi order untuk Aya sekali. Dah dekat 5 minit 50 saat aya dalam tandas. Apa lah yang dia buat tu. Tengok cermin lah tu, huhu.

Tak sampai 10 minit, semua makanan dengan minuman dah sampai. Bagus jugak ye service dekat kedai ni. Biar aku rasa sikit makanan dia. Dah kata Restoran Makanan Sedap kan, makanan mesti lah kena sedap.

“Sah! Memang sah!”, jeritku sambil menyuapkan lagi nasi goreng cina ke dalam mulutku. Memang sedap lah nasi goreng cina kat kedai ni. Bagus, makanan sedap, hati aku pun senang. Memang daripada kecil dulu, aku suka makan nasi goreng cina ni. Favourite food lah katakan..

“Apa yang sah?”, tiba-tiba Aya mencelah. Baru keluar daripada tandas lah tu.

“Memang sah kau ni hantu cermin! Kah kah kah”, aku memang suka kenakan si Aya ni. Gelak-gelak pun sempat lagi menyuap sesuap,dua suap sudu nasi ke mulutku.

Sarah dan Elena hanya memandang aku dan Aya sambil tersengih.

Aku meneruskan kegiatan aku yang tak seberapa nak senonoh ini. Apa lagi kalau bukan melahap. Anak dara di rumah, tolong jangan ikut perangai aku ye. Tiba-tiba aku terdengar satu suara lelaki ni. Aku macam kenal suara ni. Ni macam suara pujaan hati, eh bukan. Maksud aku suara mamat Bagak tu merangkap mamat baran campur berlagak. Dah macam gagak bunyinya, tapi lelaki tu memang layak dapat nama ni.

“Saya nak order macam yang perempuan tu makan dan carrot juice satu”, lelaki itu memberi order kepada pelayan yang ambik order aku dan kawan-kawanku tadi. Haish, mamat ni, kalau ye pun nak order, cakap je lah nasi goreng cina. Ni nak jugak tunjuk ke arah aku. Apasal lah setiap kali aku tengah happy, mamat tu muncul? Ibarat hujan datang lepas si ibu baru selesai sidai kain. Eh, boleh pulak reka-reka perumpaan ye Ecah? Dengar Puan Rozana merangkap si cikgu Bahasa Melayu masa aku form 5 dulu, cubitan 360 darjah lah jawabnya.

 Sambil makan, aku ada tengok juga lelaki kat sebelah ni. Amboi, sopannya cara dia makan..Tak macam aku, melahap. Lantaklah, bagi aku dengan melahap lah kita dapat menikmati sepuas hati makanan itu. Tapi, jangan lah melahap sampai tercekik pulak. Jangan risau, aku melahap secara ‘sopan’. Takde nak tercekik punya, kah kah kah.

Setelah semua dah selesai sesi kenyangkan perut, masing-masing minta diri nak balik. Puas hati jugak aku jumpa diorang hari ni. Macam-macam cerita keluar, daripada kes buang bayi sampai lah ke mermaid. Off topic betul.

“Takpe lah, kali ni aku belanja okay”, aku menawarkan diri untuk belanja diorang.

“Eh tak payah lah  Ecah”, Aya berkata.

“Takpe, aku ikhlas ni, lagi pun dah lama tak jumpa kan. Ala, sekali-sekala belanja, apa salahnya”, aku cuba meyakinkan diorang yang aku ni memang betul-betul nak belanja diorang. Aku tunjukkan sikit muka ikhlas ni supaya diorang percaya yang aku ni ikhlas. Perlu ke?

Akhirnya, mereka mengalah juga dengan aku. Aku memberi bil kepada tauke kedai itu.

Setelah selesai dikira tauke kedai itu berkata, “semuanya RM43.25, cik”.

Aku mencari dompetku di dalam beg. Alamak, mana pulak dompet ni? Puasku cari, masih tidak ada. Ala! Baru aku ingat, agaknya aku tertinggal dompet dalam kereta kot sebab aku ada kira duit dalam kereta tadi. Aduh, buat malu muka aku je. Dah lah confident gila nak belanja diorang. Boleh pulak tertinggal dompet. “Cik tunggu kejap ye”.

“Cik, kira sekali bil diorang. Saya bayar”, lelaki itu bersuara.

Aku menoleh kan ke belakang. Mamat Bagak! Mulutku ternganga sedikit. Nasib baik lalat tak ada. Kalau tak, dah lama singgah dalam gua berisi batu putih a.k.a gigi putih aku ni, hehe.

“Anggap aku dah balas budi kau selamatkan wallet aku haritu. Lagi pun ramai lagi beratur dekat belakang”, Aireyl menghalakan jarinya ke belakang sambil menunjukkan mukannya yang masam itu. Woah, nampaknya memang ramai pun orang menunggu giliran diorang untuk bayar dekat kaunter. Setelah Aireyl selesai bercakap, dia terus ambik baki duit yang diberi oleh tauke kedai itu. “Oh, yeah. One more thing. Make sure kau tak muncul lagi depan aku lepas ni sebab kau ni menyusahkan. Huh, konon nak belanja kawan, dompet pun entah ke mana”.

Dush, ayat sepedas cili padi dipadukan ke arahku. Apa kau kata?! Tak boleh jadi ni. Dah lah dengar perbualan antara aku dengan kawan-kawan aku. Berlagak pulak tu! Eee, teruknya! “Saya-..”

Belum sempat lagi aku bercakap, lelaki itu terus berjalan meninggalkan aku dan masuk ke dalam kereta Ferrari berwarna hitam. Enjin Ferrari mula mengaum dah terus meninggalkan kawasan kedai.

Aya, Sarah dan Elena terus mendapatkan aku. Semuanya memandang kearahku. Ni mesti nak suruh aku cerita apa yang jadi.

“Apa hubungan kau dengan lelaki tadi tu?”, tanya Elena.

“Haa? Hubungan? Kenal pun tidak nak ada hubungan apa pulak?”, balasku sambil menunjukkan muka bosan.

“Kau tau tak tadi tu siapa? Dia tu famous tau! Kebanyakkan perempuan kat Malaysia ni dok berangan nak couple dengan dia. Tak sangka dia pilih kau ye, hehehe”, nampaknya Aya pulak dah tersalah faham.

“Betul do apa yang Aya cakap tu. Dah lah kaya, kacak, dan cool! Minggu depan, dia start bekerja dekat syarikat tempat aku berkerja. Kalau kau nak tau, dia tu CEO dekat syarikat aku. Muda lagi, dah jadi CEO. Peh, dahsyat!”, giliran Sarah pula untuk memberi info terkini.

Macam lah aku kisah pasal lelaki tu. Apa gunanya kalau muka hensem, kaya semua tu kalau perangai teruk?

“Ops, korang dah salah faham ni. Aku tak ada apa-apa hubungan dengan lelaki tu. Ada lah kitorang beberapa kali terserempak. Tetapi, setiap kali jumpa je, mesti ada benda jadi. Lepas lelaki tu nak kerek dengan aku. Haish, menyampah aku!”, terangku. Mataku, ku julingkan sedikit ke atas. Ni memang menyampah betul ni. Kepalaku, ku garu sedikit. Rimas! Aku bukan boleh orang tanya banyak-banyak ni. Malas nak jawab. Apa pun, aku kena pulangkan jugak balik duit RM43.25 dekat mamat tu.

“Sarah, kat mana ek tempat kerja kau tu?”

“Kenapa?”

“Aku nak pulangkan balik duit yang dia bayarkan tadi”

“Alah, orang tu dah belanja tu. Terima je lah, hehe”

“Aku taknak lah hutang-hutang ni. Cepat lah wey, bagitau”

“Haa, ye lah. Nanti aku sms alamatnya. Tapi, minggu depan baru dia masuk”

Aku tersenyum puas. Wahai Mr. Bagak, hutang budi tak boleh dibayar dengan duit. Tak kira apa yang terjadi aku kena bayar balik duit tu.

“Cik, tadi lelaki yang duduk kat meja sebelah cik suruh kasi kertas ni. Nah..”, pelayan kedai itu menghulurkan sehelai kertas kepadaku. Ni mesti cilok kertas yang pelayan guna untuk ambik order.

“Oh yeke? Terima kasih”, kataku. Kertas itu sudah beralih tangan. Apa benda lah pulak ni?

Lain kali, cuba kau makan elok-elok sikit. Anak dara, tak elok melahap. Tak sopan J

Suka hati aku lah nak makan macam mana pun! Eee, geramnya aku…Kertas itu sudah kukoyakkan hingga menjadi seribu satu cebisan.

Saturday 24 September 2011

Info sekarang

Buat siapa-siapa yang tak tahu. Saya ada masukkan novel saya dekat penulisan2u.my. Rajin-rajin lah tengok, hehe. Tajuknya : Suamiku, Oppaku 

Tuesday 13 September 2011

Suamiku, Oppaku 2


“ Weh, kau ada dengar tak pasal CEO baru kita?”, bisik Asyraf.

“Apa dia? Ada-ada je kau ni eh”, balas Syafiq.

“Kau tau tak? CEO baru kita ni muda lagi tau. Baru berusia 24 tahun. Dia baru sampai Malaysia semalam. Dengar kata, minggu depan dia masuk office”, bisik Asyraf dengan semangat.

“Amboi! Bergosip nombor satu! Kerja semalam pun berlambak-lambak lagi. Ada masa lagi nak bergosip ye. Ingat, ‘masa itu emas’”, tegur Azliana. Haa, ni lagi satu ni. Punya lah berfalsafah pasal masa. Padahal, dia pun sama. Bukan nak buat kerja, sebaliknya curi-curi dengar perbualan antara Asyraf dan Syafiq.

“Eleh, macam lah aku tak tau yang kau nak dengar berita pasal CEO baru kita. Bukan meja kau sebelah sana ke? Dekat pintu masuk tu. Pergilah sambut tetamu Cik Azliana oi”, Asyraf cukup masak dengan perangai Azliana yang menyibuk tak tentu pasal. Kalau boleh, semua gosip dia nak tau.

Syafiq hanya menganggukan kepalanya tanda setuju.

Azliana mencebikkan bibirnya yang merah menyala. Ewah, mentang-mentang suka pakai gincu berlainan warna setiap bulan. Kali ini, warna merah menyala menjadi pilihannya. Kononnya, dia percaya yang warna terang itu akan menyerlahkan bibirnya yang seksi. Seksi ke? Hehe.

Aireyl berbaring di atas katil ‘queen size’ nya. Dia tidak tau apa yang mahu dilakukannya sekarang. Rumah besar pun tinggal seorang saja. “Sekarang ni baru pukul 7.30 pagi, baik aku berjalan-jalan di taman”, kata Aireyl sendirian. Dia sangat suka menghirup udara yang segar setiap pagi. Jika dia tidak melakukan apa-apa pada waktu pagi, dia akan meluangkan masanya dengan berjalan di taman. Oh, patutlah hensem si Aireyl ni hehe. Ehem, takkan penulis pun dah jatuh suka ni? Tak boleh jadi lah macam ni, hehe.

Aduh, pagi-pagi macam ni lah waktu yang paling sesuai untuk aku membuta. Dah lah lepas hujan pulak tu. Sejuk weh! Nak aje aku baring bawah selimut busuk aku ni. Hehe, jangan main-main. Besar-besar aku pun, masih ada selimut busuk tau. Aku simpan selimut busuk ni dan jaga dengan sepenuh hati aku sebab abah aku yang kasi selimut busuk ni masa harijadi aku yang ke-15 tahun.

“Awak berangan apa tu cik akak oi? Cepatlah siap!”, jerit Ayu sambil membaling bantal ke arah Aisyah.

“Hoi, apa main baling-baling ni? Nak kena hempuk? Ish, yelah, aku nak bersiap lah ni. Pergi tunggu dekat luar”, balasku sambil menggosok kepalaku. Adik aku ni agak-agak lah kalau nak balik bantal pun. Tengok time lah sis. Ni, masa aku tengah berangan lah kau nak baling bantal kan. Baik punya perangai..

Wah! Dah cukup satu pusingan aku jogging. Lepas ni nak pekena roti canai dengan the tarik, huhu. Eh, mana pulak adik aku ni? Alah, tak payah la jog lagi. Jalan-jalan sudah. Semangat betul adikku ini. Hah, ada bangku kat situ! Nak duduk kejap, hehe. Aku ni nak jog 2, 3 round? Huh, jangan harap lah, hehehe. Aku lebih suka berjalan. Eleh, padahal haritu punya lah malas nak jalan dekat Ikea kan. Okay, aku lebih suka duduk daripada gerakkan kaki yang memang dah menawan ni. Aku segera melabuhkan punggungku ke atas bangku itu.

Ramai betul yang rajin jog pagi ni. Tak reti nak tidur ke? Haha, rasanya aku sorang je yang nak tidur kot. Eh, macam kenal je mamat yang jalan tu. Macam pernah jumpa, tapi kat mana ye? Oh no! Mr. Bagak tu! Aduh, dia jalan ke arah sini lah pulak. Lebih baik aku lari cepat. Tubuhku yang baru nak berehat, ku angkat jua dan mula berjalan. Aduh, mana nak sorok ni? Okay, bawa bertenang. Fuhh, buat-buat jogging lah, apa lagi. Harap-harap dia tak nampak aku. Aku sudah meninggalkan dia. Apabila jarak aku dengan mamat tu dah jauh, aku menolehkan kepala aku untuk melihatnya. Tiba-tiba, aku ternampak seorang lelaki berlari. Haish, bukan main laju lagi ye.

“Nyamannya udara pagi ni. Elok jugak lah aku berjalan-jalan dekat sini”, kata Aireyl. Eh, asal lelaki tu lain macam je? Punya lah lari. Agak-agak lah nak lari ke jog ke, ada ke pakai jeans? Tapi dia pegang apa tu? Macam wallet aku tu. Aireyl segera meraba-raba poket belakang seluarnya. Kosong! “Woi, wallet aku!”, jerit Aireyl. Tak guna punya pencuri.

“Bodoh punya orang kaya, hahaha. Mesti banyak duit dia ni. Boleh la aku enjoy lepas ni..”, pencuri itu berkata sambil berlari. Laju betul kau berlari ye pencuri. Daripada jadi pencuri baik jadi wakil untuk lumba lari ke. Ada juga faedahnya.

Oh. Patut lah kau asyik ikut je si Mr. Bagak tu. Nak mencuri rupanya, hehe. Bagus, biar rasa kan! Siapa suruh pakai macam orang kaya? Aik, yang aku ni tak puas hati sangat ni kenapa? Tetapi, kesian pula dekat mamat tu. Takpe lah, kali ni biar aku tolong dia. Jaga kau pencuri! Aku segera  meletakkan kaki aku di hadapan. Pencuri yang berlari laju itu tidak sempat nak ‘brake’ kakinya dan terlanggar kakiku. Apalagi, mulutnya terus mencium tanah Melayu ini. Kan bagus tanah ni berlecak. Biar kau rasa sikit ‘chocolate milkshake’ special punya.

“Lain kali nak berlari tu tengok depan. Bak sini wallet tu. Orang lain berpenat-lelah pergi berkerja demi mencari rezeki yang halal, siap ada yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang jual kuih tepi jalan. Kau pulak senang-senang je mencuri. Tak malu ke?”, kataku sambil merampas wallet daripada tangannya yang sudah terketar-ketar itu. Aik? Tak akan lah mamat ni takut kot. Ni, aku baru ceramah je ni. Tak masuk lagi langkah silat. Sejak bila aku belajar silat ni? Agak-agak lah nak bajet yakuza pun Ecah oi. Ada bakat membebel jugak aku ni rupanya, hehe. Aku ni bagi nasihat macam lah bagus sangat. Padahal, aku sendiri pun tak kerja lagi, hehe.

Perempuan mana pulak yang belasah pencuri tu? Ganas jugak minah ni ye. Siapa dapatkan wallet aku lagi. Apa-apa pun ego perlu dijaga, ehem. Aireyl mula berpusing ke belakang dan berjalan.

Aik, asal mamat tu patah balik. Macam tak nak je wallet dia balik. Dah lupa ke wallet dia kena curi?Kalau kau tak nak, aku ambik, huhu. Tu dia... niat jahat sudah datang..“Hey, pencuri. Apa nama kau?”

“Aizad. Tolong wey. Lepaskan aku. Ni first time aku curi wallet orang. Selama ni aku-“

“Dah kali ni aku lepaskan kau. Alan, kau dengar ni. Lepas ni, pergi cari kerja elok-elok. Nak cari rezeki tu, biar halal, baru berkat hidup kau”

“Okay, terima kasih dik. Aku pergi dulu”

Jap, dia panggil aku adik? Nampak muda sangat ke aku ni? Ah, dah dia panggil aku adik, maksudnya aku ni awet muda la kan. Nak buat macam mana, kena lah terima hakikat. Ewah-ewah. Sempat lagi perasan aku ni. Hidung aku dah kembang-kuncup ni. Aku mula teringat balik pasal mamat berlagak tu. Aku pusingkan kepala aku untuk melihat lelaki itu. Jauhnya kau jalan! Ni yang nak kena kejar ni.

“Tunggu! Tunggu!”, jeritku sambil mengejar lelaki itu. Fuh, akhirnya sempat jugak kejar. Aku mula berjalan ke arahnya apabila dia berhenti.

“Nah, wallet awak”, aku menghulurkan wallet kepadanya. Mahal juga wallet ni. Edisi terhad jenama terkenal tu. Tak tengok lagi isinya. Mesti beratus-ratus duit ni. Eh tak, beribu-ribu kot! Aku mengelap sedikit peluh yang mula menitik di dahiku. Sengal jugak kaki aku nak kejar mamat ni. Dah la kena langgar dengan pencuri tu. Ish, tak baik mengungkit. Kalau nak berbuat baik, biar lah ikhlas.

Laju jugak perempuan ni. Aku jalan laju-laju pun dia sempat kejar. Tanpa disedari, Aireyl berasa kagum sedikit dengan perempuan itu. Sikit je okay, hehe. “I can buy another wallet. No need to give it back”

Speaking pulak mamat ni. Berlagak pulak tu. Nak control macho la tu, hehe. “Tapi dalam ni mesti ada benda berharga kan. IC awak, duit and kad. Nanti tak pasal-pasal jadi warga P.A.T.I. Nak ke?”, aku menjawab sambil terus menghulurkan wallet itu kepadanya.

“Aku boleh buat baru”

“Awak ni, penat-penat je saya tolong. Ambik je lah”

Ada aku suruh kau tolong?”

Eeee, kerek la lelaki ni! Kalau aku tau, aku biar je wallet dia kena curi. Tak sampai hati la pulak. Yelah, aku kan baik. Tak terlintas difikiran ku tadi untuk membiarkan sahaja pencuri itu terlepas. “Ambik je lah”, aku terus meletakkan wallet itu ke atas bahunya. Terpaksa la berjengket sikit, hehe. Aku terus berlari meninggalkannya.

Perempuan ni… letak wallet dekat bahu aku? She is so unpredictable, huh.

Monday 12 September 2011

Huh, Basikal Punya Pasal 5

"Kring!!!", jam loceng berbunyi.

"7.15? Dah lambat!", Syafiqah segera bersiap untuk pergi ke sekolah.

Dalam sekelip mata sahaja Syafiqah sudah siap mandi dan mencapai baju sekolah yang tergantung di dalam almari. Sah mandi kerbau je minah ni. Syafiqah hanya minum air masak di atas meja dan terus bergegas ke pintu untuk memakai kasut sekolahnya. 

"Err, Syafiqah! Tunggu jap!", jerit emak Syafiqah.

"Mak, saya dah lambat ni. Saya pergi dulu ye.", Syafiqah terus memotong cakap emaknya. Setelah selesai bersalam dengan emaknya, dia cepat-cepat meninggalkan emaknya yang bingung.

Sambil berlari, Syafiqah melihat jamya. Sudah pukul 7.25 pagi ni.

Beberapa minit kemudian, Syafiqah sempat sampai ke sekolahnya pada pukul 7.29 pagi.

"Ke... kenapa sekolah kosong? Pengawas pun tak ada? Aku lambat sangat ke? Aduh, macam mana ni...", Syafiqah kehairanan.

"Hahahahaha...uhuk uhuk. Hahahaha!", kedengaran suara orang gelak terbahak-bahak sampai terbatuk.

"Siapa tu?", Syafiqah menoleh ke belakang untuk melihat gerangan lelaki itu.

Kelihatan Syafiq dan Zakril di belakangnya. Tetapi, terdapat sesuatu yang aneh. Kenapa diorang tak pakai baju sekolah?

"Korang ponteng eh? Aku report dekat cikgu nanti baru tau!", Syafiqah bersuara dengan nada yang menggertak. Dia memang pantang kalau murid sekolah tak ikut peraturan. 

Zakril hanya tersenyum. Syafiq pula meneruskan ketawanya yang agak 'over' tu.

"Eh, kau jangan nak tuduh melulu sahaja! Cuba kau tengok hari ini hari apa.", sindir Syafiq.

"Hari khamis! Hari sekolah lah..Eh? Kejap.", Syafiqah terdiam seketika. Mukanya mula merah padam.

Asal bengong sangat aku ni? Hari ni cuti sempena hari sekolah ditubuhkan lah. Macam mana aku boleh lupa ni? Ini dah memalukan! Dah la Zakril ada, aduhai. Mana nak letak muka ni. 

Syafiqah segera berlari entah ke mana. Asalkan dapat larikan diri daripada Zakril dengan si poyo tu sudah. Malang tidak berbau, Syafiqah terlanggar batu dan terjatuh.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Sakit ke? Biar saya sapukan minyak gamat ye?", kata Zakril.

"Eh, takpe lah. Biar saya sapu sendiri.", Syafiqah cuba mengambil botol minyak gamat daripada Zakril tetapi Zakril sempat mengelak. 

"Awak ni degil lah, kan tangan awak sakit. Biar saya sapukan", Zakril berkata lagi.

Syafiqah terpaksa membiarkan Zakril sapukan minyak gamat di tangannya. Kemudian, Zakril membalut tangan Syafiqah menggunakan sapu tangannya. Syafiqah agak terkejut dan dengan tindakkan Zakril itu.

Zakril yang perasan akan reaksi Syafiqah itu sengaja mengusiknya, "Jangan risau lah. Saya baru je beli sapu tangan tu. Tak sempat nak lap hingus lagi."

"Er, kenapa awak balut tangan saya guna sapu tangan ni? Dah la baru. Apa-apa pun terima kasih ye tolong rawat tangan saya ni. Sapu tangan ni, nanti saya basuh dulu. Dekat sekolah nanti saya kasi balik sapu tangan tu", kata Syafiqah.

Belum sempat Zakril menjawab, Syafiq yang hanya terdiam tadi tiba-tiba gelak terbahak-bahak.

"Tak sangka kau ni ada minyak gamat! Siap dengan sapu tangan lagi. Ye lah, mamat macho macam kita main bawak barang camni. Kau macam tau je kan budak perempuan ni nak jatuh. Apa lah, jalan pun tak betul", kata Syafiq.

"Eh, kau jangan main-main Syafiq. Minyak angin pun aku bawa tau. Mana la tau kalau ada kecemasan ke, boleh lah aku tolong. Ni haa, boleh jugak aku rawat si bidadari ni", balas Zakril sambil mengenyit kan matanya ke arah Syafiqah.

Apa dia panggil aku? Bi... bidadari? Aduh, Zakril ni buat aku segan je lah.

"Zakril, terima kasih ye. Awak dah tolong rawat saya. Saya balik rumah dulu. Esok jumpa lagi!", kata Syafiqah.

"Eh, biar lah saya temankan awak. Bahaya lah awak jalan seorang diri saja. Awak ni dah lah comel, nanti ada mamat Indon kacau baru tau. Eh tak, maksud saya, orang mengorat awak nanti. Takde chance lah saya nanti", Zakril lebih galak mengusik Syafiqah.

"Syafiq terlopong, "Eh, mana boleh bro! kita kan dah set nak main dota dekat cybercafe tu. Lagi pun, game dah nak start ni.

Syafiqah menggelengkan kepalanya ke arah Zakril dan mencebik ke arah Syafiq seperti menyuruh Zakril mengikut Syafiq.

Namun, apakan daya. Zakril tetap akan keputusannya.

"Kalau macam tu, aku gerak cc dululah, chow!", kata Syafiq.

Zakril mengangguk tanda setuju.

Syafiqah mengeluh kecewa. Haih, kenapa lah Syafiq tak gentleman macam Zakril ni? Takkan dia tak ada perasaan langsung? Dasar si hati batu.

"Kenapa aku frust sangat ni?", Syafiqah berbisik dalam hatiinya sambil menggenggam tangannya.

Pada malam pula..

"Sapu tangan tu awak simpan je lah. Saya bagi hadiah dekat awak", kata-kata Zakril masih terngiang-ngiang dalam kepalanya.

"First time aku dapat hadiah daripada seorang teman lelaki. Walaupun ia hanya sapu tangan. Ia sangat berharga bagi aku", kata Syafiqah sendirian sambil memegang erat sapu tangan Zakril itu.

Tetapi apabila terfikir tentang Syafiq yang hanya meninggalkan dia dengan Zakril, Syafiqah menjadi hampa.

Di sekolah, Syafiqah belajar seperti biasa. Tiba-tiba..

"Syafiqah! Pengetua panggil engkau!", jerit Dodi.

"Woooo", satu kelas berbunyi.

Entah kenapa, setiap kali seseorang murid itu dipanggil oleh pengetua, pasti ada rakan sekelas yang menganggap bahawa murid itu telah melakukan kesalahan. Yelah, bukan senang nak masuk bilik pengetua. Kalau ada kes serious je baru dijemput masuk ke dalam bilik beliau.

Syafiqah berjalan perlahan-lahan menuju ke tingkat dua. Tangga-tangga di situ dipijaknya dengan berhati-hati. Sekiranya tersungkur, dia juga yang susah nanti. Dia mula teringat apa yang berlaku kepada rakan karibnya, Amila pada tahun lepas.

"Amila, baik kau angkat kain kau tu yang labuh tu. Nanti, free-free je kau jatuh macam nangka busuk". kata Syafiqah.

"Ala wey, jangan la risau. Bab-bab nak naik tanggan ni, tutup sebelah mata pun boleh la wey", balas Amila.

Tiba-tiba, kain Amila tersangkut di bawah tapak kasut sekolahnya yang tak berapa nak putih. Maklumlah kasutnya tidak pernah dibasuh, hanya kapur yang diletakkan. Dah nampak macam kasut 10 tahun pun ada. Apa lagi, badan Amila dah pun tergolek-golek di atas tangga macam ayam golek. Akhirnya, dia mendarat di atas lantai yang tak seberapa nak bersih tu. Agaknya bibik ambil cuti masa tu kot. Tu yang berhabuk tu.

"Aduh! Sakit woi! Jatuh tangga ni lagi kuat penangannya daripada jatuh cinta!", jerit Amila.  Tau pun sakit, lain kali labuhkan lagi kain tu, biar buat pesta bergolek di atas tangga. Boleh lah turun sikit berat badan tu. Hehe, turun 0.000001 gram lah.

Syafiqah tergelak apabila teringat akan peristiwa tahun lalu. Huish, dekat tangga pun boleh berangan ke? Langkahnya diteruskan hingga sampai di depan muka pintu pejabat. Pintu bilik ditolaknya perlahan-lahan.

"Kau?!", Syafiqah dan Syafiq saling menjerit sesama sendiri. Mana taknya, musuh dah ada di depan mata. Syafiqah turut membesarkan matanya macam ada pocong yang berada di depannya sekarang ini. Tetapi, macam tak sesuai la pulak nak disamakan dengan pocong. Syafiq terlalu kacak untuk menjadi pocong. Cuba bayangkan kalau Syafiq yang menjadi pocong. Silap hari bulan, bukan pocong yang kejar orang, tetapi orang pula yang kejar pocong. Masing-masing turut menunjukkan muka tidak puas hati.

"Baguslah kamu berdua dah rapat macam ni", giliran pengetua pula untuk bersuara.

"Tetapi, kenapa pengetua panggil saya dengan dia?", tanya Syafiqah sambil memandang muka Syafiq.

Bersambung ;D





Tuesday 16 August 2011

Suamiku, Oppaku 1


“Tok, tok, tok!”, bunyi ketukan pintu kedengaran.

Siapa pulak yang kacau aku ni? Baru nak sedap tidur di atas katil yang empuk ini. Maklumlah, semalaman tak tidur sebab kena buat kerja. Sebagai penganggur, aku memang dah biasa buat kerja pagi - pagi buta ni. Opss, jangan salah faham. Maksud aku, aku suka mencari idea. Untuk apa? Untuk menulis novel, hehe. Pagi – pagi macam pukul 3 pagi tu adalah masa yang paling sesuai untuk mencari idea. Siapa je yang berjaga? Mestilah burung hantu, huhu. Tapi ada ke burung hantu dekat kawasan rumah di Bandar Shah Alam ni?

“Iye, kejaplah. Nak bukak pintu lah ni”, kataku. Badan yang terasa berat ni kuangkat juga dan berjalan malas kearah pintu. Tombol pintu kupulas dengan perlahan – lahan.

“Ya Allah, anak dara seorang ni. Lambat betul bangunnya. Tau tak sudah pukul berapa ni? Cepat bersiap, ikut ibu pergi Ikea”, balas ibuku sambil menepuk bahuku.

Aisey man… Ini yang aku malas ni . Ikea? Bagi aku, Ikea adalah tempat yang agak membosankan. Bukan apa, barang kat situ semuanya best-best belaka. Tetapi, kenapa aku  bosan? Sebab aku kena banyak berjalan dekat tempat tu. Maklumlah, Ikea kan luas tempatnya. Aku ni pulak, pemalas. Berjalan sikit, lenguh kaki. Dah macam orang tua rupanya, huhu. Padahal, baru berusia 23 tahun. Cewah, nak jugak sebut umur tu.

Di Ikea, aku hanya mengikut ibuku, dan memberi pendapat tentang hiasan apa yang patut dibeli. Entah kenapa, tiba-tiba je mak aku nak ubah style hiasan di rumah. Katanya, zaman sekarang, English Style yang sering menjadi kegemaran suri rumah untuk menghias rumah.

“ Haa, apa lagi? Cepat lah tolong ibu pilih barang. Haish, kamu ni, nama je ada degree  dalam Interior Design. Tapi, tak guna langsung kepakaran yang ada”, habislah ibu aku dah buat ceramah free kat sini, hehe.

Sebelum dia sambung dengan lanjut lagi ceramah freenya itu, baik aku cabut lari. Idea nakal mula tercetus dalam mindaku yang agak bijak ni, hehehe. “Kalau itu yang ibu mahu, Ecah pergi cari barang sekarang jugak, bye!”, aku segera melangkah pergi sambil melambai – lambai tanganku yang mulus kearah ibu kesayanganku. Yelah kan, ibu hanya seorang. Siapa tak sayang oi!

Ibuku merenung tajam ke arahku sambil menggeleng – geleng kepalanya. Dia sudah biasa akan perangai anaknya yang tak seberapa matang itu , huhu. Harap umur je 23 tahun, tetapi perangai seperti budak yang baru berusia 17 tahun…atau, muda lagi? Hehe.

“Hello, ma. Ini saja Aeryl nak bagitau. Aeryl dah sampai Malaysia pagi tadi. Sekarang ni jalan – jalan di Ikea”, kata Aeryl.

“Haa? Baru sampai pagi tadi terus pergi ke Ikea? Kenapa kamu tak rehat dulu? Dah pergi rumah atuk?”, soal Erin dengan nada yang geram. Dia sudah banyak kali berpesan kepada anaknya supaya melawat rumah bapa mertuanya. Nanti apa pula orang tua tu kata.

“Okay, don’t worry ma. Tomorrow, I’ll come to atuk’s house. Harini nak jalan – jalan kejap. Okay, I’ve got to go. Kirim salam sayang dekat papa and warga – warga Seoul, korea. Bye”, belum sempat mamanya bercakap, dia segera menamatkan perbualan.

Aduh, kenapa la besar sangat Ikea ni? Mahu tak patah kaki aku kalau jalan dekat sini setiap hari? Aduh, lenguhnya kaki aku. Eh? Ada tempat duduk lah! Bagus, line clear. Baik aku duduk sebelum orang lain duduk, hehehe. Aku mempercepatkan langkahku kea rah kerusi kosong yang terdapat di sudut dinding itu sambil tersengih. Rasanya, tiada siapa yang perasan akan kewujudan kerusi itu. Satu langkah lagi…

“Aduh, sakitnya kepala aku!”, aku terjerit di situ. Tak sempat nak control cun, terkeluar suara kasar pulak. Termalu seketika. Macam mana ada orang pulak kat depan ni? Aduh. Buat malu betul.

“Ouchh! Siapa pulak yang langgar aku ni? Masa berjalan tu tengok la sikit. Kepala batu ke apa ni? Sampai langgar hidung aku. Jalan tak ingat dunia betul ”, Aeryl berkata dengan nada yang marah.

Aik, aku baru nak minta maaf, mamat ni dah mengamuk. Sampai merah muka tu. Ni yang aku nak kena langgar prinsip dalam slogan “budi bahasa budaya kita” ni. Aku jalan ingat dunia lah woi! Tak nampak ke aku berpijak di bumi yang nyata ni? Hehe, aku marah ni dalam hati je lah.

“Minta maaflah, tadi saya tak nampak pun ada orang jalan dekat sini. Saya nak duduk dekat situ”, kataku sambil menunjuk kearah kerusi yang terletak di depan.

Ada aku tanya ke kau nak duduk dekat mana?”, balas Aeryl sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu. Mukanya diangkat sedikit ke arahku.

Wow, merah jugak hidung mamat ni, haha. Kuat jugak ye penangan kepalaku. Silap hari bulan, aku boleh guna kepala aku ni untuk pecahkan kelapa. Tapi, kenapa kelapa? Lantaklah. Aku tergelak memikirkan perkara itu. Berangan tak masuk akal betul.

“Ehem, ehem”, lelaki itu berdehem sedikit apabila melihat aku yang tiba – tiba ketawa. “Apa yang lawak sangat ha? Dah, kali ni aku maafkan. Pergi main jauh – jauh dan make sure aku tak akan nampak kau lepas ni”, kata Aeryl.

Eleh, macam lah aku nak sangat tengok kau ni. Dah la muka poyo gila. Tapi, kau ni bangsa apa ye? Nak kata melayu, muka tak macam melayu. Yang hairannya, fasih pulak bercakap melayu. Ish, asal pulak aku nak kena ambil tahu pasal mamat ni? Lantaklah.

“Whatever!”, jeritku sambil menjelir lidah ke arahnya. Aku betulkan tudungku yang agak serabut tadi. Nampaknya, muka mamat tu dah merah balik. Nak berasap balik lah tu. Apa lagi? Cabut lari!!!!

Friday 7 January 2011

Huh, Basikal Punya Pasal 4

" Syafiqah... ", seorang lelaki memanggil Syafiqah.

" Ye? ", balas Syafiqah.

" Aku suka kau ", balas lelaki itu.

" Okay, tak pernah lelaki suka aku. Buang tabiat ke apa? ", Syafiqah berbisik sendirian.

" Zakril kot, heheh ", Syafiqah berkata sendirian.

Syafiqah menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang suka dia tu.

" Syafiq? ", jerit Syafiqah.

" A'ah, ni aku, Syafiq. Sebenarnya, dah lama aku suka kau ", terang Syafiq.

" Tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ", jerit Syafiqah.

Syafiqah terbangun daripada tidur. Mimpi rupanya, hehehe. Banyak peluh kelihatan di dahi Syafiqah.

Kira - kira pukul 6.30 pagi,

" Syafiqah! Cepat sikit! Akak nak mandi pulak ", kata Syafira.

" Pergi je la mandi akak, susah susah je tanya saya, hahaha ", jawab Syafiqah.

" Yela, awak tu mandi satu jam. Kalau awak tak mandi lagi, lambat lah akak ", Syafira bercakap sambil menoleh ke kanan.

" Eh, biar betul kau dah mandi? Cepat betul eh kau harini? Aku mimpi ke apa ni? ", Syafira menggosok matanya banyak kali.

Syafiqah hanya tersengih sambil turun ke bawah untuk menikmati sarapan pagi. Emak dan ayah Syafiqah turut membeliakkan biji mata mereka apabila mereka melihat Syafiqah sudah siap untuk ke sekolah.

" Adik, hang ni okay ka? Awal betui hang bersiap ke sekolah na. Hari ini, meh ayah hantaq na? ", ayah Syafiqah hanya tersenyum dengan bangga.

Bukan apa, first time kot si Syafiqah ni siap awal ke sekolah. Kalau nak melepak ke, cuti sekolah ke, boleh pulak dia bangun awal. Hahaha.

" Apa salahnya sekali - sekala Peqah bangun awal? Hihihi. Tiba - tiba hari ini rasa macam semangat pulak nak pergi ke sekolah" , Syafiqah berlakon seperti gembira dan bersemangat. Padahal, mimpi ngeri pagi tadi. Tu lah bangun awal, hehehe. Ayat coverline ' baik punya ', ayat Dafi comel tu, pinjam jap, hehe.

Seperti biasa pada waktu pagi, perhimpunan diadakan. Semua orang berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku dan seterusnya lagu sekolah. Takpe, biar suara sumbang asalkan semangat ada, hehehe.

" Okay, hari ini cikgu nak buat pengumuman. Kamu semua tahu tak? Ada beberapa orang murid sekolah ini berjaya mengharumkan nama sekolah kita. Mereka berjaya memenangi tempat pertama dalam permainan suka rugby. Antaranya, Zaim, Khai, David, Zakril, dan... Syafiq ", terang cikgu Mat.

Syafiqah membeliakkan biji matanya. Macam Riska dalam 'Bawang Putih Bawang Merah' pun ada, hehehe.

" Ish, sejak bila mamat poyo ni masuk rugby? Tak pernah aku nampak batang hidung dia pun masa latihan rugby ", bisik Syafiqah dalam hati.

Ceh, minah ni gatai betul. Ada ke usha orang main rugby? Usha la orang main catur ke, hehehe. Nakal jugak minah ni. Tiba - tiba muka Syafiqah bertukar menjadi merah padam ala - ala ketam baru masak gitu. Tak pun, macam pipinya ada blusher. Dia teringat akan mimpinya pagi tadi. Yang hairannya, orang lain yang dia suka, orang lain yang dia mimpi. Ke, dia suka Syafiq, tapi taknak mengaku? Hahaha.

" Wey, pahal merah sangat muka kau ni Syafiqah? Mesti ada pape ni ", soal Nabiha.

" Tah, tak pernah aku tengok dia camni. Kecuali... dia tengah malu ", kata Amira tanda setuju.

Kawan - kawan Syafiqah bantai gelak terbahak - bahak. Beberapa orang pengawas yang menjaga perhimpunan memberi jelingan tajam yang tak brape nak seksi kepada mereka. Nak suruh diorang diam la tu. Syafiqah hanya mengerutkan mukanya. Lamunannya diteruskan.

" Kring! ", loceng sekolah berbunyi tanda waktu rehat sudah bermula.

" Syafiqah! Tunggu kejap ", jerit seorang lelaki.

Syafiqah menoleh ke belakang.

" Syafiq? ", Syafiqah mengeluarkan soalan bodoh.

Dah muka macam Syafiq, Syafiq la takkan Zakril kot. Hahahaha.

Syafiq mendekatkan dirinya dengan Syafiqah. Syafiqah mula membayangkan mimpinya pagi tadi. Adakah mimpinya akan menjadi kenyataan?

" Belakang kau.. ", kata Syafiq.

" Ke... kenapa dengan belakang aku? ", Syafiqah mula memikirkan yang bukan - bukan.

" Baju bahagian belakang kau kotor ", terang Syafiq.

Syafiqah cuba memeriksa baju belakangnya.

" Tapi takde pape pun ", kata Syafiqah.

Syafiq mencurahkan air milo ke bahagian belakang Syafiqah.

" Tapi sekarang ni kotor kan? Hahahaha! Padan muka kau. Kau tau tak? Pasal kau lah basikal kesayangan aku rosak. Aku hantar kedai pun diorang kata tak boleh repair dah ", kata Syafiq.

Syafiq menunjukkan muka puas hati dia. Haha, mana tak puasnya kalau dapat balas dendam. Dulu, dia kunci pintu tandas masa Syafiqah ada dalam tu tetapi terpaksa buka balik sebab dia kesian dekat Syafiqah. Apa lagi, ini lah masa yang sesuai untuk balas dendam, muahahaha. Syafiq menjangkakan bahawa Syafiqah akan menangis. Namun, sebaliknya yang berlaku.

" Kurang ajar kau! Eee, kau ni memang tak patut ada dekat sekolah ni! Haaa, ambik ni. Kau rasakan ", jerit Syafiqah.

Bekas berisi spagetti dan kuahnya dibaling ke Syafiq. Habis muka dan baju Syafiq kotor. Syafiq yang puas hati tadi mula menunjukkan muka bengisnya. Yela, mana tak jatuh saham kalau awek awek cun tengok dia macam ni.

Syafiqah ternganga. Dia tidak sangka yang dia sanggup buat sampai macam ni sekali. Syafiqah menunjukkan muka kesal.

" Pasal kau lah aku tak dapat makan spagetti yang mak aku masak! ", Syafiqah menjerit sambil menuding jari ke arah Syafiq.

La... sedih sebab tak dapat makan spagetti rupanya. Ingatkan menyesal sebab kesian kat Syafiq.

" Eh, apa kecoh - kecoh ni? Ni bukan concert Super Junior ye. Ya Allah! Apa kotor - kotor ni? Cepat bersihkan tempat ni sekarang! Kalau tak aku report kat cikgu, baru korang tau ", Dodi cuba mengugut.

Dodi ini adalah ahli kebersihan sekolah. Sepatutnya dia yang bertanggungjawab membersihkan kawasan sekolah. Tapi tak guna, asyik nak report dekat cikgu je tau. Nak bodek la tuh! Kah kah kah.

" Enggak papa, biarin aja saya yang cuci dong. Inikan kerja saya.. Udah, udah. Enggak usah gaduh ya.. ", tiba - tiba bibik sekolah mencelah.

Syafiq dan Syafiqah menjelir lidah ke arah Dodi. Dodi cepat - cepat menghilangkan dirinya.

" Mak! Peqah dah balik ni! ", jerit Syafiqah.

" Apasal kuat semacam kamu jerit ni? ", soal emak Syafiqah kehairanan.

" Takde papelah mak. Mmm.. mak baju Peqah kotor ni. Mak basuhkan ek. Hihihi. ", balas Syafiqah.

" Ish, kamu ni lasak betul. Baru sehari , baju dah kotor. 'Pot pet pot pet pot pet' ", emak Syafiqah memberi 'ceramah percuma'.

Syafiqah cepat - cepat berlari ke atas dan masuk ke biliknya.

" Rehat tadi, aku baru nak cari Zakril. Tak pasal - pasal si mamat poyo tu kacau. Habis basah baju aku. Tak guna punya laki! Ugh! ", kata Syafiqah sendirian.

Syafiqah memulakan sesi belajarnya selepas itu sebab bulan depan nak PMR dah. Ewah, lagi satu bulan baru nak bertaubat ye kak? Mentang - mentang genius, hehehe. Haha, takde lah. Sebenarnya, belajar tu sudah menjadi kebiasaan Syafiqah. Mana ada orang malas berjaya.

" Ish, pasal mamat poyo tu lah aku tak boleh nak concentrate. Ini takle jadi ni ", kata Syafiqah.

Syafiqah cuba untuk menumpukan perhatiannya tetapi gagal.

" Tet, tet ", handphone Syafiqah berbunyi, ada mesej la tu.

Syafiqah, esok kita jumpa dekat Starbucks. Saya ada hal penting nak cakap dengan awak ~ Zakril.

" Zakril nak jumpa aku nak jumpa aku? Nak melamar aku ke? Hahahaha ", kata Syafiqah sendirian.



Wednesday 5 January 2011

Huh, Basikal Punya Pasal 3

" Assalamualaikum!", seorang lelaki memberi salam.

"Waalaiku..( hensemnya mamat ni ), sempat lagi Syafiqah berbisik... musalam , awak ni siapa ek?", tanya Syafiqah.

"Saya Zakril, ini ada kuih. Emak saya yang suruh hantar kuih dekat sini ", terang Zakril.

Syafiqah mengambil kuih itu.

" Eh Syafiqah asal tak ajak Zakril masuk dalam rumah? Kesian dia penat penat datang sini nak hantar kuih yang mak pesan, hihi ", kata emak Syafiqah sambil tersengih.

Emak Syafiqah mengambil kain itu dan menghidangkannya untuk minum petang.

Zakril sempat menjeling rumah Syafiqah dan mengagumi susun atur rumah Syafiqah.

" Cantikya susunan perabot dekat rumah ni ", tiba-tiba terkeluar pulak suara Zakril.

" Hehe, kalau nak tau, Syafiqah lah yang susun atur perabot kat rumah ni. Dia ni memang minat nak jadi pereka hiasan dalaman ", rancak emak Syafiqah mem'promote' anaknya, hehehe.

Syafiqah hanya tersipu- sipu malu mendengar pujian daripada Zakril. Macam first time pulak minah ni kena puji. Tetapi, dia rasa macam pernah tengok muka si Zakril ni. Kat mana agaknya? Eh, ni bukan kawan si mamat poyo tu ke? Memang tak syak lagi Tapi Zakril ni tak sama langsung dengan si poyo tu. Zakril ni hensem, baik dan peramah pulak tu! Untung siapa yang jadi girlfriend dia, huhu.

" Apa yang awak tersenyum sorang - sorang tu ? ", tanya Zakril.

Tersentak Syafiqah apabila ditegur Zakril. " Err, takde pape ", ayat coverline yang biasa dikeluarkan.

...You are the only exception... Wah, jiwang jugak mamat ni. Siap set lagu ni sebagai ringtone. Layan....Tangkap leleh, hahaha.

" Yo, Syafiq! Apa? Kau dah ada kat sana? Okay ! Alright, I'll be there. Chow! ", Zikri meletak telefon.

Memang sah dia ni rapat dengan Syafiq. Tak payah nak pergi mahkamah untuk buktikkan yang dia ni bestfriend Syafiq. Syafiqah membuat muka masam apabila nama Syafiq disebut sampai cuka pun surrender !

" Oh, ye. Sebelum kamu balik, makcik nak ambil duit kejap kat atas ", kata emak Syafiqah seraya berlari - lari anak ke tangga menuju ke atas.

Zakril hanya tersenyum.

" Psstt...", Zakril seperti ingin bercakap sesuatu.

" Apa dia? " , soal Syafiqah sambil kehairanan.

"Nak number fon boleh ? ", Zakril tersengih seperti kerang busuk.

Syafiqah hanya terdiam. Nak bagi ke tak? Dia hensem, baik pulak tu. Bagi jelah! Amboi memilih betul aku ni, kalau hensem baru nak bagi number fon, kalau tak jangan harap! Agak kejam aku ni, kalah Firaun, hehehe.

" Nah! 014... Tekan - tekan tak dapat. Hahaha! " gurau Syafiqah. Halamak, gedik pulak minah ni.

Zakril seperti merajuk. Eeee, nak jugak gedik pulak mamat ni.

" Okay, 012-2301850 ", kata Syafiqah.

" Thanks ", kata Zakril sambil membuat senyuman manis yang boleh menyebabkan penyakit Diabetes.

Sehari Syafiqah menunggu tetapi tidak ada lansung panggilan daripada Zakril.

" Agaknya dia busy kot ", Syafiqah memujuk hati sendiri.

Tiba - tiba ringtone kegemaran Syafiqah 'Because I'm Stupid' berbunyi. Syafiqah ni memang tak bodoh pun. Dia ni genius jugak la dalam kelas. Hahaha, sebenarnya Syafiqah ni memang suka lagu ni sebab itu lagu tema drama Korea, Boys Over Flowers. Rugi lah perempuan kalau tak tengok Lee Min Ho dalam cite tu. Hot betul! Berbalik kepada cerita ' Huh, Basikal Punya Pasal ' ni, Syafiqah mengangkat telefonnya.

" Yo, Syafiqah ! ", Zakril menegur.

" Assalamualaikum ", saja Syafiqah memerli. Padan muka, hehehe.

" Waalaikumusalam, awak tengah buat apa tu? " Zakril bertanya.

Nae meoriga neomuna nappaseo
Neo hanapakke nan moreugo
Tareun sarameun pogoittneun neon
Ireon naema-eumdo moreugettji

Neoui harue naran eoptgettji
Tto chu'eokjoch'a eoptgettjiman
Neoman paraman pogoittneun nan
Chakku nunmuli heureugoisseo

Neoui dwaetmoseubeul poneungeotdo nan haengbokiya
Ajik naui ma-eumeul mollado
Kkeutnae seuch'ideusi kado

Niga neomu pogosip'eun nalen
Neomu kyeondigi himdeul naleneun
Neoreul saranghanda ipgae maemdola
Honja dasi tto CRYING FOR YOU
Honja dasi tto MISSING FOR YOU
Baby! I love you! I'm waiting for you!

Neoui harue nan eoptgettji
Tto kieokjoch'a eoptgettjiman
Neoman paraman pogoittneun nan
Honja ch'ueokeul mandeulgo isseo

Naegen sarangiran areumdaun sangch'eokat'a
Neoui yeppeun misoreul poado
Hamkke nan utjido mothae

Niga neomu saenggaknaneun nalen
Kaseum sirigo seulp'eun naleneun
Niga pogosip'ta ipgae maemdola
Honja dasi tto CRYING FOR YOU
Honja dasi tto MISSING FOR YOU
Baby! I love you! I'm waiting for you!

Bye, bye, never say goodbye
Ireohke chapji mothajiman
I need you amu maldo mothae I want you
Paraedo dasi paraedo

Niga neomu pogosip'eun nalen
Neomu kyeondigi himdeul naleneun
Neoreul saranghanda ipgae maemdola
Honja dasi tto CRYING FOR YOU

Niga neomu saenggaknaneun nalen
Kaseum sirigo seulp'eun naleneun
Niga pogosip'ta ipgae maemdola
Honja dasi tto CRYING FOR YOU
Honja dasi tto MISSING FOR YOU
Baby! I love you! I'm waiting for you!

Beberapa minit kemudian...

Fuyooo, sedap gak orang tu nyanyi. Siap main guitar lagi. Tapi siapa yang nyanyi tu? Nak kata Zakril memang tak logik. Syafiq? Huh, impossible! Wah, sempat lagi Syafiqah mendengar orang menyanyi lagu favourite dia.

" Hello, hello. Syafiqah, awak okay ke? Lamanya diam. Malu ke? Hehehe. " soal Zakril.

" Huh? Oh, saya okay je. Sebenarnya saya tengah belajar, busy sikit harini ", kata Syafiqah.

Tipu! Padahal Syafiqah tunggu bagai nak rak untuk dapat panggilan daripada Zakril. Dia lama diam pun sebab terpukau dengan suara sedap tadi.

" Awak pulak? Tengah buat apa? ", tanya Syafiqah.

" Syafiq, diam ar! Aku tengah cakap dengan awek ni! ", kata Zakril.

Siapa awek kau? Huh, tiba- tiba Syafiqah berbisik dalam hati. Rasa sakit hati pulak apabila Zakril bercakap macam tu. Apa - apa pun dia berharap dapat dengar Syafiq yang poyo tu menyanyi. Terkejut jugak bila dah tau yang Syafiq ni pandai nyanyi. Bukan apa, muka boleh tahan tapi muka ketat ah! Hahahahaha! Ish, tak baik betul aku ni.

Tiba -tiba suara Syafiq kedengaran dalam telefon tu, "pompuan tu tak malu ke cakap dengan laki malam -malam buta ni? Macam takle tunggu esok pulak. Buat rosak mood aku je! ". Suara macam Syafiq nak mengamuk.

" Syafiqah, sorry ek. Syafiq memang camtu. Ayat nak berbisa je. Biasa dia lagi teruk daripada bisa bapak Anaconda ", Zakril memujuk.

" Takpela, awak. Saya rasa saya nak nak tidur lah. Okay, Assalamualaikum", kata Syafiqah.

Tak sempat Zakril nak jawab salam, Syafiqah dah telefon. Merajuk la tuh!

Ish, Syafiqah ni tak main ar merajuk - merajuk ni! Syafiqah menumbuk bantal busuk dia cukup - cukup untuk melepaskan geram. Bukan apa, bantal busuk tu je la benda lembut yang sedap ditumbuk. Hahaha, nak belasah pun, belasah la benda lembut. Tapi jangan lelaki lembut sudah, hahaha. Kang tak pasal - pasal masuk paper muka surat depan sekali, Syafiqah bersalah kerana menumbuk lelaki lembut.

" Haish, sabar Syafiqah, sabar ", Syafiqah memujuk dirinya sambil memejam mata untuk tidur.