Monday 24 September 2012

Suamiku,Oppaku 6

Suamiku, Oppaku 6

“Tak tidur lagi Ecah?”, sergah ibuku. Ibu ni kan, tetiba je muncul tak bagi salam. Terkejut tau. Dah la aku tengah bengang dengan bos ‘kesayangan’ aku ni. Ada ke patut bagi aku kerja pagi semalam dan suruh aku hantar pagi seterusnya?  Sekarang ni dah pukul 4 pagi. Aku tak kisah nak berjaga  tetapi aku risau kalau report yang aku buat ni salah. Tak ke naya? Tak pasal-pasal aku kena pecat.
Aku memandang muka ibuku, “ada kerja ibu. Bos Ecah tu nak report ni tepat pada pukul 9 pagi”.

“Banyak lagi ke nak kena siapkan? Kesian anak ibu ni. Tak apalah, adat bekerja kan Ecah. Nanti bila kamu dah siap, tidur la sekejap”, aku akui kata-kata ibuku. Cuma, aku tak percaya kalau pekerja lain ada bos macam ni. Terlalu kejam!

******
Akhirnya, sampai pun pejabat. Baru pukul 8.45 pagi. Aku segera menuju ke arah pejabat Aireyl untuk menghantar report yang aku siapkan ni. Sampai tak tidur langsung ni! Mintak-mintaklah okay. Semasa aku sedang berjalan, tiba-tiba telefonku berbunyi. Siapa pula yang  sms aku pagi-pagi buta ni?

“Let’s meet at Starbucks” – Aireyl.
What? Like seriously? Kenapa dia tak bagitau aku awal-awal? Memang dah mencabar tahap kesabaran aku ni. Aku tergopoh-gapah berlari mendapatkan teksi yang berdekatan.

 “Pakcik! Berhenti!”, aku melambai-lambai tanganku untuk menahan pemandu teksi yang lalu di jalan ini. Namun, teksi itu terus berlalu dengan selambanya. Nampaknya, terpaksa la aku menaiki bas. Sempat ke ni? Alahai..

“Kau lambat 10 minit”, katanya sambil menunjukkan muka yang kerek.

“Bukan salah saya, Encik Aireyl. Kenapa encik baru sms saya pagi ni? Kenapa tak bagitau awal-awal? Saya dah nak hantar dekat bilik encik dah tadi”, lantas aku berterus-terang dengan tanpa berselindung lagi. Dah memang salah dia, bukan aku nak bela diri ke apa.

“Masalahnya sekarang ni, semua keputusan terletak ke atas aku. Kalau tak tahan, kau bolehlah berhenti kerja. Cuma, mampu ke bayar denda batal kontrak tu?”, balasnya tersenyum sinis. Eh, sakit pula hati kita ni..

Aku cepat-cepat mengubah topik, “ini reportnya. Kalau tak ada apa-apa, saya mahu balik ke pejabat”. Aku menyerahkan report yang membuatkan aku bersengkang mata ini kepadanya. Lepas ni, kalau ada salah biar dia yang betulkan. Aku dah tak larat ni. Dapat tidur sekejap dekat pejabat tu pun jadi lah. Mata aku ni dah merayu-rayu nak tutup, badan aku pun dah menangis-nangis nak berehat. Tolong lah Encik Aireyl, boleh tak bagi cuti untuk hari ini je? Huhu.

“Nak pergi mana tu? Naik kereta dengan aku”, arahnya.Biar betul mamat ni? Nampak sangat tahap mengantuk aku dah kritikal ni, sampai jadi khayal. Aku menggosok mataku beberapa kali, aku berada di alam nyata ke ni? Dah habis gosok mata, aku menampar pula pipiku. Tolong lah sedar wahai Ecah oi! Mamat kejam tu tak akan ada hati nak menolong orang. Aku menggeleng pula kepalaku.

Setelah habis bertekak dengan perasaan sendiri, aku mula mencari bayang Encik Aireyl. Eh, dia dah keluar lah. Walau apa pun yang berlaku, aku kena pastikan yang aku ni khayal tadi atau tidak. Aku segera mengejar dia.

“Naik lah”, pelawanya.

“Er.. tak pa. Saya boleh naik bas untuk balik ke pejabat”, aku menolak pelawanya secara baik.

“Bertindak mengikut arahan!”, arahnya pula. Amboi, tau la kau bos. Main arah-arah pula. Ingat aku nak sangat ke bekerja dengan kau? Membuak-buak perasaan marah ini..Namun, aku 
tetap bersabar dengan karenahnya. Mata aku dah mula layu ni.

“Baik lah”, aku pilih untuk duduk di bahagian belakang sahaja. Tak hingin aku nak duduk sebelah dia dalam kereta ni.

“Kau ingat aku ni driver kau? Duduk depan”, serious sahaja mukanya.
Aku keluar dari kereta itu dan mengubah ke tempat duduk hadapan.
Senyap sahaja dalam kereta ni. Bunyi angin pun aku dapat dengar. Eceh, Nampak beno nipunya. “Encik nak pergi mana ni?”, soalku untuk memecahkan kesunyian.

“Ikut je”, jawabnya pendek. Lain aku tanya, lain dia jawab.
Aduh, lama lagi perjalanan? Aku dah mula mengantuk ni. Mataku mula tertutup. Lantak lah apa nak terjadi, aku dah tahan ni. Pandangan aku mulai gelap.
Burung berkicauan.. Terdengar juga bunyi pantai. Wait, pantai? Aku kat mana ni? Aku terus terjaga dari tidurku. Leganya dapat tidur. Bangun-bangun je dah ada dekat tempat cantik macam ni. Aku keluar dari kereta untuk menghirup udara segar. Aku menggeliat sedikit untuk menghilangkan lenguhku gara-gara duduk lama di dalam kereta. Kejap, ini kereta siapa? Macam mana aku boleh berada di sini?

Nak pergi mana tu? Naik kereta dengan aku’. Hah! Baru ingat! Aku menutup mulutku yang sedikit ternganga. Mana bos aku pergi? Kenapa dia bawa aku pergi dekat sini? Entah-entah dia nak culik aku. Mana tau nak cari duit lebih ke, jual anak dara orang. Orang zaman sekarang bukan boleh percaya. Eh tu dia. Nampaknya dia berjalan menuju kearah kereta ni. Malu la pula baru bangun tidur dengan muka sememeh macam ni. Baik aku buat-buat tidur saja. Aku memejamkan mataku, dan berlakon seperti orang yang sedang tidur walaupun aku tidak beberapa nak pandai berlakon.

Kedengaran pintu kereta dibuka dan ditutup semula. Nampaknya dia sudah duduk di sebelah ku. “Tidur lagi? Huh”, kedengaran suara machonya. Macho? Uhuk uhuk. Apa dah jadi dengan aku ni, tergoda ke? Bahaya betul.

Aku pura-pura mengesat mata ku. Konon baru bangun tidur lah. “Eh, saya kat mana ni?”, kataku dengan nada yang konon baru bangun daripada tidur.

“Port Dickson”, jawabnya pendek.

“Hah? buat apa?”, soalku pula. Ikut suka hati dia je nak bawa aku sini sana. Baik tinggal aku je kat pejabat tu. Sedap la sikit tidur.

“Business”, jawapan tu cuba la terang sikit wahai bosku.

“Okay, alamak. Em, kat sini tandas kat mana ye?”, aduh tiba-tiba la pula aku rasa macam nak melabur kecil-kecilan.

“Find it yourself”, balasnya.

Eeee, kejam betul! Aku segera keluar dari kereta Toyota Camry Encik Aireyl. Aku melilau kawasan di situ untuk mencari tandas. Baik aku tanya makcik yang jual goreng pisang ni.

“Assalamualaikum, makcik. Tumpang tanya ye, tandas dekat mana?”, soal ku dengan penuh sopan santun. Baru la Nampak macam wanita melayu terakhir. Eceh, sempat lagi nak perasan.

“Waalaikumusalam, tandas kat sana cik”, katanya sambil menunjuk ke arah kanan. Makcik itu tidak lokek dengan senyuman. Bagus, macam ni la baru orang Malaysia.

Agak lega setelah membuang apa yang patut. Setelah selesai, aku terus keluar untuk masuk balik ke dalam kereta. Tetapi, kereta Toyota Camry tadi sudah lesap dari pandangan. Mana pula dia pergi ni? Tak akan lah aku kena tinggal? Hati ku mula berdetik yang Encik Aireyl sudah meninggalkan aku. Tak tau la kenapa, hati aku berasa pedih sekali.

“Pin! Pinnn!!!”, bunyi hon kedengaran.
Encik Aireyl! Nampaknya, aku yang bersangka buruk kali ini. Ya Allah, ampunilah dosaku kerana bersangka buruk terhadap bosku! Aku segera berlari menuju ke arah keretanya.

****
Wah, sekejapnya dah hari minggu. Hari minggu tak semestinya hari untuk berehat semata-mata. Kenapa? Sebab Encik Aireyl telah menyediakan banyak, banyak, dan banyak kerja untuk aku. Malam, ini pula, aku kena pergi dinner dengan dia meeting. Kerja apa yang aku buat ni? Tak ada kena mengena dengan kelulusan aku.
Malam ni nak pakai baju apa ye? Aku membuka pintu almariku. Satu-satu pakaian  aku belek. Bukan main teruk aku punya dilemma sampai duduk satu jam depan almari. Okay, aku pilih ni lah. Satu dress hitam bercorak biru kucapai. Aku jarang mengenakan dress ini.

****
“Dress ni tak sesuai dengan kau”, kata Encik Aireyl.

“Kenapa pula? Suka hati saya la saya nak pakai apa”, soalku tidak berpuas hati dengan statement panas darinya.

“Kau..”, tidak sempat Encik Aireyl berkata, sudah ada yang memotong.

“Hye, maaf kerana saya lambat. Tadi saya ada meeting juga”, tiba-tiba suara client mencelah.

“It’s okay”, kata Encik Aireyl sambil tersenyum. Amboi, dengan orang lain boleh pula dia tersenyum? Dengan aku bukan main serious. Serupa zombie.

“Who is she? She looks gorgeous in this dress”,bisiknya kepada Encik Aireyl. Malang sekali aku tak dapat dengar apa yang dia bisik tu. Dah la pandang-pandang aku, kutuk la tu. Haih, nasib la Ecah..

Setelah selesai meeting dengan client, kami beransur untuk pulang. Aku naik bas, dia pula naik kereta. Sebelum beransur pulang tu, aku sempat bertanya kepadanya.

“Encik Aireyl, saya nak tanya sikit. Emm, apa yang client encik tu bisik ye? Dia kutuk saya ke? Asyik pandang-pandang saya je. Argh, tak kira la salah faham ke tak, aku kena tanya juga! Kalau tidak, susah nak tidur balik nanti.

“Dia cakap kau tak sesuai dengan dress yang kau pakai tu”, katanya sambil tersenyum sinis.
Peh, makan dalam statement tu. Taka pa lah, redha je la Ecah. Aku berjalan melintas jalan yang kelihatan lengang.

“You! Be careful!”, jerit Encik Aireyl. Aku terasa badan ku dipeluk erat. Apa yang dah jadi? Ya Allah, aku hampir dilanggar! Salah aku juga tak pandang kiri kanan sebelum melintas. Wait, Encik Aireyl ni taknak lepaskan ke tangan dia? Aku memandang mukanya. Apa reaksi dekat muka dia tu? Marah? Risau? Tak akan lah. Mungkin benci sebab aku menyusahkan dia.



Monday 21 May 2012

Suamiku, Oppaku 5

Sudah lima temuduga aku pergi, tidak membuahkan apa-apa hasil langsung! Yang aku hairannya, bila orang yang temuduga aku baca nama penuh aku dekat portfolio tu, terus cakap yang pekerja sudah diambil. Padahal masa tengah menemuduga aku tu, diorang cakap yang aku ni layak lah, akan dilantik lah. Tak akan lah sebab nama aku je, terus di'reject'? Buruk sangat ke nama aku? Aku rasa sedap je nama yang ibu dengan abah aku bagi. Tak apa lah Ecah, jangan bersedih, esok ada lagi satu temuduga. Semoga aku berjaya dapat kerja. Dah tak larat menganggur dekat rumah tu. Duit nak topup pun aku mintak dekat ibu, huhu. Nampak sangat diserang kemuflisan di situ tetapi tak boleh nak lawan mangsa-mangsa dekat Somalia lah. 

Wah, nampaknya kurang persaingan aku pagi ni. Cuma ada tiga orang wanita yang duduk di kerusi menunggu sebelum dipanggil untuk masuk bertemuduga. Ya Allah, semoga aku dapat pekerjaan ni. Dah tak sanggup nak beli 'topup' guna duit ibu.

"Aisyah Humairah", setiausaha memanggil. Eh macam pernah dengar nama tu, sedap telinga mendengarnya. Kejap, ni bukan nama aku ke?

"Cik Aisyah Humairah, silakan masuk ke dalam bilik", kata wanita itu sambil tersenyum simpul. Argh, malunya. Sempat pula aku mengelamun sekarang ni. Lantas aku bangun dan mengatur langkah ke dalam bilik tersebut.

"Ye, silakan masuk", satu suara garau kedengaran setelah aku mengetuk pintu.

"Assalamualaikum", aku sekadar memberi salam sebab tak tau nak panggil apa. Tuan, ke bos ke? Tak pun encik? Huhu.

"Waalaikummusalam, silakan duduk", lelaki tersebut memberi arahan tetapi dengan nada yang perlahan. Berdasarkan apa yang aku lihat, dia ni dalam lingkungan umur 40-an. Best gak dapat bos tua, mesti tak banyak songeh hehe.

Aku melabuhkan punggungku ke atas kerusi empuk itu. Tengok je aku dah tau kerusi ni buatan luar negara. Kalau salah, potong lah jari aku! Eceh, acah-acah berani je aku ni. Yakin betul aku ni. Sekali salah, memang aku cabut lari lah! Jari-jari aku ni berharga tau, cincin tunang pun tak menginap di jari manis aku lagi. 

"Ini resume saya, tuan", aku serahkan portfolioku. Nasib baik lah aku banyak menyertai pertandingan masa belajar di universiti dulu. Sedap sikit mata bakal bos aku ni pandang portfolio ni, juara ini, juara itu. Cewah.

Setelah dibelek beberapa kali portfolioku, terus dia berkata, "Tahniah, anda diambil bekerja"

"Diambil bekerja? Biar betul ni? Alhamdulilah, terima kasih bos!", kata aku dengan nada yang excited. Akhirnya bekerja juga aku. AKu segera menandatangani kontrak yang disediakan.

"Sama-sama, hehehe. Tetapi, bukan saya yang jadi bos kamu"

"Okay, saya janji saya akan kerja bersungguh-sungguh. Tetapi, siapa bos saya?"

"Kamu akan tahu nanti, hehe", katanya lagi sambil tersenyum.

Alhamdullilah, dapat juga aku belanja ibu aku dengan gaji sendiri nanti, hehe. Tak sabar nak bagitau ibu aku. Aku berjalan ke lif untuk terus ke bawah. Apabila pintu lif terbuka, aku terus masuk dan menekan butang untuk ke tingkat satu. Apabila pintu lif hampir tertutup, tiba-tiba ada tangan yang menyekat untuk masuk. 

Terperanjat aku apabila terlihat wajah itu. Wajah yang membangkitkan kemarahan aku. Lelaki itu turut tersentak. Aku berpura-pura tidak mengenalinya.

"Huh, kau lagi?", soal lelaki itu.

"Saya lagi? Awak ingat saya ni mengekori awak ke apa? Saya datang cari kerja. Dah dapat pun", kata aku pula. Kali ini aku kena melawan sikit. Asal la mana-mana aku pergi, aku jumpa mamat ni? Buat sakit hati je tau.

"Baguslah dah dapat kerja. Kerja elok-elok sikit. Nanti rugi pula syarikat ni"

"Apa kata awak ambil tau pasal syarikat awak je? Tak payah sibuk pasal syarikat orang lain", fuh, angkuh betul ayat aku tu. Rasakan!

"For your information, I am your boss now", katanya sambil tersenyum sinis.

"What?! Saya salah dengar ke ni?", terjerit aku. Mana mungkin dia tu bos aku. Bukan dia CEO syarikat lain ke? Tak payah la nak tipu aku.

"Read your paper now. Yang kau dapat tu", katanya lagi.

Aku mengeluarkan sehelai kertas dari bag tanganku. Aku dapat kertas tu lepas tandatangan kontrak yang diberikan.

Bos: Encik Aireyl
Jawatan: Tidak tetap, kerja diberi mengikut arahan Encik Aireyl.

Dadaku berombak, jantungku berdegup kencang. Kalau ikutkan kelajuan jantungku, memang aku dah sampai London sekarang ini. Mulutku terlopong dan mataku terbeliak.

Arghhh! Salah aku juga tak baca kontrak. Kontrak tu sah selama dua tahun. Habislah aku!

"Belum apa-apa, kau dah membuatkan aku pandang kau dalam pandangan yang negatif. Please be more professional next time", katanya dengan suara yang tegas.

Friday 16 March 2012

Suamiku, Oppaku 4

"Terima kasih, pakcik. Ini duitnya", aku memberi RM10 kepada pakcik teksi itu setelah sampai ke destinasi.

"Sama-sama, dik..", balas pakcik itu.

Hari ini aku tidak membawa kereta kerana menghantar ia ke bengkel. Setiap bulan mestilah kena service kereta, baru tahan lama. Banyak pula duit aku ni nak service-service bagai. Semuanya sebab ibu aku yang suruh, kalau tak, jangan harap nak service, hehe. 

"Ye, ada apa yang saya boleh bantu, cik?", tanya penjaga kaunter pertanyaan itu. 

"Boleh saya berjumpa dengan Encik Baga..Eh maksud saya, CEO awak", aduh boleh pulak terlepas cakap.

"Maksud cik, Encik Aireyl?"

"Eh, ye. Encik Aireyl", wah sedapnya nama mamat tu! Sayangnya perangai hodoh.

"Maaf cik, Encik Aireyl tengah busy sekarang ni. Cik boleh datang lain kali ye, terima kasih"

Aku hanya mengangguk dan senyum. Aku keluar dari bangunan itu. Setahu aku, bangunan CEO selalu ada di tingkat atas. Mungkin ini perkara bodoh, tapi aku kena juga, naik atas pergi office dia. Tak kisah walau secara haram pun. Aku kembali masuk ke dalam bangunan itu, lalu terus pergi ke lif. Wahaha, dah macam spy dah ni.

"Ting!", pintu lif terbuka. Nasib baik dekat lif ni ada information pasal office pekerja terletak di mana. Dah agak dah, pejabat CEO berlagak tu terletak di tingkat 13. Bukan main tinggi. 

"Selamat pagi cik, cik ni ada temuduga dengan Encik Aireyl ke?", tanya seorang penjaga kaunter depan office Aireyl. 

Temuduga? Mengaku je lah, janji dapat masuk office dia. "Ye, saya ada temu duga dengan dia".

Perempuan yang berlipstick merah pekat itu mula memandang aku dari atas sampai ke bawah. "Silakan masuk".

Aku menolak pintu dan terus melangkah ke dalam.

"Kenapa tak ketuk pintu dulu? Mana adab awak?", Aireyl mula berkata. Dia memusingkan kerusinya menghadap hadapan. "Kau? Buat apa datang sini? Nak temuduga jadi setiausaha aku? Dengan pakaian macam ni, huh. Aku reject awal-awal".

"Setiausaha? Eh, siapa nak jadi setiausaha awak? Eee, saya lagi sanggup lah jadi setiausaha kepada lembu daripada jadi setiausaha awak"

"Aku rasa lembu pun tak sanggup nak jadi bos kau", balas Aireyl sambil tersenyum simpul. Sakitnya hati!

"Saya datang ni nak pulangkan RM 43.25 yang awak bayarkan haritu. Lagi satu, hutang budi tak boleh dibayar dengan duit. Ingat tu"

"Jadi, aku kena balas dengan budi?"

"Saya tak mengharapkan apa-apa. Okay, saya pergi dulu"

"Kejap, kau dah kerja?"

"Belum lagi, masih belum ada tawaran yang menarik minat saya"

"Tak menarik minat konon. Ke di reject masa temuduga?"

Boleh berasap telinga aku kalau duduk kat sini lama-lama. Baik aku mem'blah'kan diri. Aku mula melangkah keluar. Namun pintu cepat-cepat ditutup oleh lelaki itu.

"Eh, kenapa ni awak? Saya nak keluar lah"

"Kau nak kerja dengan aku tak? Jadi secretary aku"

"Saya tak reti lah. Lagi pun saya nak kerja yang berkaitan dengan interior design iaitu kena pada kelulusan saya" 

"Itu je lah cara untuk aku balas budi kau. Jadi, terima je lah. Aku tak suka hutang-hutang camni"

"Berapa kali saya nak cakap? Saya tak mengharapkan apa-apa. Saya ikhlas. Lepas ni, mintak-mintak lah kita tak jumpa lagi ye"

Aku terus menolaknya dan membuka pintu. Kenapa jantungku berdegup kencang ketika berdua-duaan dengannya? Aduh, ni tak boleh jadi ni. Ecah, tolong keraskan hatimu. Takkan jatuh cinta kot?

-------------------------------------

Aireyl baring di katil empuknya. Teringat pula kata-kata perempuan itu siang tadi, "Setiausaha? Eh, siapa nak jadi setiausaha awak? Eee, saya lagi sanggup lah jadi setiausaha kepada lembu daripada jadi setiausaha awak". Semua orang berebut nak jadi setiausaha aku, dia pulak nak jadi setiausaha lembu. Gila la perempuan tu. Aireyl tersenyum tiba-tiba.

------------------------------------

"Saya ingat, saya nak balik ke Malaysia esok. Siapkan apa yang patut", ringkas sahaja arahan Erin.

"Baik, puan. Saya akan sediakan apa yang patut. Puan nak bertolak ke Malaysia pukul berapa?", soal setiausaha Erin.

"Kalau boleh, waktu pagi Malaysia"

Erin tertanya-tanya akan perkembangan anaknya, Aireyl. Dapatkah dia menyesuaikan diri di tempat asing itu? Nak kata asing sangat, tak pun. Cuma, Aireyl tinggal di Korea lebih lama daripada tinggal di Malaysia. Sudah sampai masanya untuk dia biasakan diri di tanah air.

-----------------------------------------------------------

Sudah sampai masanya untuk aku mencari kerja. Nak cari dekat mana? Jangan tanya aku, aku pun tak tau. Nak mintak tolong dekat siapa ye? Haa, pakcik aku. Aku terus search dekat pakcik aku yang sentiasa bersama aku sejak sekolah menengah dulu, pakcik Google. Mudah saja, taip beberapa patah, keluar semua benda. Kalau kau nak tau boyfriend kau curang ke tak, tak payah pandang kiri, tak payah pandang kanan, terus Google. Zaman dah berubah, dunia dah maju kan?

Terdapat beberapa senarai pekerjaan yang ditawarkan yang agak menarik perhatian aku. Gaji pun lumayan. Lepas dah call beberapa syarikat, masih ada lagi kerja kosong sebagai interior designer. Ini bermaksud yang aku kena beli baju baru. Aya, mintak-mintak la kau free esok.

"Assalamualaikum, Aya. Free tak esok? Jom teman aku shopping esok!"

"Kenapa tiba-tiba je nak shopping ni? Pelik je kau ni"

"Minggu depan aku ada interview lah wey, kena la beli baju formal sikit. Aku mana nak ada sangat baju-baju formal ni hehe"

Esoknya, aku pergi la shopping dekat Sunway Pyramid, bangunan yang besar kedabak tu.