Monday 24 September 2012

Suamiku,Oppaku 6

Suamiku, Oppaku 6

“Tak tidur lagi Ecah?”, sergah ibuku. Ibu ni kan, tetiba je muncul tak bagi salam. Terkejut tau. Dah la aku tengah bengang dengan bos ‘kesayangan’ aku ni. Ada ke patut bagi aku kerja pagi semalam dan suruh aku hantar pagi seterusnya?  Sekarang ni dah pukul 4 pagi. Aku tak kisah nak berjaga  tetapi aku risau kalau report yang aku buat ni salah. Tak ke naya? Tak pasal-pasal aku kena pecat.
Aku memandang muka ibuku, “ada kerja ibu. Bos Ecah tu nak report ni tepat pada pukul 9 pagi”.

“Banyak lagi ke nak kena siapkan? Kesian anak ibu ni. Tak apalah, adat bekerja kan Ecah. Nanti bila kamu dah siap, tidur la sekejap”, aku akui kata-kata ibuku. Cuma, aku tak percaya kalau pekerja lain ada bos macam ni. Terlalu kejam!

******
Akhirnya, sampai pun pejabat. Baru pukul 8.45 pagi. Aku segera menuju ke arah pejabat Aireyl untuk menghantar report yang aku siapkan ni. Sampai tak tidur langsung ni! Mintak-mintaklah okay. Semasa aku sedang berjalan, tiba-tiba telefonku berbunyi. Siapa pula yang  sms aku pagi-pagi buta ni?

“Let’s meet at Starbucks” – Aireyl.
What? Like seriously? Kenapa dia tak bagitau aku awal-awal? Memang dah mencabar tahap kesabaran aku ni. Aku tergopoh-gapah berlari mendapatkan teksi yang berdekatan.

 “Pakcik! Berhenti!”, aku melambai-lambai tanganku untuk menahan pemandu teksi yang lalu di jalan ini. Namun, teksi itu terus berlalu dengan selambanya. Nampaknya, terpaksa la aku menaiki bas. Sempat ke ni? Alahai..

“Kau lambat 10 minit”, katanya sambil menunjukkan muka yang kerek.

“Bukan salah saya, Encik Aireyl. Kenapa encik baru sms saya pagi ni? Kenapa tak bagitau awal-awal? Saya dah nak hantar dekat bilik encik dah tadi”, lantas aku berterus-terang dengan tanpa berselindung lagi. Dah memang salah dia, bukan aku nak bela diri ke apa.

“Masalahnya sekarang ni, semua keputusan terletak ke atas aku. Kalau tak tahan, kau bolehlah berhenti kerja. Cuma, mampu ke bayar denda batal kontrak tu?”, balasnya tersenyum sinis. Eh, sakit pula hati kita ni..

Aku cepat-cepat mengubah topik, “ini reportnya. Kalau tak ada apa-apa, saya mahu balik ke pejabat”. Aku menyerahkan report yang membuatkan aku bersengkang mata ini kepadanya. Lepas ni, kalau ada salah biar dia yang betulkan. Aku dah tak larat ni. Dapat tidur sekejap dekat pejabat tu pun jadi lah. Mata aku ni dah merayu-rayu nak tutup, badan aku pun dah menangis-nangis nak berehat. Tolong lah Encik Aireyl, boleh tak bagi cuti untuk hari ini je? Huhu.

“Nak pergi mana tu? Naik kereta dengan aku”, arahnya.Biar betul mamat ni? Nampak sangat tahap mengantuk aku dah kritikal ni, sampai jadi khayal. Aku menggosok mataku beberapa kali, aku berada di alam nyata ke ni? Dah habis gosok mata, aku menampar pula pipiku. Tolong lah sedar wahai Ecah oi! Mamat kejam tu tak akan ada hati nak menolong orang. Aku menggeleng pula kepalaku.

Setelah habis bertekak dengan perasaan sendiri, aku mula mencari bayang Encik Aireyl. Eh, dia dah keluar lah. Walau apa pun yang berlaku, aku kena pastikan yang aku ni khayal tadi atau tidak. Aku segera mengejar dia.

“Naik lah”, pelawanya.

“Er.. tak pa. Saya boleh naik bas untuk balik ke pejabat”, aku menolak pelawanya secara baik.

“Bertindak mengikut arahan!”, arahnya pula. Amboi, tau la kau bos. Main arah-arah pula. Ingat aku nak sangat ke bekerja dengan kau? Membuak-buak perasaan marah ini..Namun, aku 
tetap bersabar dengan karenahnya. Mata aku dah mula layu ni.

“Baik lah”, aku pilih untuk duduk di bahagian belakang sahaja. Tak hingin aku nak duduk sebelah dia dalam kereta ni.

“Kau ingat aku ni driver kau? Duduk depan”, serious sahaja mukanya.
Aku keluar dari kereta itu dan mengubah ke tempat duduk hadapan.
Senyap sahaja dalam kereta ni. Bunyi angin pun aku dapat dengar. Eceh, Nampak beno nipunya. “Encik nak pergi mana ni?”, soalku untuk memecahkan kesunyian.

“Ikut je”, jawabnya pendek. Lain aku tanya, lain dia jawab.
Aduh, lama lagi perjalanan? Aku dah mula mengantuk ni. Mataku mula tertutup. Lantak lah apa nak terjadi, aku dah tahan ni. Pandangan aku mulai gelap.
Burung berkicauan.. Terdengar juga bunyi pantai. Wait, pantai? Aku kat mana ni? Aku terus terjaga dari tidurku. Leganya dapat tidur. Bangun-bangun je dah ada dekat tempat cantik macam ni. Aku keluar dari kereta untuk menghirup udara segar. Aku menggeliat sedikit untuk menghilangkan lenguhku gara-gara duduk lama di dalam kereta. Kejap, ini kereta siapa? Macam mana aku boleh berada di sini?

Nak pergi mana tu? Naik kereta dengan aku’. Hah! Baru ingat! Aku menutup mulutku yang sedikit ternganga. Mana bos aku pergi? Kenapa dia bawa aku pergi dekat sini? Entah-entah dia nak culik aku. Mana tau nak cari duit lebih ke, jual anak dara orang. Orang zaman sekarang bukan boleh percaya. Eh tu dia. Nampaknya dia berjalan menuju kearah kereta ni. Malu la pula baru bangun tidur dengan muka sememeh macam ni. Baik aku buat-buat tidur saja. Aku memejamkan mataku, dan berlakon seperti orang yang sedang tidur walaupun aku tidak beberapa nak pandai berlakon.

Kedengaran pintu kereta dibuka dan ditutup semula. Nampaknya dia sudah duduk di sebelah ku. “Tidur lagi? Huh”, kedengaran suara machonya. Macho? Uhuk uhuk. Apa dah jadi dengan aku ni, tergoda ke? Bahaya betul.

Aku pura-pura mengesat mata ku. Konon baru bangun tidur lah. “Eh, saya kat mana ni?”, kataku dengan nada yang konon baru bangun daripada tidur.

“Port Dickson”, jawabnya pendek.

“Hah? buat apa?”, soalku pula. Ikut suka hati dia je nak bawa aku sini sana. Baik tinggal aku je kat pejabat tu. Sedap la sikit tidur.

“Business”, jawapan tu cuba la terang sikit wahai bosku.

“Okay, alamak. Em, kat sini tandas kat mana ye?”, aduh tiba-tiba la pula aku rasa macam nak melabur kecil-kecilan.

“Find it yourself”, balasnya.

Eeee, kejam betul! Aku segera keluar dari kereta Toyota Camry Encik Aireyl. Aku melilau kawasan di situ untuk mencari tandas. Baik aku tanya makcik yang jual goreng pisang ni.

“Assalamualaikum, makcik. Tumpang tanya ye, tandas dekat mana?”, soal ku dengan penuh sopan santun. Baru la Nampak macam wanita melayu terakhir. Eceh, sempat lagi nak perasan.

“Waalaikumusalam, tandas kat sana cik”, katanya sambil menunjuk ke arah kanan. Makcik itu tidak lokek dengan senyuman. Bagus, macam ni la baru orang Malaysia.

Agak lega setelah membuang apa yang patut. Setelah selesai, aku terus keluar untuk masuk balik ke dalam kereta. Tetapi, kereta Toyota Camry tadi sudah lesap dari pandangan. Mana pula dia pergi ni? Tak akan lah aku kena tinggal? Hati ku mula berdetik yang Encik Aireyl sudah meninggalkan aku. Tak tau la kenapa, hati aku berasa pedih sekali.

“Pin! Pinnn!!!”, bunyi hon kedengaran.
Encik Aireyl! Nampaknya, aku yang bersangka buruk kali ini. Ya Allah, ampunilah dosaku kerana bersangka buruk terhadap bosku! Aku segera berlari menuju ke arah keretanya.

****
Wah, sekejapnya dah hari minggu. Hari minggu tak semestinya hari untuk berehat semata-mata. Kenapa? Sebab Encik Aireyl telah menyediakan banyak, banyak, dan banyak kerja untuk aku. Malam, ini pula, aku kena pergi dinner dengan dia meeting. Kerja apa yang aku buat ni? Tak ada kena mengena dengan kelulusan aku.
Malam ni nak pakai baju apa ye? Aku membuka pintu almariku. Satu-satu pakaian  aku belek. Bukan main teruk aku punya dilemma sampai duduk satu jam depan almari. Okay, aku pilih ni lah. Satu dress hitam bercorak biru kucapai. Aku jarang mengenakan dress ini.

****
“Dress ni tak sesuai dengan kau”, kata Encik Aireyl.

“Kenapa pula? Suka hati saya la saya nak pakai apa”, soalku tidak berpuas hati dengan statement panas darinya.

“Kau..”, tidak sempat Encik Aireyl berkata, sudah ada yang memotong.

“Hye, maaf kerana saya lambat. Tadi saya ada meeting juga”, tiba-tiba suara client mencelah.

“It’s okay”, kata Encik Aireyl sambil tersenyum. Amboi, dengan orang lain boleh pula dia tersenyum? Dengan aku bukan main serious. Serupa zombie.

“Who is she? She looks gorgeous in this dress”,bisiknya kepada Encik Aireyl. Malang sekali aku tak dapat dengar apa yang dia bisik tu. Dah la pandang-pandang aku, kutuk la tu. Haih, nasib la Ecah..

Setelah selesai meeting dengan client, kami beransur untuk pulang. Aku naik bas, dia pula naik kereta. Sebelum beransur pulang tu, aku sempat bertanya kepadanya.

“Encik Aireyl, saya nak tanya sikit. Emm, apa yang client encik tu bisik ye? Dia kutuk saya ke? Asyik pandang-pandang saya je. Argh, tak kira la salah faham ke tak, aku kena tanya juga! Kalau tidak, susah nak tidur balik nanti.

“Dia cakap kau tak sesuai dengan dress yang kau pakai tu”, katanya sambil tersenyum sinis.
Peh, makan dalam statement tu. Taka pa lah, redha je la Ecah. Aku berjalan melintas jalan yang kelihatan lengang.

“You! Be careful!”, jerit Encik Aireyl. Aku terasa badan ku dipeluk erat. Apa yang dah jadi? Ya Allah, aku hampir dilanggar! Salah aku juga tak pandang kiri kanan sebelum melintas. Wait, Encik Aireyl ni taknak lepaskan ke tangan dia? Aku memandang mukanya. Apa reaksi dekat muka dia tu? Marah? Risau? Tak akan lah. Mungkin benci sebab aku menyusahkan dia.