Monday 12 September 2011

Huh, Basikal Punya Pasal 5

"Kring!!!", jam loceng berbunyi.

"7.15? Dah lambat!", Syafiqah segera bersiap untuk pergi ke sekolah.

Dalam sekelip mata sahaja Syafiqah sudah siap mandi dan mencapai baju sekolah yang tergantung di dalam almari. Sah mandi kerbau je minah ni. Syafiqah hanya minum air masak di atas meja dan terus bergegas ke pintu untuk memakai kasut sekolahnya. 

"Err, Syafiqah! Tunggu jap!", jerit emak Syafiqah.

"Mak, saya dah lambat ni. Saya pergi dulu ye.", Syafiqah terus memotong cakap emaknya. Setelah selesai bersalam dengan emaknya, dia cepat-cepat meninggalkan emaknya yang bingung.

Sambil berlari, Syafiqah melihat jamya. Sudah pukul 7.25 pagi ni.

Beberapa minit kemudian, Syafiqah sempat sampai ke sekolahnya pada pukul 7.29 pagi.

"Ke... kenapa sekolah kosong? Pengawas pun tak ada? Aku lambat sangat ke? Aduh, macam mana ni...", Syafiqah kehairanan.

"Hahahahaha...uhuk uhuk. Hahahaha!", kedengaran suara orang gelak terbahak-bahak sampai terbatuk.

"Siapa tu?", Syafiqah menoleh ke belakang untuk melihat gerangan lelaki itu.

Kelihatan Syafiq dan Zakril di belakangnya. Tetapi, terdapat sesuatu yang aneh. Kenapa diorang tak pakai baju sekolah?

"Korang ponteng eh? Aku report dekat cikgu nanti baru tau!", Syafiqah bersuara dengan nada yang menggertak. Dia memang pantang kalau murid sekolah tak ikut peraturan. 

Zakril hanya tersenyum. Syafiq pula meneruskan ketawanya yang agak 'over' tu.

"Eh, kau jangan nak tuduh melulu sahaja! Cuba kau tengok hari ini hari apa.", sindir Syafiq.

"Hari khamis! Hari sekolah lah..Eh? Kejap.", Syafiqah terdiam seketika. Mukanya mula merah padam.

Asal bengong sangat aku ni? Hari ni cuti sempena hari sekolah ditubuhkan lah. Macam mana aku boleh lupa ni? Ini dah memalukan! Dah la Zakril ada, aduhai. Mana nak letak muka ni. 

Syafiqah segera berlari entah ke mana. Asalkan dapat larikan diri daripada Zakril dengan si poyo tu sudah. Malang tidak berbau, Syafiqah terlanggar batu dan terjatuh.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Sakit ke? Biar saya sapukan minyak gamat ye?", kata Zakril.

"Eh, takpe lah. Biar saya sapu sendiri.", Syafiqah cuba mengambil botol minyak gamat daripada Zakril tetapi Zakril sempat mengelak. 

"Awak ni degil lah, kan tangan awak sakit. Biar saya sapukan", Zakril berkata lagi.

Syafiqah terpaksa membiarkan Zakril sapukan minyak gamat di tangannya. Kemudian, Zakril membalut tangan Syafiqah menggunakan sapu tangannya. Syafiqah agak terkejut dan dengan tindakkan Zakril itu.

Zakril yang perasan akan reaksi Syafiqah itu sengaja mengusiknya, "Jangan risau lah. Saya baru je beli sapu tangan tu. Tak sempat nak lap hingus lagi."

"Er, kenapa awak balut tangan saya guna sapu tangan ni? Dah la baru. Apa-apa pun terima kasih ye tolong rawat tangan saya ni. Sapu tangan ni, nanti saya basuh dulu. Dekat sekolah nanti saya kasi balik sapu tangan tu", kata Syafiqah.

Belum sempat Zakril menjawab, Syafiq yang hanya terdiam tadi tiba-tiba gelak terbahak-bahak.

"Tak sangka kau ni ada minyak gamat! Siap dengan sapu tangan lagi. Ye lah, mamat macho macam kita main bawak barang camni. Kau macam tau je kan budak perempuan ni nak jatuh. Apa lah, jalan pun tak betul", kata Syafiq.

"Eh, kau jangan main-main Syafiq. Minyak angin pun aku bawa tau. Mana la tau kalau ada kecemasan ke, boleh lah aku tolong. Ni haa, boleh jugak aku rawat si bidadari ni", balas Zakril sambil mengenyit kan matanya ke arah Syafiqah.

Apa dia panggil aku? Bi... bidadari? Aduh, Zakril ni buat aku segan je lah.

"Zakril, terima kasih ye. Awak dah tolong rawat saya. Saya balik rumah dulu. Esok jumpa lagi!", kata Syafiqah.

"Eh, biar lah saya temankan awak. Bahaya lah awak jalan seorang diri saja. Awak ni dah lah comel, nanti ada mamat Indon kacau baru tau. Eh tak, maksud saya, orang mengorat awak nanti. Takde chance lah saya nanti", Zakril lebih galak mengusik Syafiqah.

"Syafiq terlopong, "Eh, mana boleh bro! kita kan dah set nak main dota dekat cybercafe tu. Lagi pun, game dah nak start ni.

Syafiqah menggelengkan kepalanya ke arah Zakril dan mencebik ke arah Syafiq seperti menyuruh Zakril mengikut Syafiq.

Namun, apakan daya. Zakril tetap akan keputusannya.

"Kalau macam tu, aku gerak cc dululah, chow!", kata Syafiq.

Zakril mengangguk tanda setuju.

Syafiqah mengeluh kecewa. Haih, kenapa lah Syafiq tak gentleman macam Zakril ni? Takkan dia tak ada perasaan langsung? Dasar si hati batu.

"Kenapa aku frust sangat ni?", Syafiqah berbisik dalam hatiinya sambil menggenggam tangannya.

Pada malam pula..

"Sapu tangan tu awak simpan je lah. Saya bagi hadiah dekat awak", kata-kata Zakril masih terngiang-ngiang dalam kepalanya.

"First time aku dapat hadiah daripada seorang teman lelaki. Walaupun ia hanya sapu tangan. Ia sangat berharga bagi aku", kata Syafiqah sendirian sambil memegang erat sapu tangan Zakril itu.

Tetapi apabila terfikir tentang Syafiq yang hanya meninggalkan dia dengan Zakril, Syafiqah menjadi hampa.

Di sekolah, Syafiqah belajar seperti biasa. Tiba-tiba..

"Syafiqah! Pengetua panggil engkau!", jerit Dodi.

"Woooo", satu kelas berbunyi.

Entah kenapa, setiap kali seseorang murid itu dipanggil oleh pengetua, pasti ada rakan sekelas yang menganggap bahawa murid itu telah melakukan kesalahan. Yelah, bukan senang nak masuk bilik pengetua. Kalau ada kes serious je baru dijemput masuk ke dalam bilik beliau.

Syafiqah berjalan perlahan-lahan menuju ke tingkat dua. Tangga-tangga di situ dipijaknya dengan berhati-hati. Sekiranya tersungkur, dia juga yang susah nanti. Dia mula teringat apa yang berlaku kepada rakan karibnya, Amila pada tahun lepas.

"Amila, baik kau angkat kain kau tu yang labuh tu. Nanti, free-free je kau jatuh macam nangka busuk". kata Syafiqah.

"Ala wey, jangan la risau. Bab-bab nak naik tanggan ni, tutup sebelah mata pun boleh la wey", balas Amila.

Tiba-tiba, kain Amila tersangkut di bawah tapak kasut sekolahnya yang tak berapa nak putih. Maklumlah kasutnya tidak pernah dibasuh, hanya kapur yang diletakkan. Dah nampak macam kasut 10 tahun pun ada. Apa lagi, badan Amila dah pun tergolek-golek di atas tangga macam ayam golek. Akhirnya, dia mendarat di atas lantai yang tak seberapa nak bersih tu. Agaknya bibik ambil cuti masa tu kot. Tu yang berhabuk tu.

"Aduh! Sakit woi! Jatuh tangga ni lagi kuat penangannya daripada jatuh cinta!", jerit Amila.  Tau pun sakit, lain kali labuhkan lagi kain tu, biar buat pesta bergolek di atas tangga. Boleh lah turun sikit berat badan tu. Hehe, turun 0.000001 gram lah.

Syafiqah tergelak apabila teringat akan peristiwa tahun lalu. Huish, dekat tangga pun boleh berangan ke? Langkahnya diteruskan hingga sampai di depan muka pintu pejabat. Pintu bilik ditolaknya perlahan-lahan.

"Kau?!", Syafiqah dan Syafiq saling menjerit sesama sendiri. Mana taknya, musuh dah ada di depan mata. Syafiqah turut membesarkan matanya macam ada pocong yang berada di depannya sekarang ini. Tetapi, macam tak sesuai la pulak nak disamakan dengan pocong. Syafiq terlalu kacak untuk menjadi pocong. Cuba bayangkan kalau Syafiq yang menjadi pocong. Silap hari bulan, bukan pocong yang kejar orang, tetapi orang pula yang kejar pocong. Masing-masing turut menunjukkan muka tidak puas hati.

"Baguslah kamu berdua dah rapat macam ni", giliran pengetua pula untuk bersuara.

"Tetapi, kenapa pengetua panggil saya dengan dia?", tanya Syafiqah sambil memandang muka Syafiq.

Bersambung ;D





No comments:

Post a Comment