Tuesday 13 September 2011

Suamiku, Oppaku 2


“ Weh, kau ada dengar tak pasal CEO baru kita?”, bisik Asyraf.

“Apa dia? Ada-ada je kau ni eh”, balas Syafiq.

“Kau tau tak? CEO baru kita ni muda lagi tau. Baru berusia 24 tahun. Dia baru sampai Malaysia semalam. Dengar kata, minggu depan dia masuk office”, bisik Asyraf dengan semangat.

“Amboi! Bergosip nombor satu! Kerja semalam pun berlambak-lambak lagi. Ada masa lagi nak bergosip ye. Ingat, ‘masa itu emas’”, tegur Azliana. Haa, ni lagi satu ni. Punya lah berfalsafah pasal masa. Padahal, dia pun sama. Bukan nak buat kerja, sebaliknya curi-curi dengar perbualan antara Asyraf dan Syafiq.

“Eleh, macam lah aku tak tau yang kau nak dengar berita pasal CEO baru kita. Bukan meja kau sebelah sana ke? Dekat pintu masuk tu. Pergilah sambut tetamu Cik Azliana oi”, Asyraf cukup masak dengan perangai Azliana yang menyibuk tak tentu pasal. Kalau boleh, semua gosip dia nak tau.

Syafiq hanya menganggukan kepalanya tanda setuju.

Azliana mencebikkan bibirnya yang merah menyala. Ewah, mentang-mentang suka pakai gincu berlainan warna setiap bulan. Kali ini, warna merah menyala menjadi pilihannya. Kononnya, dia percaya yang warna terang itu akan menyerlahkan bibirnya yang seksi. Seksi ke? Hehe.

Aireyl berbaring di atas katil ‘queen size’ nya. Dia tidak tau apa yang mahu dilakukannya sekarang. Rumah besar pun tinggal seorang saja. “Sekarang ni baru pukul 7.30 pagi, baik aku berjalan-jalan di taman”, kata Aireyl sendirian. Dia sangat suka menghirup udara yang segar setiap pagi. Jika dia tidak melakukan apa-apa pada waktu pagi, dia akan meluangkan masanya dengan berjalan di taman. Oh, patutlah hensem si Aireyl ni hehe. Ehem, takkan penulis pun dah jatuh suka ni? Tak boleh jadi lah macam ni, hehe.

Aduh, pagi-pagi macam ni lah waktu yang paling sesuai untuk aku membuta. Dah lah lepas hujan pulak tu. Sejuk weh! Nak aje aku baring bawah selimut busuk aku ni. Hehe, jangan main-main. Besar-besar aku pun, masih ada selimut busuk tau. Aku simpan selimut busuk ni dan jaga dengan sepenuh hati aku sebab abah aku yang kasi selimut busuk ni masa harijadi aku yang ke-15 tahun.

“Awak berangan apa tu cik akak oi? Cepatlah siap!”, jerit Ayu sambil membaling bantal ke arah Aisyah.

“Hoi, apa main baling-baling ni? Nak kena hempuk? Ish, yelah, aku nak bersiap lah ni. Pergi tunggu dekat luar”, balasku sambil menggosok kepalaku. Adik aku ni agak-agak lah kalau nak balik bantal pun. Tengok time lah sis. Ni, masa aku tengah berangan lah kau nak baling bantal kan. Baik punya perangai..

Wah! Dah cukup satu pusingan aku jogging. Lepas ni nak pekena roti canai dengan the tarik, huhu. Eh, mana pulak adik aku ni? Alah, tak payah la jog lagi. Jalan-jalan sudah. Semangat betul adikku ini. Hah, ada bangku kat situ! Nak duduk kejap, hehe. Aku ni nak jog 2, 3 round? Huh, jangan harap lah, hehehe. Aku lebih suka berjalan. Eleh, padahal haritu punya lah malas nak jalan dekat Ikea kan. Okay, aku lebih suka duduk daripada gerakkan kaki yang memang dah menawan ni. Aku segera melabuhkan punggungku ke atas bangku itu.

Ramai betul yang rajin jog pagi ni. Tak reti nak tidur ke? Haha, rasanya aku sorang je yang nak tidur kot. Eh, macam kenal je mamat yang jalan tu. Macam pernah jumpa, tapi kat mana ye? Oh no! Mr. Bagak tu! Aduh, dia jalan ke arah sini lah pulak. Lebih baik aku lari cepat. Tubuhku yang baru nak berehat, ku angkat jua dan mula berjalan. Aduh, mana nak sorok ni? Okay, bawa bertenang. Fuhh, buat-buat jogging lah, apa lagi. Harap-harap dia tak nampak aku. Aku sudah meninggalkan dia. Apabila jarak aku dengan mamat tu dah jauh, aku menolehkan kepala aku untuk melihatnya. Tiba-tiba, aku ternampak seorang lelaki berlari. Haish, bukan main laju lagi ye.

“Nyamannya udara pagi ni. Elok jugak lah aku berjalan-jalan dekat sini”, kata Aireyl. Eh, asal lelaki tu lain macam je? Punya lah lari. Agak-agak lah nak lari ke jog ke, ada ke pakai jeans? Tapi dia pegang apa tu? Macam wallet aku tu. Aireyl segera meraba-raba poket belakang seluarnya. Kosong! “Woi, wallet aku!”, jerit Aireyl. Tak guna punya pencuri.

“Bodoh punya orang kaya, hahaha. Mesti banyak duit dia ni. Boleh la aku enjoy lepas ni..”, pencuri itu berkata sambil berlari. Laju betul kau berlari ye pencuri. Daripada jadi pencuri baik jadi wakil untuk lumba lari ke. Ada juga faedahnya.

Oh. Patut lah kau asyik ikut je si Mr. Bagak tu. Nak mencuri rupanya, hehe. Bagus, biar rasa kan! Siapa suruh pakai macam orang kaya? Aik, yang aku ni tak puas hati sangat ni kenapa? Tetapi, kesian pula dekat mamat tu. Takpe lah, kali ni biar aku tolong dia. Jaga kau pencuri! Aku segera  meletakkan kaki aku di hadapan. Pencuri yang berlari laju itu tidak sempat nak ‘brake’ kakinya dan terlanggar kakiku. Apalagi, mulutnya terus mencium tanah Melayu ini. Kan bagus tanah ni berlecak. Biar kau rasa sikit ‘chocolate milkshake’ special punya.

“Lain kali nak berlari tu tengok depan. Bak sini wallet tu. Orang lain berpenat-lelah pergi berkerja demi mencari rezeki yang halal, siap ada yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang jual kuih tepi jalan. Kau pulak senang-senang je mencuri. Tak malu ke?”, kataku sambil merampas wallet daripada tangannya yang sudah terketar-ketar itu. Aik? Tak akan lah mamat ni takut kot. Ni, aku baru ceramah je ni. Tak masuk lagi langkah silat. Sejak bila aku belajar silat ni? Agak-agak lah nak bajet yakuza pun Ecah oi. Ada bakat membebel jugak aku ni rupanya, hehe. Aku ni bagi nasihat macam lah bagus sangat. Padahal, aku sendiri pun tak kerja lagi, hehe.

Perempuan mana pulak yang belasah pencuri tu? Ganas jugak minah ni ye. Siapa dapatkan wallet aku lagi. Apa-apa pun ego perlu dijaga, ehem. Aireyl mula berpusing ke belakang dan berjalan.

Aik, asal mamat tu patah balik. Macam tak nak je wallet dia balik. Dah lupa ke wallet dia kena curi?Kalau kau tak nak, aku ambik, huhu. Tu dia... niat jahat sudah datang..“Hey, pencuri. Apa nama kau?”

“Aizad. Tolong wey. Lepaskan aku. Ni first time aku curi wallet orang. Selama ni aku-“

“Dah kali ni aku lepaskan kau. Alan, kau dengar ni. Lepas ni, pergi cari kerja elok-elok. Nak cari rezeki tu, biar halal, baru berkat hidup kau”

“Okay, terima kasih dik. Aku pergi dulu”

Jap, dia panggil aku adik? Nampak muda sangat ke aku ni? Ah, dah dia panggil aku adik, maksudnya aku ni awet muda la kan. Nak buat macam mana, kena lah terima hakikat. Ewah-ewah. Sempat lagi perasan aku ni. Hidung aku dah kembang-kuncup ni. Aku mula teringat balik pasal mamat berlagak tu. Aku pusingkan kepala aku untuk melihat lelaki itu. Jauhnya kau jalan! Ni yang nak kena kejar ni.

“Tunggu! Tunggu!”, jeritku sambil mengejar lelaki itu. Fuh, akhirnya sempat jugak kejar. Aku mula berjalan ke arahnya apabila dia berhenti.

“Nah, wallet awak”, aku menghulurkan wallet kepadanya. Mahal juga wallet ni. Edisi terhad jenama terkenal tu. Tak tengok lagi isinya. Mesti beratus-ratus duit ni. Eh tak, beribu-ribu kot! Aku mengelap sedikit peluh yang mula menitik di dahiku. Sengal jugak kaki aku nak kejar mamat ni. Dah la kena langgar dengan pencuri tu. Ish, tak baik mengungkit. Kalau nak berbuat baik, biar lah ikhlas.

Laju jugak perempuan ni. Aku jalan laju-laju pun dia sempat kejar. Tanpa disedari, Aireyl berasa kagum sedikit dengan perempuan itu. Sikit je okay, hehe. “I can buy another wallet. No need to give it back”

Speaking pulak mamat ni. Berlagak pulak tu. Nak control macho la tu, hehe. “Tapi dalam ni mesti ada benda berharga kan. IC awak, duit and kad. Nanti tak pasal-pasal jadi warga P.A.T.I. Nak ke?”, aku menjawab sambil terus menghulurkan wallet itu kepadanya.

“Aku boleh buat baru”

“Awak ni, penat-penat je saya tolong. Ambik je lah”

Ada aku suruh kau tolong?”

Eeee, kerek la lelaki ni! Kalau aku tau, aku biar je wallet dia kena curi. Tak sampai hati la pulak. Yelah, aku kan baik. Tak terlintas difikiran ku tadi untuk membiarkan sahaja pencuri itu terlepas. “Ambik je lah”, aku terus meletakkan wallet itu ke atas bahunya. Terpaksa la berjengket sikit, hehe. Aku terus berlari meninggalkannya.

Perempuan ni… letak wallet dekat bahu aku? She is so unpredictable, huh.

No comments:

Post a Comment