Wednesday 12 October 2011

Suamiku, Oppaku 3

Suamiku, Oppaku 3

Alahai, excitednya aku hari ini! Tak sabar nak jumpa member-member lama zaman sekolah menengah dulu. Cewah, aku cakap member-member tu macam ramai je. Padahal, nak jumpa tiga orang je pun. Aku nak pakai baju apa ye? Dress? Feminin sangat. Aku mana main pakai dress, pakai jeans sudah. Pintu almari ku buka dan aku mula membelek-belek baju yang ada. Maklumlah, aku ni jarang bershopping. Jadi nak pakai baju pun, mix and match je la kan. Jimat dan bergaya, hehe. Mataku terhenti kepada sehelai t-shirt berlengan panjang yang berwarna hitam. Segera aku keluarkan untuk dipakaikan bersama jeans biru berjenama levis. Aku memilih selendang berwarna biru gelap untuk dipakai.

“Woi, Ecah! Rindunya kau !”, jerit Aya kuat macam jarak kami sebatu padahal tak sampai satu meter pun.

“Tau lah kau excited nak jumpa aku, sampai aku kat depan ni pun kau nak jerit ye”, perli aku. “ Wah, bukan main eh kau sekarang ni. Makin lawa, hehe”, tambahku lagi.

“Bukan salah aku ye, mulut aku yang salah. Eleh, kau pun apa kurangnya. Eh, takkan nak sembang dekat sini kot? Jom lah, kita beratur dulu, beli tiket wayang. Kau nak tengok cerita apa?”

Aku melihat sekeliling. Mana lagi dua orang member aku ni? Lambat betul sampai. Tau tak aku dah tak sabar nak jumpa diorang ni? “Jom tengok Hantu Bonceng wei. Macam best je aku tengok Zizan dengan Juliana Evans tu berlakon. Zizan tu dah la lawak, haha. Eh, mana si Sarah dengan Elena? Batang hidung pun tak nampak ni”

“Oh, tadi Elena ada call aku. Dia tumpang si Sarah tu. Dia pergi isi minyak kejap. Kang tak pasal berhenti tengah jalan. Aku dengan kau jugak yang gelak tak ingat dunia nanti, hahaha. Kejap lagi sampai lah tu.”

Setelah selesai membeli tiket, kami berjalan-jalan sebentar sementara menunggu wayang untuk ditayangkan.

“Kau apa cerita sekarang ni Ecah?”, soal Aya.

“Aku masih lagi menganggur. Sebenarnya, ada juga lah beberapa syarikat offer aku kerja. Tetapi, aku tak puas enjoy lagi. Hehe”, balasku.

“Konon kau jual mahal lah ni? Pirahhhh!”, Aya menunjukkan gaya tangan ke atas apabila dia menyebut perkataan pirah.

“Ish, tau-tau je kau ni kan. Kau pulak, amacam? Makin bergaya lah kau. Tadi aku tengok, ingatkan model mana, rupa-rupanya kau. Mesti dah ada ehem-ehem kan?”, aku cuba menyerkap jarang. Mana lah tau kan kalau kawan aku sorang ni dah berpunya. Yelah, orang lawa kan, siapa yang taknak..

“Woi! Ke situ pulak kau ye. Kau pun apa kurangnya. Makin berseri-seri muka tu. Buat pengetahuan kau, I’m still single but unavailable okay. Sekarang aku jadi penulis skrip bebas. Mana-mana syarikat perfileman yang nak aku, aku buat skrip untuk diorang”, Aya bersungguh-sungguh menafikan pertanyaan aku. Siap geleng kepala lagi tu.

“Peh, gaji kau mesti masyuk kan? Akhirnya, tercapai juga cita-cita kau nak jadi penulis skrip. Cerita-cerita kau mesti best punya lah. Dulu, aku ingat lagi,. Semua cerita yang kau tulis, aku baca tau! Berkat ajaran aku jugak, hehehe”, balasku sambil tersengih.

“Yelah, Ecah. Kau aje yang terer..hehehe, terima kasih atas pujian anda”

Aku tersenyum simpul mendengar perlian kawan karibku, Aya. Kitorang memang daripada dulu macam ni. Aya ni memang dah kenal dengan perangai aku yang agak suka memuji diri, hehe. Dah diri ini bagus, nak buat macam mana? Statement yang agak poyo tu Ecah!

“Ecah! Aya!”

Aku memalingkan mukaku apabila mendengar dua suara yang agak ku kenali. Sampai juga diorang ni!

“Haa.. baru Nampak batang hidung si Sarah dengan si Elena ni. Ingat kan tak jadi pergi tadi”, perli Aya.

“Tau takpe, korang ni isi minyak ke jual minyak?”, tambah aku. Syok betul kenakan diorang.

“Merepek lah kau, Ecah! Jalan jam lah tadi. Ada accident”, balas Sarah.

“Uish, teruk ke accident? Sampai jalan jam”, soal Aya.

“Accident seciput je.Tapi macam kau tak tau. Orang Malaysia ni kan prihatin. Kalau accident sikit, mula lah berhentikan kereta nak tengok. Tu yang jalan jam tu”, giliran Elena pula menerangkan situasi yang berlaku.

Statement Elena tu tepat sekali. Aku hanya mengangguk-nganggukkan kepalaku. Tiba-tiba aku teringat yang wayang akan bermula tidak lama lagi.

“Wey, wayang dah nak start lah! Ni tiket korang. Korang masuk dulu, aku beli popcorn dengan air dulu”

“Biar aku teman kau, Ecah. Kesian pula kawan aku yang comel ni masuk panggung seorang diri”

“Haha, kau ni Sarah. Macam tau je kan aku suruh someone teman aku”

Hehe, aku bukan tak berani pergi beli popcorn sorang-sorang, Cuma, aku takut kalau aku tak jumpa tempat duduk bila aku masuk panggung nanti. Tak ke naya, duduk tempat orang lain nanti? Eleh, cakap je lah yang kau takut gelap, Ecah oi. Setelah selesai membeli popcorn dan air, aku dan Sarah masuk ke dalam panggung.

*********

Aku gelak terbahak-bahak lepas keluar dari panggung wayang tu. Zizan memang berjaya membuatkan aku ketawa. Well, aku memang tertarik dengan lelaki-lelaki yang boleh membuatkan aku ketawa. Bukan macam mamat Bagak tu! Muka masam mengalahkan lemon! Aku lagi sanggup minum jus lemon lah daripada menatap muka mamat tu. Huh, memang patut aku panggil dia mamat Bagak! Aduh, apahal aku dok fikir pasal mamat tu? Buat rosak mood aku je!

“Hoi, teringat boyfriend ke Cik Ecah?”, tiba-tiba saja Aya bersuara.

“Eh, setahu aku lah kan, Akak Ecah kita ni tak minat bab-bab couple ni. Tapi, mana lah tau kalau sekarang ni dia da-….”, giliran Sarah pula mencelah tetapi aku lagi cepat mencelah.

“Apa pula teringat boyfriend ni? Ish, tolong lah weh. Tak kuasa aku nak bercinta bagai. Tadi, err err”, alamak, aku nak cakap apa ni. Takkan aku nak cakap pasal aku teringat kat lelaki tu pulak? Pengsan sepuluh kali diorang. Aku? Teringat lelaki? Hahaha, mustahil. “Jom makan! Aku dah lapar ni. Setakat makan popcorn, baru isi perut aku setakat 15% je wei. Nak makan dekat mana?”, aku cepat-cepat mengubah topik. Rimas lah aku kena soal bab boyfriend-boyfriend ni. Bukan aku tak minat lelaki ke apa tetapi ada lah kisahnya…

“Jom makan dekat Restoran Makanan Sedap!”, Elena memberi cadangan.

“Haa, kat mana tu?”, soal Sarah.

“Dekat kedai lah!”, jawabku pula.

Bahuku ditampar serta-merta. Nampaknya Sarah masih belum berubah. Dia ni sejak zaman sekolah asyik menampar orang kerjanya. Tampar bahu, badan, lengan dan yang paling khas untuk sesiapa yang melampaui batas, tampar pipi. Jangan main-main dengan si Sarah ni. Badan je pendek, tapi tangan tu berbisa. Aku ulang ye, berbisa. Bagi aku yang dah biasa kena tamparan dia ni, sakit sikit je lah. Yang first time kena tu, what can I say? Padan muka! Muahaha. Bak kata orang, kecil-kecil cili padi.

“Pedih lah woi! Aku nangis kang baru tau”, aku sengaja berpura-pura sakit sambil menggosok-gosok bahuku. Tapi memang sakit pun, huhu.

Elena dan Aya hanya ketawa melihat gelagat kami. Memang kita orang dah biasa dah kena tamper dengan Sarah ni. Kawan karib katakan…Nak tampar ke, memerli ke, mengutuk ke semua boleh. Jangan ngorat sudah lah ye. Tau lah aku comel, hehe. Perasan kau Ecah!

*********
La..tak lah jauh mana Restoran Makanan Sedap ni. Dekat bahagian luar shopping mall saja. Aduh, ada pulak ye nama restoran macam ni, Makanan Sedap? Hahaha! Nak tergelak aku. Konon nak pakai the law of attraction lah tu. Nak tarik perhatian orang. Dengar je Restoran Makanan Sedap, mesti secara automatic orang akan terbayangkan semua makanan sedap kat situ. Jangan tak sedap sudah lah, aku tukar jugak kang nama kedai tu jadi Restoran Makanan Tak Sedap. Haih, kenapa mulut aku jahat sangat ni? Tak baik betul.

“Ye, cik. Nak order apa?”, soal pelayan itu dengan muka yang mesra. Macam ni lah bagus. Nak serve orang, kena lah ikhlas kan. Senang hati pelanggan nak makan nanti, hehe.

“Teh ‘o’ ais and nasi goreng cina”, dengan pantasnya aku terus order dekat pelayan itu. Pelayan itu hanya mengangguk-ngangguk sambil menulis apa yang aku order tadi.

“Saya nak kue tiau kungfu dengan fresh orange”, giliran Sarah pula untuk order.

“Nasi goreng pattaya dua, milo ais satu, horlick ais satu”, Elena pula memberi order untuk Aya sekali. Dah dekat 5 minit 50 saat aya dalam tandas. Apa lah yang dia buat tu. Tengok cermin lah tu, huhu.

Tak sampai 10 minit, semua makanan dengan minuman dah sampai. Bagus jugak ye service dekat kedai ni. Biar aku rasa sikit makanan dia. Dah kata Restoran Makanan Sedap kan, makanan mesti lah kena sedap.

“Sah! Memang sah!”, jeritku sambil menyuapkan lagi nasi goreng cina ke dalam mulutku. Memang sedap lah nasi goreng cina kat kedai ni. Bagus, makanan sedap, hati aku pun senang. Memang daripada kecil dulu, aku suka makan nasi goreng cina ni. Favourite food lah katakan..

“Apa yang sah?”, tiba-tiba Aya mencelah. Baru keluar daripada tandas lah tu.

“Memang sah kau ni hantu cermin! Kah kah kah”, aku memang suka kenakan si Aya ni. Gelak-gelak pun sempat lagi menyuap sesuap,dua suap sudu nasi ke mulutku.

Sarah dan Elena hanya memandang aku dan Aya sambil tersengih.

Aku meneruskan kegiatan aku yang tak seberapa nak senonoh ini. Apa lagi kalau bukan melahap. Anak dara di rumah, tolong jangan ikut perangai aku ye. Tiba-tiba aku terdengar satu suara lelaki ni. Aku macam kenal suara ni. Ni macam suara pujaan hati, eh bukan. Maksud aku suara mamat Bagak tu merangkap mamat baran campur berlagak. Dah macam gagak bunyinya, tapi lelaki tu memang layak dapat nama ni.

“Saya nak order macam yang perempuan tu makan dan carrot juice satu”, lelaki itu memberi order kepada pelayan yang ambik order aku dan kawan-kawanku tadi. Haish, mamat ni, kalau ye pun nak order, cakap je lah nasi goreng cina. Ni nak jugak tunjuk ke arah aku. Apasal lah setiap kali aku tengah happy, mamat tu muncul? Ibarat hujan datang lepas si ibu baru selesai sidai kain. Eh, boleh pulak reka-reka perumpaan ye Ecah? Dengar Puan Rozana merangkap si cikgu Bahasa Melayu masa aku form 5 dulu, cubitan 360 darjah lah jawabnya.

 Sambil makan, aku ada tengok juga lelaki kat sebelah ni. Amboi, sopannya cara dia makan..Tak macam aku, melahap. Lantaklah, bagi aku dengan melahap lah kita dapat menikmati sepuas hati makanan itu. Tapi, jangan lah melahap sampai tercekik pulak. Jangan risau, aku melahap secara ‘sopan’. Takde nak tercekik punya, kah kah kah.

Setelah semua dah selesai sesi kenyangkan perut, masing-masing minta diri nak balik. Puas hati jugak aku jumpa diorang hari ni. Macam-macam cerita keluar, daripada kes buang bayi sampai lah ke mermaid. Off topic betul.

“Takpe lah, kali ni aku belanja okay”, aku menawarkan diri untuk belanja diorang.

“Eh tak payah lah  Ecah”, Aya berkata.

“Takpe, aku ikhlas ni, lagi pun dah lama tak jumpa kan. Ala, sekali-sekala belanja, apa salahnya”, aku cuba meyakinkan diorang yang aku ni memang betul-betul nak belanja diorang. Aku tunjukkan sikit muka ikhlas ni supaya diorang percaya yang aku ni ikhlas. Perlu ke?

Akhirnya, mereka mengalah juga dengan aku. Aku memberi bil kepada tauke kedai itu.

Setelah selesai dikira tauke kedai itu berkata, “semuanya RM43.25, cik”.

Aku mencari dompetku di dalam beg. Alamak, mana pulak dompet ni? Puasku cari, masih tidak ada. Ala! Baru aku ingat, agaknya aku tertinggal dompet dalam kereta kot sebab aku ada kira duit dalam kereta tadi. Aduh, buat malu muka aku je. Dah lah confident gila nak belanja diorang. Boleh pulak tertinggal dompet. “Cik tunggu kejap ye”.

“Cik, kira sekali bil diorang. Saya bayar”, lelaki itu bersuara.

Aku menoleh kan ke belakang. Mamat Bagak! Mulutku ternganga sedikit. Nasib baik lalat tak ada. Kalau tak, dah lama singgah dalam gua berisi batu putih a.k.a gigi putih aku ni, hehe.

“Anggap aku dah balas budi kau selamatkan wallet aku haritu. Lagi pun ramai lagi beratur dekat belakang”, Aireyl menghalakan jarinya ke belakang sambil menunjukkan mukannya yang masam itu. Woah, nampaknya memang ramai pun orang menunggu giliran diorang untuk bayar dekat kaunter. Setelah Aireyl selesai bercakap, dia terus ambik baki duit yang diberi oleh tauke kedai itu. “Oh, yeah. One more thing. Make sure kau tak muncul lagi depan aku lepas ni sebab kau ni menyusahkan. Huh, konon nak belanja kawan, dompet pun entah ke mana”.

Dush, ayat sepedas cili padi dipadukan ke arahku. Apa kau kata?! Tak boleh jadi ni. Dah lah dengar perbualan antara aku dengan kawan-kawan aku. Berlagak pulak tu! Eee, teruknya! “Saya-..”

Belum sempat lagi aku bercakap, lelaki itu terus berjalan meninggalkan aku dan masuk ke dalam kereta Ferrari berwarna hitam. Enjin Ferrari mula mengaum dah terus meninggalkan kawasan kedai.

Aya, Sarah dan Elena terus mendapatkan aku. Semuanya memandang kearahku. Ni mesti nak suruh aku cerita apa yang jadi.

“Apa hubungan kau dengan lelaki tadi tu?”, tanya Elena.

“Haa? Hubungan? Kenal pun tidak nak ada hubungan apa pulak?”, balasku sambil menunjukkan muka bosan.

“Kau tau tak tadi tu siapa? Dia tu famous tau! Kebanyakkan perempuan kat Malaysia ni dok berangan nak couple dengan dia. Tak sangka dia pilih kau ye, hehehe”, nampaknya Aya pulak dah tersalah faham.

“Betul do apa yang Aya cakap tu. Dah lah kaya, kacak, dan cool! Minggu depan, dia start bekerja dekat syarikat tempat aku berkerja. Kalau kau nak tau, dia tu CEO dekat syarikat aku. Muda lagi, dah jadi CEO. Peh, dahsyat!”, giliran Sarah pula untuk memberi info terkini.

Macam lah aku kisah pasal lelaki tu. Apa gunanya kalau muka hensem, kaya semua tu kalau perangai teruk?

“Ops, korang dah salah faham ni. Aku tak ada apa-apa hubungan dengan lelaki tu. Ada lah kitorang beberapa kali terserempak. Tetapi, setiap kali jumpa je, mesti ada benda jadi. Lepas lelaki tu nak kerek dengan aku. Haish, menyampah aku!”, terangku. Mataku, ku julingkan sedikit ke atas. Ni memang menyampah betul ni. Kepalaku, ku garu sedikit. Rimas! Aku bukan boleh orang tanya banyak-banyak ni. Malas nak jawab. Apa pun, aku kena pulangkan jugak balik duit RM43.25 dekat mamat tu.

“Sarah, kat mana ek tempat kerja kau tu?”

“Kenapa?”

“Aku nak pulangkan balik duit yang dia bayarkan tadi”

“Alah, orang tu dah belanja tu. Terima je lah, hehe”

“Aku taknak lah hutang-hutang ni. Cepat lah wey, bagitau”

“Haa, ye lah. Nanti aku sms alamatnya. Tapi, minggu depan baru dia masuk”

Aku tersenyum puas. Wahai Mr. Bagak, hutang budi tak boleh dibayar dengan duit. Tak kira apa yang terjadi aku kena bayar balik duit tu.

“Cik, tadi lelaki yang duduk kat meja sebelah cik suruh kasi kertas ni. Nah..”, pelayan kedai itu menghulurkan sehelai kertas kepadaku. Ni mesti cilok kertas yang pelayan guna untuk ambik order.

“Oh yeke? Terima kasih”, kataku. Kertas itu sudah beralih tangan. Apa benda lah pulak ni?

Lain kali, cuba kau makan elok-elok sikit. Anak dara, tak elok melahap. Tak sopan J

Suka hati aku lah nak makan macam mana pun! Eee, geramnya aku…Kertas itu sudah kukoyakkan hingga menjadi seribu satu cebisan.

No comments:

Post a Comment