Saturday 1 November 2014

Belajar

Belajar, belajar, dan belajar. Hidup kita tak akan dapat lari daripada belajar.

Belajar apa?

Belajar itu, belajar ini. Belajar daripada kesilapan. Belajar menjadi lebih mahupun menjadi lebih teruk. Itu pilihan kau. Tak kira lah, kau masih muda ke atau sudah berumur, kau harus belajar. Jangan ego. Maksud aku di sini, bukan saja belajar tentang kerjaya semua tu, malah lebih belajar tentang kehidupan.

Aku pun masih belajar. Macam biasa, tak lari dari kesilapan.

Cabaran datang bertalu-talu, ibarat peluru sesat. Tidak tahu dari mana, bila dan apa.


Thursday 1 May 2014

Bukan milik aku

Setiap manusia biasa,
dilahirkan rasa cinta.
Cinta datang pada suatu hari,
Tapi kekal berhari-hari.
Pada suatu hari,
aku jatuh cinta.
Cinta pandang pertama.
Melalui sekeping gambar sahaja.
Mulanya, niatku mahu mengusha saja,
Akhirnya, lebih daripada itu.
Hakikatnya, aku ini halimunan.
Aku ini hanya seorang yang asing.
Cinta itulah yang aku miliki.
Cinta bertepuk sebelah tangan.
Tidak berbunyi.
Tidak bersambut.
Cita-citaku setinggi langit.
Hakikatnya,
cinta itu bukan milik aku.


Menganjing

Anjing.
Sejenis binatang.
Tetapi apa itu menganjing?
Kasar, tapi sedap bunyinya.
Siapa tak suka menganjing?
Puas hati.
Lega perasaan.
Lagi-lagi bila orang yang dijadikan panas hati.
Seronok bukan kepalang.
Kita rasa sudah menang.
Tanpa pedulikan perasaan makhluk sekeliing.
Mereka malu.
Mereka terluka.
Mereka marah.
Pernah terfikir?