Friday 31 May 2013

Cerpen Budak Cheras

Aku dikenali dengan nama N bukan nama sebenar. Senang cerita, orang di sekeliling aku panggil aku Nana. Abaikan N bukan nama sebenar tu. Mula-mula nak bajet misteri tulis macam tu, tetapi aku rasa kau orang yang baca cerita ni mungkin lebih tenang apabila aku dedahkan namaku.

Aku mempunyai dua orang abang. Okay, secara teknikalnya, empat orang abang dan seorang kakak. Apa pun, korang perlu tau yang aku sayangkan mereka. Ada peribahasa pernah mengatakan ‘air yang dicincang tak akan pernah putus’. Pada mulanya aku tak pernah faham dengan peribahasa ni. Hello… semua benda yang kena cincang mesti putus kot.

Sampai lah satu hari tu, aku gaduh dengan abang aku. Gaduh sebab apa? Sebab aku nak makan meatball kat Ikea. Dia pula nak makan masakan aku. Gaduh punya gaduh, sampai dua dua tak makan apa apa langsung. Aku berkurung dalam bilik. Dia tengok bola.

Selalunya, pukul 3 pagi macam ni aku selalu menonton bola dengan dia. Memandangkan kami sokong team yang sama. Dalam hati ni, aku sebenarnya teringin nak menonton bola dengan dia tapi aku ego. Kalau aku keluar dari bilik ni, maksudnya aku mengalah.

Tiba-tiba, ada satu ketukan di pintu. Whatever it is, I will never open the door. Tak ada pulak suara suruh buka pintu. Tengok bawah pintu dah ternampak satu kertas. Kertas apa ni? ‘Jom tengok bola sama-sama!’. Ceh, pandai abang pancing aku ye. Aku terus membuka pintu sebab nak tengok bola dengan abang aku. Wait, atas meja tu.. Meatball! Okay, aku sayang gila lah dengan abang!

“Apa ni abang?”, soalku buat-buat tak tahu.

“Abang tau, adik abang ni dah lama kempunan kan?”

“Terima kasih abang”, tak boleh nak sembunyi lagi aku sayang abang. Bukan sebab meatball. Tapi sebab abang tau apa yang aku nak. Abang tak ego macam aku. Sejujurnya, aku sangat terharu! Sekarang baru aku faham maksud peribahasa tu. Adik-beradik kalau bergaduh, sekejap je. Lepas tu akan baik balik. Salah seorang akan mengalah dan masing-masing akan meminta maaf.

Pembaca cerpen ni mesti tertanya, berapa umur aku? Aku bagi klu sikit, aku sudah masuk era puluhan. Walaupun dah masuk era puluhan aku rasa aku masih muda seperti sediakala. Aku ni sebenarnya adalah orang yang sangat periang. Orang kata orang yang periang di luar sebenarnya menangis di dalam. Orang yang kata, aku tak kata. Bagi aku, dalam hidup ni tak seronok lah kalau asyik nak sedih je, serabut fikir masalah, tension sini sana. Aku selalu fikir positif walaupun kadang-kadang ada sedikit masalah. That’s my way.

Selama dua puluh tahun hidup, aku hanya ada empat orang kawan baik. Kawan banyak pun, tak guna juga. Cukup la empat orang kawan yang sanggup sehidup semati dengan aku. Ceh, macam keterlaluan pula ayat aku ni. Tiga capital A, seorang capital B. Dah cantik dah tiga orang nama mula dengan huruf A tiba-tiba datang huruf B lagi seorang tu. Harap insan yang namanya bermula huruf B itu tidak marah. Ini hanyalah cerpen imaginasi saja. Tiada kaitan dengan yang hidup, atau yang sudah mati mahupun yang sedang pengsan.

Capital A(1), aku sudah kenal dia selama ‘satu.. dua..tiga.. haa tiga belas tahun!’. Tiga belas tahun tu bukan sekejap je. Dah lama. Kalau kau dah ada anak tiga belas tahun, anak kau dah masuk sekolah menengah dah. Nak kata aku rapat dengan si capital A(1) ni memang tahap kerapatan kami bagai isi dengan kuku. Kiranya, nak kentut depan-depan pun dah tak ada segan-segan lagi dah. Kalau aku ada masalah, aku akan share dengan dia. Dia pun akan buat benda yang sama dekat aku. Aku ni, wajarlah dipanggil perempuan misteri sebab bukan semua orang tau masalah aku. Hanya orang-orang tertentu saja yang boleh dengar cerita atau masalah aku. Kiranya, si capital A(1) ni sangat bertuah kerana dia adalah orang yang terpilih.

Next, cewah macam tengah buat essay BEL pula. Capital A(2). Aku sudah kenal mamat ni selama empat tahun. Setiap kali masa aku lepak dengan dia, aku rasa aman semacam. Mungkin dia ni seorang yang sangat aman. Si capital A(2) ni seorang yang poyo sikit namun dia tetap baik hati. Acah-acah hensem macam Justin Bieber pun aku tetap sayang dia.

 First time aku jumpa dia waktu aku lepak starbucks. Masa tu aku tengah beratur nak bayar. Sekali tengok akak yang gayanya ala-ala Yuna tu bagi tau dekat aku yang mamat ber t-shirt Top Man tu dah bayarkan. Hairan juga aku ada juga orang yang baik hati nak bayarkan untuk strangers pada zaman moden ni. Punyalah aku jalan cepat-cepat ke arah dia, minta penjelasan. Cewah, orang dah belanja, diam je lah kan. Ni tanya lagi. Rupanya, dia cakap aku ni mirip kawan baik dia dulu.

Capital A(3) pula, aku dah kenal dia empat tahun juga. Mungkin sesiapa saja yang jumpa dia pasti teringatkan tagline ‘Aiman tak kisah’. Memang sesuai pun. Setiap kali aku tanya nak lepak mana mesti keluar ayat tu. Menyampah tak menyampah, baik aku je lah yang decide. Janji dapat lepak bersama kan. Pada empat tahun yang lalu, memang unik cara aku kenal si capital A(3) ni. Setiap minggu aku akan terima surat-surat cinta. Nope, bukan untuk aku tetapi untuk orang lain.

“Eh, ni bukan surat kat rumah ni, ni surat rumah belah sana. Asal lah surat cinta budak ni aku yang dapat?”, ayat ni lah yang aku selalu cakap apabila dapat surat ni.

Hah, cukup satu kotak kasut aku kumpul surat-surat cinta ni. Ni baru untuk seminggu. Ramai betul peminat mamat ni. Mana boleh tahan kalau berterusan begini. Keputusan telah dibuat. Aku akan pergi ke alamat sebenar surat ini dan serahkan surat-surat yang telah ku kumpul.

“Assalamualaikum”, salam ku beri kepada seorang lelaki yang sedang membasuh kereta bernombor plat FER 451 itu.

Dia menjawab salam dan berjalan ke arahku. Riak mukanya jelas menunjukkan tanda hairan atau terkejut dengan kehadiranku.

“Err, nah surat”, aku cepat-cepat serahkan kepadanya. Tidak mahu lama-lama di sini.  

“Beraninya bagi depan-depan. First time aku jumpa perempuan seberani ini”, katanya sambil tersenyum kambing. Senyum menganjing mungkin.

Wait. Otakku tidak dapat menghadam kata-kata mamat ini. Maksud dia…

“Eh, jangan salah faham! Aku..bukan peminat. Ni semua surat kau, posmen salah hantar ke rumah aku. Ambik lah”, sekali lagi aku menghulurkan surat-surat yang berbaur cinta itu.

“Buang je lah. Aku tak berminat”, katanya lagi.

Gila mamat ni. Tau lah muka kacak ala-ala Justin Timberlake. Tak menghargai langsung surat-surat daripada peminat dia.

“Aku letak kat sini, kalau taknak kau buang lah”, kisah pula aku. Kau nak baca ke, taknak baca ke itu kau punya hal. Malas dah nak pegang surat orang.

Seminggu selepas itu, tidak ada lagi surat cinta sesat di rumah aku. Bagus. Mungkin mamat tu dah buat complain kat posmen.

Member terakhir yang rapat dengan aku, Capital B. Cara aku jumpa capital B ni unik sikit. Macam ala-ala drama gitu. Aku tersenyum melihat gambar capital B. Lelaki yang paling pemalu pernah aku jumpa. Aku rasa sebab utama dia pemalu begini adalah dia ni jarang bercampur dengan orang. Mana taknya, kerabat diraja. Patutnya kerabat diraja lah yang bergaul dengan semua orang. Katanya, demi keselamatan dia jarang keluar ke mana-mana. Teringat lagi bagaimana aku terjumpa dia..

Aduh, jam pula jalan ni. Waktu macam ni orang ramai baru balik daripada bekerja. Aku melayan saja lagu-lagu di Fly.fm untuk meredakan rasa tensionku. Tiba-tiba pintu kereta Suzuki Swift ku dibuka dari depan di sebelah tempat aku. Saat itu, aku hanya fikir nak buat wasiat je. Mungkin perompak yang masuk kereta aku ni. Aku memejam mata sekuat mungkin. Ya Allah.. selamatkanlah aku!

“Boleh tumpang kereta tak? Saya tengah lari ni”, kedengaran suara cemas berkata.

Aku membuka mata dan melihat siapa yang duduk di sebelah aku. Kemas je cara pemakaian lelaki. Muka boleh tahan. Tetapi.. dia nak lari dari apa? Entah-entah penjenayah! “Err, awak ni siapa?”

“Nanti saya cerita. Yang penting, bawa saya lari dari sini.

Kebetulan aku kena pergi beli makanan untuk abang aku. So, aku bawa dia sekali ke kedai mamak. Haaa, nak kata kebetulan ke jodoh ke apa, aku tak tau. Capital A(1), capital A(2), capital A(3) ada sekali! Masing-masing datang seorang diri. Dah Nampak aku, diorang terus ke meja aku. Rasa nak tergelak pun ada. Baru je kenal, kita orang sembang kencang macam dah lama kenal kecuali capital A(1) lah aku dah kenal lama. Mulai daripada hari itu, kami mula berkawan sampai lah sekarang dan InsyaAllah berterusan. Kedai mamak saja lah menjadi port lepak kami.

Lagu ‘Mirrors’ menjelma di telingaku. Lamunanku tentang capital B terhenti. Rupanya mereka ajak aku tengok wayang. Aku memang minat ‘Fast And Furious’! Dah movie ke enam pun. Memang laku movie ni.

“Perlu ke bodyguard kau ni ikut kita semua tengok wayang weh?”, capital A(2) menyoal. Ada ke nak tengok wayang pun ada orang nak kena jaga. Tak ada privasi langsung.

“Sorry guys, kali ini aku terpaksa biarkan. Tak sempat nak lari lah”, capital B meminta maaf.

Setelah habis menonton ‘Fast and Furious 6’ dan puas melepak di Midvalley, seperti biasa kami melepak di kedai mamak yang berdekatan dengan rumah aku. Bagi aku, kedai mamak adalah tempat yang terbaik untuk melepak. Boleh sembang kencang, makanan pun memuaskan. Chef dekat hotel lima bintang pun tak boleh masak maggi macam mamak ni masak.

“Aku tak faham lah asal makcik-makcik kawasan sini tak puas hati kalau kita lepak mamak pukul 2,3 pagi”, capital A(3) meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“Aku rasa sebab anak dia tak dapat join kita yang awesome ni kot. Alah, makcik-makcik yang complain tu pun, anak diorang lepak club. Lagi teruk”, kata aku. Ini bukan fitnah tapi kenyataan. Selalu je anak makcik-makcik kepoh tu ajak aku lepak dekat kelab malam. Apa punya perangai tak senonoh.

Seperti biasa, selepas lepak mamak mereka akan menghantar aku. Kali ni, aku hanya menumpang kereta mereka. Malas pula nak drive hari ni. Tiba-tiba, idea nakal ku menjelma. Aku mengajak mereka berjalan kaki saja untuk menemani aku pulang ke rumah. Alah, bukan jauh mana pun.

“Korang nak buat kerja bodoh tak?”, soalku.

“Buat apa?”, serentak aku ditanya.

“Jom picit loceng rumah orang lepas tu kita lari?”, kata ku sambil tersenyum kambing.

Capital B paling ketara excited nak buat benda tak senonoh ni. Yelah, dia mana pernah buat kerja nakal. Kerabat diraja semuanya beradab. Banyak juga tuan rumah yang keluar untuk melihat siapa tetamu mereka. Ada juga yang sempat mengejar kami. Sejujurnya, ini adalah benda yang paling seronok aku pernah buat. Kalau tak percaya, cuba buat.

Buka saja pintu rumah, kedengaran suara umi aku memanggil aku. Aik, selalunya dah tidur. Pelik juga aku umi masih belum tidur.

“Umi nak anak umi ni kahwin”

Kahwin?! Aku cuba menghadam apa yang diperkatakan oleh umi aku. Oh tidak, belajar pun masih belum habis, nak kahwin dah? ‘Umi, anak umi ni baru 20 tahun’, malangnya hati aku saja yang bersuara. Bibirku kaku.


Wednesday 24 April 2013

Suamiku, Oppaku 8


“Tau tak esok hari apa?”, soal Aireyl.

“Esok hari Sabtu la encik. Kan cuti masa tu”, jawabku. Dah buang tabiat ke bos aku ni?

“Ye memang esok hari Sabtu tapi esok bukan hari cuti”, kata Aireyl.

“Haa? Serious ke encik? Esok saya ada temujanji lah”, aduh aku dah janji dengan Adi nak keluar. Macam mana ni?

“Esok sport day untuk syarikat ni. Semua pekerja wajib datang termasuk kau. Batalkan saja temujanji tu”, arah Aireyl dengan nada yang tegas.

“Okay bos, kejap ye. Saya nak call kawan saya”, lebih baik aku menelefon Adi dahulu.
Ariel hanya memberikan pandangan kosong saja.

“Assalamualaikum Adi, saya nak bagitau ni. Maaf lah sebab esok saya terpaksa cancelkan temujanji kita sebab saya baru dapat tau ada sport day untuk syarikat”, aku risau juga kalau Adi berasa tersinggung.

“Waalaikumusalam, lah yeke? Kalau macam tu takpe. Malam awak free? Kita boleh dinner”, soal pula Adi.

Aku memandang Encik Aireyl. Tak tau kenapa aku pandang Encik Aireyl walhal keputusan terletak di tangan aku. “Err, malam saya free”, kataku sambil mengangguk.

Encik Aireyl memberi pandangan yang tidak beberapa nak memuaskan kepadaku. Apa salah aku? Hal peribadi aku patutnya dia tak boleh masuk campur. Aku memandangnya semula dengan berharap dia faham riak muka aku ni. Kenapa macam tak puas hati?

“Boyfriend?”, soalnya pendek.

“Kawan”, sepatah dia tanya, sepatah aku jawab. Sejak bila bos aku pandai busybody ni?

“Tak kisah lah. Tapi jangan sampai dia ganggu kau punya prestasi dalam syarikat ni”, kata Aireyl.

Kenapa dia ni tak puas hati sangat dengan aku? Kalau boleh semua dia nak cari salah. Sabar Ecah.. sabar.

*****
Semua pekerja kelihatan bersemangat berpakaian sukan hari ini. Sejujurnya, aku sangat malas bersukan. Kalau setakat jogging tu normal lah. Ni bersukan neka bagai, memang aku tak minat. Semua mengambil tempat masing masing di padang yang berdekatan dengan bangunan syarikat untuk melakukan senam aerobik.

“Bersedia semua?”, soal jurusenam dengan bersemangat.

Aku menguap sepuas mungkin. Waktu ini terlalu awal bagiku untuk berjaga. Pukul 7 pagi. Ye, aku bukan anak dara mithali yang bangun seawall 5 atau pagi. Tiba-tiba mataku tertarik dengan satu muka ni. Alahai, sopannya menguap pun tutup mulut. Lain benar dengan aku. 
Kejap, adakah orang yang aku curi pandang tadi tak lain tak bukan Encik Aireyl? Ecah, ingat. Kau tak pernah jatuh cinta dengan orang lain selain Adi. Encik Aireyl tu bos kau. Ingat Ecah. Haih, jauh pulak aku fikir. Mungkin aku terpandang je kot.

‘Mengantuk pula pagi ni’, bisik Aireyl. Maklumlah, sebagai CEO dia memang selalu tidur lambat menyiapkan apa-apa yang patut. ‘Perempuan tu bukan main besar dia menguap. Kesian siapa yang dapat dia’, hati Aireyl berbisik. Tanpa disedari Aireyl tersenyum sinis seorang diri.

Selepas sesi senam aerobic, ada sesi sukaneka. “Okay pilih pasangan anda. Bagi sukaneka ini satu kumpulan ada 2 orang”, kata juru senam yang terlibat. Dah lama aku tak main sukaneka. Last aku main masa aku masih di sekolah rendah. Semua dah ada pasangan, tinggal aku dengan.. aku memandang sekeliling untuk mencari siapa yang masih belum pasangan. Dia?!  Maksudnya aku nil ah pasangan…Tidak!

“Maaf, tapi saya tak jadi join sukaneka kali ni. Rasa pening semacam lah”, kataku sambil memicit sedikit kepalaku. Harap lakonan ku menjadi.

“Kalau kau pening, naik lah ambulans. Ambulans ada disediakan dekat sana. So, kau boleh pergi terus ke hospital”, tiba-tiba Encik Aireyl dating berbisik kepada ku. Antara aku dan dia, dia memang akan bahasakan diri dia aku. Kalau ada orang lain di sekeliling, perkataan ‘saya’ digunakan. Pandai mamat ni berlakon. Errr, macam mana ni? Aku bukannya pening betul. Karang doctor check, ada juga yang dikatakan berlakon.

“Eh tak payah la sampai nak ke hospital encik. Bagi saya 5 minit nak minum air mineral kat sana. Kejap lagi saya datang balik”, kata ku sambil tersengih. Haaa, baik punya cover. Harap dia tak tau yang aku buat buat pening je tadi.

Aireyl hanya memandang Aisyah dengan muka yang tidak puas hati.

*****
‘Phritttt!’, wisel ditiup tanda acara bermula. Sukaneka pertama adalah lari dalam guni. Sejujurnya, tiba-tiba aku rasa excited pula nak main game ni. Mana pernah rasa lari dalam guni sebelum ni. Malangnya, aku dengan Encik Aireyl dapat tempat kedua. Acara sukaneka seterusnya, acara terompah gergasi. Apa yang uniknya kali ni, terompah gergasi tu hanya ada dua terompah yang digabungkan untuk dipakai. Urgh, kenapa aku kena pakai terompah ni dengan Encik Aireyl? Tak ada orang lain ke? Situasi memaksa untuk aku memakai terompah bersama Encik Aireyl.

‘Phritttt!’, sekali lagi wisel berbunyi. Aku memegang bahu Encik Aireyl. Tak ada maknanya aku nak peluk kuat-kuat, aku hanya memegang sedikit bajunya. Apabila sudah sampai di kon hadapan, kami perlu membuat pusingan. Malangnya aku tidak dapat mengawal diri lalu terjatuh. Kejadian itu lebih memalukan apabila aku tertarik sekali baju Encik Aireyl dan aku terjatuh ke atasnya. Ibarat game yang berhenti sementara apabila di’pause’kan dalam playstation, kebanyakan orang yang bermain game terompah sukaneka ini berhenti bermain dan semuanya memandang ke arah kami.

“Maaf, Encik Aireyl. Sebab saya, encik turut terjatuh”, aku segera meminta maaf. Takut Encik Aireyl melenting nanti.

“Awak okay?”, Aireyl tidak menghiraukan ucapan maaf daripada Aisyah malah terus memastikan samada Aisyah berada dalam keaadaan yang baik atau tidak. Berdasarkan riak mukanya saja, memang jelas yang dia risaukan Aisyah.

‘Biar betul Encik Aireyl caring pasal aku?’, hati Aisyah berbisik. “Err, saya okay”, kata Aisyah sambil bangun.
*****
Acara sukaneka telah pun tamat. Malangnya, kami tidak menang. Semua ni gara-gara aku. Suatu hari nanti aku harap aku dapat tebus kesalahan aku ni. ‘Ini semua hanya permainan Aisyah, yang kau risau sangat ni kenapa?’, hati ku berbisik begitu. Namun, aku tetap rasa bersalah.

Keesokkannya, aku terus masuk ke dalam pejabat Encik Aireyl. Sebab kejadian semalam lah aku tak dapat tidur lena. Bagi aku, meminta maaf kepada Encik Aireyl ada keputusan yang terbaik.

“Ada apa?”, soal Aireyl.

“Pasal hal semalam tu.. Err.. Saya nak minta maaf. Saya ras..”, belum habis lagi. Ayat aku dipotong.

“Lupakan pasal tu. Lagi satu, masa kau jatuh tu. Kau jangan ingat aku kisah pasal kau”, katanya sambil tersenyum sinis.

“Maksud encik? Encik berlakon?”, dalam hati ni, geramlah juga.

“Ada banyak kakitangan masa tu. Tak akan lah aku nak memalukan kau pula. Harap kau tak tergoda”, katanya lagi sambil tersenyum. Tak habis-habis dengan senyuman sinisnya itu.

Ye, aku memang sudah tergoda. Sedikit.

Wednesday 2 January 2013

Suamiku, Oppaku 7


Bantal peluk di sebelah aku peluk sekuatnya. Masa untuk tidur! Haih, penatnya badan ni. Lenguh kaki berjalan. Tiba-tiba aku teringat kembali peristiwa yang berlaku tadi. Macam itu rupanya rasa kena peluk. Aku tersenyum sendiri. 

“Tak boleh jadi ni!”, aku menjerit sambil mengetuk-ngetuk kepalaku. Patutnya aku marah. Kenapa boleh suka pula ni? Siapa nak suka dengan mamat berlagak tu? Sombong pula tu! Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab. Kalau kontrak tu boleh batal dengan senangnya, dah lama aku tinggalkan syarikat tu.

“Ecah! Kenapa jerit-jerit tu?”, jerit ibuku daripada bawah.
Alamak, tak perasan la aku jerit kuat sangat. “Tak ada apa-apa mak! Selamat malam!”, jawabku.

****
“Mom, you’ve arrived?”, soal Aireyl.

“Yes, Aireyl. Aireyl kat mana? Office? If you are working, I don’t want to disturb you. We’ll meet at your house later”, balas Erin.

“It’s okay, mom. Come here anytime you want. Ini kan office mama juga?”, balas Aireyl.

“Tak apa lah, mama nak berehat. Mama penat lah, badan ni dah minta berehat dah ni. Call me when you’re free”, kata Erin sambil meminta izin untuk mengundur diri daripada perbualan itu.

Aireyl membuka fail-fail yang berada di atas mejanya. Satu persatu kertas dibeleknya untuk memastikan tiada kesalahan yang dibuat.

“Masuk kejap”, aku diberi arahan melalui interkom untuk masuk ke dalam biliknya. Alahai, apa lagi ni..

“Ada apa Encik Aireyl?”, soalku.

“Cuba kau tengok apa masalah dalam fail ni”, katanya sambil menyerahkan sebuah fail berwarna biru.
Aku membuka fail itu dan membelek satu persatu kertas kerja yang sudah aku siapkan.

“Is there something wrong? Everything seems fine”, hairan aku di mana salahnya pun aku tak pasti.

“Bagi aku fail tu”, Aireyl menghulurkan tangan.

Aku serahkan fail itu kepadanya. Rasanya tak ada apa-apa masalah. Mungkin mata aku yang kero atau dia ni saja nak cari pasal dengan aku.

“Ini apa?”, soalnya sambil menunjukkan ke arah satu perkataan.

Aku dekatkan kepalaku, “nama encik..”, jawabku.

“Kau salah eja. Ejaan Aireyl tu sepatutnya, A.. I.. R…E..Y.. L, bukan Airil!”, satu persatu huruf disebut dengan kuat. Kalau ye pun nak aku ingat nama dia. Sebut perlahan-lahan sudah. Salah taip pun nak marah. Aku mencebik. Tetapi, aku mencebik belakang dia lah. Naya karang buat muka depan dia.

“Sebagai pekerja bawahan, kau patut ingat nama-nama orang atasan. Bukan setakat nama aku je. Tapi, buat masa sekarang ni, yang penting kau ingat nama aku”, ku dengar satu persatu arahan yang diberi. Ish aku tersalah eja je pun. Kecoh la mamat ni.

“Baik encik. Ada apa-apa lagi? Kalau tak ada saya nak sambung buat kerja tadi”, malas aku nak dengar dia membebel lama-lama. Panas juga telinga ni nanti.

Diam sepi. Khairyl menatap skrin komputer.

Hmm, itu tandanya aku dah boleh keluar daripada bilik ni. Aku mula melangkah ke arah pintu.

“Ada aku cakap boleh keluar?”, langkahku terhenti.

“Err, tadi encik diam je bila saya tanya. Jadi, saya ingat dah tak ada apa-apa”, jawabku.

“Duduk sini, tolong aku buat kerja”, katanya sambil mengangkat beberapa buah fail ke atas meja sebelahnya.

 “Kau duduk sini”, katanya sambil menunjukkan ke arah kerusi di sebelahnya.

“Tapi bos… kerja dekat luar tu tak siap lagi. Tak akan lah saya nak biar je?”, hairan juga aku. Kerja dekat luar tu tak siap lagi, nak suruh buat kerja baru. Karang, dia juga yang marah sebab banyak kerja tak siap.

“Kerja dekat luar tu, biar lah. Nanti aku suruh orang lain yang siapkan”, balas Aireyl.

“Okay, tapi biar saya buat kerja ni dekat luar lah ye?”, tak naklah aku buat kerja sebilik dengan dia. Bahaya, nanti ada orang ketiga. Ish ke situ pula. Tapi, nanti orang cakap apa pula kan.

“Kenapa? Takut tergoda dengan aku ke?”, katanya sambil tersenyum sinis. Senyum sinis pun kacak. Aumm. Aku tampar perlahan pipiku.

“Err, bukan. Lagi pun lepas ni kan waktu rehat. Saya nak kena keluar cepat sebab nak jumpa kawan”, jawapku. Entah logik ke tak jawapan aku ni. Tetapi, memang betul pun, aku nak jumpa Aya. Ada hal penting katanya. Jantung ni pula, asal laju sangat berdegup? Makin lama sebilik dengan Encik Aireyl ni, makin berdebar-debar jantungku. ‘Tolong lah Encik Aireyl! Lepaskan saya!’, jerit hatiku.

“Jumpa kawan?”, perkataan kawan ditekankan. “Apa yang penting sangat tu, daripada kerja ni?”, soalnya lagi. Amboi, bukan main ‘Mak Jemah’ juga ye bos aku ni. Kalah Melodi.

“Saya pun tak tau, tiba-tiba je dia ajak jumpa”, jawabku jujur. Dah memang aku tak tahu kan. Tanpa menghiraukan Encik Aireyl, aku mengangkat fail yang dia letak atas meja sebelah dan terus melangkah ke luar.

*****
“Aya! Ada apa nak jumpa aku ni?”, soalku seraya sampai ke kedai makan berdekatan.

“Nah!”, Aya menyerah sekeping kad.

“Apa ni?”, soalku tak mengerti. Aku membuka kad itu. Wah, kad jemputan ke majlis hari jadi! Parti untuk harijadi adik Aya rupanya.

“Wah, InsyaAllah kalau tak ada apa-apa hal aku datang ye nanti”, kataku dengan nada yang semangat.

“Okay, tapi jangan lupa bawa pasangan ye”, katanya sambil tersengih.

“Ala, kau macam tak kenal aku, aku dating sorang je lah”, balasku.

“Datang la dengan teman lelaki kau, hehehe. Okay lah, aku ada meeting kejap lagi. Aku minta diri dulu ye”, tersengih lagi Aya sambil bersalam dengan ku. Lama-lama, aya jauh dari pandanganku.

Aku bangun untuk berjalan balik ke bangunan tempat kerjaku. Nasib baik seberang jalan saja. Baru saja, kaki ku melangkah, aku terdengar namaku dipanggil.

“Irah!”, suara tu.. Hanya seorang je yang aku kenal, panggil aku Irah. Aku toleh ke belakang, sah! Dia!

“Eh, hye!”, aku melambai-lambai tanganku. Walhal, aku ingin cepat pergi darinya. Kenapa setelah 5 tahun tak jumpa, aku jumpa dia balik?

Lelaki segak berkemeja hitam dan jeans pergi ke arahku. Muka dia memang tak berubah dari dulu. Makin kacak rasanya. Kenapa insan yang aku ingin lupakan berada di depanku?

“Buat apa kat sini?”, soal Adi sambil tersenyum.

“Err, saya kerja dekat sini. Awak?”, soalku. Bukannya apa pun, sekadar berbasa-basi.

“Wah tak sangka! Kebetulan, saya pun ada meeting dekat sini. Tingkat 4”, katanya sambil menunjukkan ke arah bangunan tempat kerja ku.

Kami sama-sama menaiki lif. Di tingkat dua, pintu lif terbuka. Encik Aireyl memasuki lif. Aduhai, kenapa boleh ada Encik Aireyl pula ni?

“Awak dah lama ke kerja dekat sini?”, soal Adi.

“Baru saja”, jawabku pendek sambil memandang Encik Aireyl. Ternyata Encik Aireyl tidak pedulikan kami berdua. Okay, bagus. Mungkin dia tak perasan kewujudan aku di sini.

“Tak sangka kita boleh terjumpa kan, lain hari nanti kalau saya ada meeting dekat sini. Boleh la ajak awak makan sekali”, katanya sambil tersenyum. Senyuman manis tu lah yang buat aku angau dulu.

“Hmm, itu pun kalau saya tak busy lah”, kalau boleh aku nak mengelak daripada selalu berjumpa dengan dia.

Adi keluar setelah pintu lif terbuka di tingkat 4. Aku diam saja di dalam lif. Encik Aireyl pun begitu. Mungkin dia tak suka ambil port tentang perkerja bawahan dia. Yelah, orang atasan kan..

“Aku tak kisah la, kau nak dating ke apa ke. Tapi, orang luar pun kau layan?”, tiba-tiba Aireyl bersuara.

“Encik, encik tak ada hak nak masuk campur urusan saya. Lagi pun, tadi tu bukan setakat orang luar. Tapi saya kenal dia jauh sebelum saya kenal encik dan berkerja di sini lagi”, balasku. Sedap hati dia je nak menuduh bukan-bukan. Menyampah pun ada. Ish.

“Aku tak berminat nak masuk campur. Cuma kau pekerja syarikat ni. So, kena jaga imej”, katanya lagi.

Makin panas telinga aku dengar. Nak je aku berhenti! Aku mendiamkan diri saja. Nak melawan pun, dia bos aku.