Friday, 7 January 2011

Huh, Basikal Punya Pasal 4

" Syafiqah... ", seorang lelaki memanggil Syafiqah.

" Ye? ", balas Syafiqah.

" Aku suka kau ", balas lelaki itu.

" Okay, tak pernah lelaki suka aku. Buang tabiat ke apa? ", Syafiqah berbisik sendirian.

" Zakril kot, heheh ", Syafiqah berkata sendirian.

Syafiqah menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang suka dia tu.

" Syafiq? ", jerit Syafiqah.

" A'ah, ni aku, Syafiq. Sebenarnya, dah lama aku suka kau ", terang Syafiq.

" Tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ", jerit Syafiqah.

Syafiqah terbangun daripada tidur. Mimpi rupanya, hehehe. Banyak peluh kelihatan di dahi Syafiqah.

Kira - kira pukul 6.30 pagi,

" Syafiqah! Cepat sikit! Akak nak mandi pulak ", kata Syafira.

" Pergi je la mandi akak, susah susah je tanya saya, hahaha ", jawab Syafiqah.

" Yela, awak tu mandi satu jam. Kalau awak tak mandi lagi, lambat lah akak ", Syafira bercakap sambil menoleh ke kanan.

" Eh, biar betul kau dah mandi? Cepat betul eh kau harini? Aku mimpi ke apa ni? ", Syafira menggosok matanya banyak kali.

Syafiqah hanya tersengih sambil turun ke bawah untuk menikmati sarapan pagi. Emak dan ayah Syafiqah turut membeliakkan biji mata mereka apabila mereka melihat Syafiqah sudah siap untuk ke sekolah.

" Adik, hang ni okay ka? Awal betui hang bersiap ke sekolah na. Hari ini, meh ayah hantaq na? ", ayah Syafiqah hanya tersenyum dengan bangga.

Bukan apa, first time kot si Syafiqah ni siap awal ke sekolah. Kalau nak melepak ke, cuti sekolah ke, boleh pulak dia bangun awal. Hahaha.

" Apa salahnya sekali - sekala Peqah bangun awal? Hihihi. Tiba - tiba hari ini rasa macam semangat pulak nak pergi ke sekolah" , Syafiqah berlakon seperti gembira dan bersemangat. Padahal, mimpi ngeri pagi tadi. Tu lah bangun awal, hehehe. Ayat coverline ' baik punya ', ayat Dafi comel tu, pinjam jap, hehe.

Seperti biasa pada waktu pagi, perhimpunan diadakan. Semua orang berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku dan seterusnya lagu sekolah. Takpe, biar suara sumbang asalkan semangat ada, hehehe.

" Okay, hari ini cikgu nak buat pengumuman. Kamu semua tahu tak? Ada beberapa orang murid sekolah ini berjaya mengharumkan nama sekolah kita. Mereka berjaya memenangi tempat pertama dalam permainan suka rugby. Antaranya, Zaim, Khai, David, Zakril, dan... Syafiq ", terang cikgu Mat.

Syafiqah membeliakkan biji matanya. Macam Riska dalam 'Bawang Putih Bawang Merah' pun ada, hehehe.

" Ish, sejak bila mamat poyo ni masuk rugby? Tak pernah aku nampak batang hidung dia pun masa latihan rugby ", bisik Syafiqah dalam hati.

Ceh, minah ni gatai betul. Ada ke usha orang main rugby? Usha la orang main catur ke, hehehe. Nakal jugak minah ni. Tiba - tiba muka Syafiqah bertukar menjadi merah padam ala - ala ketam baru masak gitu. Tak pun, macam pipinya ada blusher. Dia teringat akan mimpinya pagi tadi. Yang hairannya, orang lain yang dia suka, orang lain yang dia mimpi. Ke, dia suka Syafiq, tapi taknak mengaku? Hahaha.

" Wey, pahal merah sangat muka kau ni Syafiqah? Mesti ada pape ni ", soal Nabiha.

" Tah, tak pernah aku tengok dia camni. Kecuali... dia tengah malu ", kata Amira tanda setuju.

Kawan - kawan Syafiqah bantai gelak terbahak - bahak. Beberapa orang pengawas yang menjaga perhimpunan memberi jelingan tajam yang tak brape nak seksi kepada mereka. Nak suruh diorang diam la tu. Syafiqah hanya mengerutkan mukanya. Lamunannya diteruskan.

" Kring! ", loceng sekolah berbunyi tanda waktu rehat sudah bermula.

" Syafiqah! Tunggu kejap ", jerit seorang lelaki.

Syafiqah menoleh ke belakang.

" Syafiq? ", Syafiqah mengeluarkan soalan bodoh.

Dah muka macam Syafiq, Syafiq la takkan Zakril kot. Hahahaha.

Syafiq mendekatkan dirinya dengan Syafiqah. Syafiqah mula membayangkan mimpinya pagi tadi. Adakah mimpinya akan menjadi kenyataan?

" Belakang kau.. ", kata Syafiq.

" Ke... kenapa dengan belakang aku? ", Syafiqah mula memikirkan yang bukan - bukan.

" Baju bahagian belakang kau kotor ", terang Syafiq.

Syafiqah cuba memeriksa baju belakangnya.

" Tapi takde pape pun ", kata Syafiqah.

Syafiq mencurahkan air milo ke bahagian belakang Syafiqah.

" Tapi sekarang ni kotor kan? Hahahaha! Padan muka kau. Kau tau tak? Pasal kau lah basikal kesayangan aku rosak. Aku hantar kedai pun diorang kata tak boleh repair dah ", kata Syafiq.

Syafiq menunjukkan muka puas hati dia. Haha, mana tak puasnya kalau dapat balas dendam. Dulu, dia kunci pintu tandas masa Syafiqah ada dalam tu tetapi terpaksa buka balik sebab dia kesian dekat Syafiqah. Apa lagi, ini lah masa yang sesuai untuk balas dendam, muahahaha. Syafiq menjangkakan bahawa Syafiqah akan menangis. Namun, sebaliknya yang berlaku.

" Kurang ajar kau! Eee, kau ni memang tak patut ada dekat sekolah ni! Haaa, ambik ni. Kau rasakan ", jerit Syafiqah.

Bekas berisi spagetti dan kuahnya dibaling ke Syafiq. Habis muka dan baju Syafiq kotor. Syafiq yang puas hati tadi mula menunjukkan muka bengisnya. Yela, mana tak jatuh saham kalau awek awek cun tengok dia macam ni.

Syafiqah ternganga. Dia tidak sangka yang dia sanggup buat sampai macam ni sekali. Syafiqah menunjukkan muka kesal.

" Pasal kau lah aku tak dapat makan spagetti yang mak aku masak! ", Syafiqah menjerit sambil menuding jari ke arah Syafiq.

La... sedih sebab tak dapat makan spagetti rupanya. Ingatkan menyesal sebab kesian kat Syafiq.

" Eh, apa kecoh - kecoh ni? Ni bukan concert Super Junior ye. Ya Allah! Apa kotor - kotor ni? Cepat bersihkan tempat ni sekarang! Kalau tak aku report kat cikgu, baru korang tau ", Dodi cuba mengugut.

Dodi ini adalah ahli kebersihan sekolah. Sepatutnya dia yang bertanggungjawab membersihkan kawasan sekolah. Tapi tak guna, asyik nak report dekat cikgu je tau. Nak bodek la tuh! Kah kah kah.

" Enggak papa, biarin aja saya yang cuci dong. Inikan kerja saya.. Udah, udah. Enggak usah gaduh ya.. ", tiba - tiba bibik sekolah mencelah.

Syafiq dan Syafiqah menjelir lidah ke arah Dodi. Dodi cepat - cepat menghilangkan dirinya.

" Mak! Peqah dah balik ni! ", jerit Syafiqah.

" Apasal kuat semacam kamu jerit ni? ", soal emak Syafiqah kehairanan.

" Takde papelah mak. Mmm.. mak baju Peqah kotor ni. Mak basuhkan ek. Hihihi. ", balas Syafiqah.

" Ish, kamu ni lasak betul. Baru sehari , baju dah kotor. 'Pot pet pot pet pot pet' ", emak Syafiqah memberi 'ceramah percuma'.

Syafiqah cepat - cepat berlari ke atas dan masuk ke biliknya.

" Rehat tadi, aku baru nak cari Zakril. Tak pasal - pasal si mamat poyo tu kacau. Habis basah baju aku. Tak guna punya laki! Ugh! ", kata Syafiqah sendirian.

Syafiqah memulakan sesi belajarnya selepas itu sebab bulan depan nak PMR dah. Ewah, lagi satu bulan baru nak bertaubat ye kak? Mentang - mentang genius, hehehe. Haha, takde lah. Sebenarnya, belajar tu sudah menjadi kebiasaan Syafiqah. Mana ada orang malas berjaya.

" Ish, pasal mamat poyo tu lah aku tak boleh nak concentrate. Ini takle jadi ni ", kata Syafiqah.

Syafiqah cuba untuk menumpukan perhatiannya tetapi gagal.

" Tet, tet ", handphone Syafiqah berbunyi, ada mesej la tu.

Syafiqah, esok kita jumpa dekat Starbucks. Saya ada hal penting nak cakap dengan awak ~ Zakril.

" Zakril nak jumpa aku nak jumpa aku? Nak melamar aku ke? Hahahaha ", kata Syafiqah sendirian.



2 comments:

  1. sofea! gilerlah citer kau!!! asal aku rasa mcm ni citer geng2 kita je?? masa kita kat SEVENS dulu..kau biar betik..tp serius best! cuma cuba ko pelbagaikan lagi gaya bahasa...try tiru gaya bahasa hlovate..tp idea guna idea kau sndiri lah br ORI! ok, tak sbr nk baca ur next post! ;))

    ReplyDelete
  2. Plezz smbg secepat yg mgkn..!

    ReplyDelete