Friday 16 March 2012

Suamiku, Oppaku 4

"Terima kasih, pakcik. Ini duitnya", aku memberi RM10 kepada pakcik teksi itu setelah sampai ke destinasi.

"Sama-sama, dik..", balas pakcik itu.

Hari ini aku tidak membawa kereta kerana menghantar ia ke bengkel. Setiap bulan mestilah kena service kereta, baru tahan lama. Banyak pula duit aku ni nak service-service bagai. Semuanya sebab ibu aku yang suruh, kalau tak, jangan harap nak service, hehe. 

"Ye, ada apa yang saya boleh bantu, cik?", tanya penjaga kaunter pertanyaan itu. 

"Boleh saya berjumpa dengan Encik Baga..Eh maksud saya, CEO awak", aduh boleh pulak terlepas cakap.

"Maksud cik, Encik Aireyl?"

"Eh, ye. Encik Aireyl", wah sedapnya nama mamat tu! Sayangnya perangai hodoh.

"Maaf cik, Encik Aireyl tengah busy sekarang ni. Cik boleh datang lain kali ye, terima kasih"

Aku hanya mengangguk dan senyum. Aku keluar dari bangunan itu. Setahu aku, bangunan CEO selalu ada di tingkat atas. Mungkin ini perkara bodoh, tapi aku kena juga, naik atas pergi office dia. Tak kisah walau secara haram pun. Aku kembali masuk ke dalam bangunan itu, lalu terus pergi ke lif. Wahaha, dah macam spy dah ni.

"Ting!", pintu lif terbuka. Nasib baik dekat lif ni ada information pasal office pekerja terletak di mana. Dah agak dah, pejabat CEO berlagak tu terletak di tingkat 13. Bukan main tinggi. 

"Selamat pagi cik, cik ni ada temuduga dengan Encik Aireyl ke?", tanya seorang penjaga kaunter depan office Aireyl. 

Temuduga? Mengaku je lah, janji dapat masuk office dia. "Ye, saya ada temu duga dengan dia".

Perempuan yang berlipstick merah pekat itu mula memandang aku dari atas sampai ke bawah. "Silakan masuk".

Aku menolak pintu dan terus melangkah ke dalam.

"Kenapa tak ketuk pintu dulu? Mana adab awak?", Aireyl mula berkata. Dia memusingkan kerusinya menghadap hadapan. "Kau? Buat apa datang sini? Nak temuduga jadi setiausaha aku? Dengan pakaian macam ni, huh. Aku reject awal-awal".

"Setiausaha? Eh, siapa nak jadi setiausaha awak? Eee, saya lagi sanggup lah jadi setiausaha kepada lembu daripada jadi setiausaha awak"

"Aku rasa lembu pun tak sanggup nak jadi bos kau", balas Aireyl sambil tersenyum simpul. Sakitnya hati!

"Saya datang ni nak pulangkan RM 43.25 yang awak bayarkan haritu. Lagi satu, hutang budi tak boleh dibayar dengan duit. Ingat tu"

"Jadi, aku kena balas dengan budi?"

"Saya tak mengharapkan apa-apa. Okay, saya pergi dulu"

"Kejap, kau dah kerja?"

"Belum lagi, masih belum ada tawaran yang menarik minat saya"

"Tak menarik minat konon. Ke di reject masa temuduga?"

Boleh berasap telinga aku kalau duduk kat sini lama-lama. Baik aku mem'blah'kan diri. Aku mula melangkah keluar. Namun pintu cepat-cepat ditutup oleh lelaki itu.

"Eh, kenapa ni awak? Saya nak keluar lah"

"Kau nak kerja dengan aku tak? Jadi secretary aku"

"Saya tak reti lah. Lagi pun saya nak kerja yang berkaitan dengan interior design iaitu kena pada kelulusan saya" 

"Itu je lah cara untuk aku balas budi kau. Jadi, terima je lah. Aku tak suka hutang-hutang camni"

"Berapa kali saya nak cakap? Saya tak mengharapkan apa-apa. Saya ikhlas. Lepas ni, mintak-mintak lah kita tak jumpa lagi ye"

Aku terus menolaknya dan membuka pintu. Kenapa jantungku berdegup kencang ketika berdua-duaan dengannya? Aduh, ni tak boleh jadi ni. Ecah, tolong keraskan hatimu. Takkan jatuh cinta kot?

-------------------------------------

Aireyl baring di katil empuknya. Teringat pula kata-kata perempuan itu siang tadi, "Setiausaha? Eh, siapa nak jadi setiausaha awak? Eee, saya lagi sanggup lah jadi setiausaha kepada lembu daripada jadi setiausaha awak". Semua orang berebut nak jadi setiausaha aku, dia pulak nak jadi setiausaha lembu. Gila la perempuan tu. Aireyl tersenyum tiba-tiba.

------------------------------------

"Saya ingat, saya nak balik ke Malaysia esok. Siapkan apa yang patut", ringkas sahaja arahan Erin.

"Baik, puan. Saya akan sediakan apa yang patut. Puan nak bertolak ke Malaysia pukul berapa?", soal setiausaha Erin.

"Kalau boleh, waktu pagi Malaysia"

Erin tertanya-tanya akan perkembangan anaknya, Aireyl. Dapatkah dia menyesuaikan diri di tempat asing itu? Nak kata asing sangat, tak pun. Cuma, Aireyl tinggal di Korea lebih lama daripada tinggal di Malaysia. Sudah sampai masanya untuk dia biasakan diri di tanah air.

-----------------------------------------------------------

Sudah sampai masanya untuk aku mencari kerja. Nak cari dekat mana? Jangan tanya aku, aku pun tak tau. Nak mintak tolong dekat siapa ye? Haa, pakcik aku. Aku terus search dekat pakcik aku yang sentiasa bersama aku sejak sekolah menengah dulu, pakcik Google. Mudah saja, taip beberapa patah, keluar semua benda. Kalau kau nak tau boyfriend kau curang ke tak, tak payah pandang kiri, tak payah pandang kanan, terus Google. Zaman dah berubah, dunia dah maju kan?

Terdapat beberapa senarai pekerjaan yang ditawarkan yang agak menarik perhatian aku. Gaji pun lumayan. Lepas dah call beberapa syarikat, masih ada lagi kerja kosong sebagai interior designer. Ini bermaksud yang aku kena beli baju baru. Aya, mintak-mintak la kau free esok.

"Assalamualaikum, Aya. Free tak esok? Jom teman aku shopping esok!"

"Kenapa tiba-tiba je nak shopping ni? Pelik je kau ni"

"Minggu depan aku ada interview lah wey, kena la beli baju formal sikit. Aku mana nak ada sangat baju-baju formal ni hehe"

Esoknya, aku pergi la shopping dekat Sunway Pyramid, bangunan yang besar kedabak tu.



2 comments:

  1. best sgt !!
    tpi asal pendek ? T_T
    nak sambungan ASAP
    please.. ><

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ye. Sambungannya akan datang tak lama lagi :)

    ReplyDelete