Tuesday 16 August 2011

Suamiku, Oppaku 1


“Tok, tok, tok!”, bunyi ketukan pintu kedengaran.

Siapa pulak yang kacau aku ni? Baru nak sedap tidur di atas katil yang empuk ini. Maklumlah, semalaman tak tidur sebab kena buat kerja. Sebagai penganggur, aku memang dah biasa buat kerja pagi - pagi buta ni. Opss, jangan salah faham. Maksud aku, aku suka mencari idea. Untuk apa? Untuk menulis novel, hehe. Pagi – pagi macam pukul 3 pagi tu adalah masa yang paling sesuai untuk mencari idea. Siapa je yang berjaga? Mestilah burung hantu, huhu. Tapi ada ke burung hantu dekat kawasan rumah di Bandar Shah Alam ni?

“Iye, kejaplah. Nak bukak pintu lah ni”, kataku. Badan yang terasa berat ni kuangkat juga dan berjalan malas kearah pintu. Tombol pintu kupulas dengan perlahan – lahan.

“Ya Allah, anak dara seorang ni. Lambat betul bangunnya. Tau tak sudah pukul berapa ni? Cepat bersiap, ikut ibu pergi Ikea”, balas ibuku sambil menepuk bahuku.

Aisey man… Ini yang aku malas ni . Ikea? Bagi aku, Ikea adalah tempat yang agak membosankan. Bukan apa, barang kat situ semuanya best-best belaka. Tetapi, kenapa aku  bosan? Sebab aku kena banyak berjalan dekat tempat tu. Maklumlah, Ikea kan luas tempatnya. Aku ni pulak, pemalas. Berjalan sikit, lenguh kaki. Dah macam orang tua rupanya, huhu. Padahal, baru berusia 23 tahun. Cewah, nak jugak sebut umur tu.

Di Ikea, aku hanya mengikut ibuku, dan memberi pendapat tentang hiasan apa yang patut dibeli. Entah kenapa, tiba-tiba je mak aku nak ubah style hiasan di rumah. Katanya, zaman sekarang, English Style yang sering menjadi kegemaran suri rumah untuk menghias rumah.

“ Haa, apa lagi? Cepat lah tolong ibu pilih barang. Haish, kamu ni, nama je ada degree  dalam Interior Design. Tapi, tak guna langsung kepakaran yang ada”, habislah ibu aku dah buat ceramah free kat sini, hehe.

Sebelum dia sambung dengan lanjut lagi ceramah freenya itu, baik aku cabut lari. Idea nakal mula tercetus dalam mindaku yang agak bijak ni, hehehe. “Kalau itu yang ibu mahu, Ecah pergi cari barang sekarang jugak, bye!”, aku segera melangkah pergi sambil melambai – lambai tanganku yang mulus kearah ibu kesayanganku. Yelah kan, ibu hanya seorang. Siapa tak sayang oi!

Ibuku merenung tajam ke arahku sambil menggeleng – geleng kepalanya. Dia sudah biasa akan perangai anaknya yang tak seberapa matang itu , huhu. Harap umur je 23 tahun, tetapi perangai seperti budak yang baru berusia 17 tahun…atau, muda lagi? Hehe.

“Hello, ma. Ini saja Aeryl nak bagitau. Aeryl dah sampai Malaysia pagi tadi. Sekarang ni jalan – jalan di Ikea”, kata Aeryl.

“Haa? Baru sampai pagi tadi terus pergi ke Ikea? Kenapa kamu tak rehat dulu? Dah pergi rumah atuk?”, soal Erin dengan nada yang geram. Dia sudah banyak kali berpesan kepada anaknya supaya melawat rumah bapa mertuanya. Nanti apa pula orang tua tu kata.

“Okay, don’t worry ma. Tomorrow, I’ll come to atuk’s house. Harini nak jalan – jalan kejap. Okay, I’ve got to go. Kirim salam sayang dekat papa and warga – warga Seoul, korea. Bye”, belum sempat mamanya bercakap, dia segera menamatkan perbualan.

Aduh, kenapa la besar sangat Ikea ni? Mahu tak patah kaki aku kalau jalan dekat sini setiap hari? Aduh, lenguhnya kaki aku. Eh? Ada tempat duduk lah! Bagus, line clear. Baik aku duduk sebelum orang lain duduk, hehehe. Aku mempercepatkan langkahku kea rah kerusi kosong yang terdapat di sudut dinding itu sambil tersengih. Rasanya, tiada siapa yang perasan akan kewujudan kerusi itu. Satu langkah lagi…

“Aduh, sakitnya kepala aku!”, aku terjerit di situ. Tak sempat nak control cun, terkeluar suara kasar pulak. Termalu seketika. Macam mana ada orang pulak kat depan ni? Aduh. Buat malu betul.

“Ouchh! Siapa pulak yang langgar aku ni? Masa berjalan tu tengok la sikit. Kepala batu ke apa ni? Sampai langgar hidung aku. Jalan tak ingat dunia betul ”, Aeryl berkata dengan nada yang marah.

Aik, aku baru nak minta maaf, mamat ni dah mengamuk. Sampai merah muka tu. Ni yang aku nak kena langgar prinsip dalam slogan “budi bahasa budaya kita” ni. Aku jalan ingat dunia lah woi! Tak nampak ke aku berpijak di bumi yang nyata ni? Hehe, aku marah ni dalam hati je lah.

“Minta maaflah, tadi saya tak nampak pun ada orang jalan dekat sini. Saya nak duduk dekat situ”, kataku sambil menunjuk kearah kerusi yang terletak di depan.

Ada aku tanya ke kau nak duduk dekat mana?”, balas Aeryl sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu. Mukanya diangkat sedikit ke arahku.

Wow, merah jugak hidung mamat ni, haha. Kuat jugak ye penangan kepalaku. Silap hari bulan, aku boleh guna kepala aku ni untuk pecahkan kelapa. Tapi, kenapa kelapa? Lantaklah. Aku tergelak memikirkan perkara itu. Berangan tak masuk akal betul.

“Ehem, ehem”, lelaki itu berdehem sedikit apabila melihat aku yang tiba – tiba ketawa. “Apa yang lawak sangat ha? Dah, kali ni aku maafkan. Pergi main jauh – jauh dan make sure aku tak akan nampak kau lepas ni”, kata Aeryl.

Eleh, macam lah aku nak sangat tengok kau ni. Dah la muka poyo gila. Tapi, kau ni bangsa apa ye? Nak kata melayu, muka tak macam melayu. Yang hairannya, fasih pulak bercakap melayu. Ish, asal pulak aku nak kena ambil tahu pasal mamat ni? Lantaklah.

“Whatever!”, jeritku sambil menjelir lidah ke arahnya. Aku betulkan tudungku yang agak serabut tadi. Nampaknya, muka mamat tu dah merah balik. Nak berasap balik lah tu. Apa lagi? Cabut lari!!!!

2 comments: