Wednesday, 2 January 2013

Suamiku, Oppaku 7


Bantal peluk di sebelah aku peluk sekuatnya. Masa untuk tidur! Haih, penatnya badan ni. Lenguh kaki berjalan. Tiba-tiba aku teringat kembali peristiwa yang berlaku tadi. Macam itu rupanya rasa kena peluk. Aku tersenyum sendiri. 

“Tak boleh jadi ni!”, aku menjerit sambil mengetuk-ngetuk kepalaku. Patutnya aku marah. Kenapa boleh suka pula ni? Siapa nak suka dengan mamat berlagak tu? Sombong pula tu! Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab. Kalau kontrak tu boleh batal dengan senangnya, dah lama aku tinggalkan syarikat tu.

“Ecah! Kenapa jerit-jerit tu?”, jerit ibuku daripada bawah.
Alamak, tak perasan la aku jerit kuat sangat. “Tak ada apa-apa mak! Selamat malam!”, jawabku.

****
“Mom, you’ve arrived?”, soal Aireyl.

“Yes, Aireyl. Aireyl kat mana? Office? If you are working, I don’t want to disturb you. We’ll meet at your house later”, balas Erin.

“It’s okay, mom. Come here anytime you want. Ini kan office mama juga?”, balas Aireyl.

“Tak apa lah, mama nak berehat. Mama penat lah, badan ni dah minta berehat dah ni. Call me when you’re free”, kata Erin sambil meminta izin untuk mengundur diri daripada perbualan itu.

Aireyl membuka fail-fail yang berada di atas mejanya. Satu persatu kertas dibeleknya untuk memastikan tiada kesalahan yang dibuat.

“Masuk kejap”, aku diberi arahan melalui interkom untuk masuk ke dalam biliknya. Alahai, apa lagi ni..

“Ada apa Encik Aireyl?”, soalku.

“Cuba kau tengok apa masalah dalam fail ni”, katanya sambil menyerahkan sebuah fail berwarna biru.
Aku membuka fail itu dan membelek satu persatu kertas kerja yang sudah aku siapkan.

“Is there something wrong? Everything seems fine”, hairan aku di mana salahnya pun aku tak pasti.

“Bagi aku fail tu”, Aireyl menghulurkan tangan.

Aku serahkan fail itu kepadanya. Rasanya tak ada apa-apa masalah. Mungkin mata aku yang kero atau dia ni saja nak cari pasal dengan aku.

“Ini apa?”, soalnya sambil menunjukkan ke arah satu perkataan.

Aku dekatkan kepalaku, “nama encik..”, jawabku.

“Kau salah eja. Ejaan Aireyl tu sepatutnya, A.. I.. R…E..Y.. L, bukan Airil!”, satu persatu huruf disebut dengan kuat. Kalau ye pun nak aku ingat nama dia. Sebut perlahan-lahan sudah. Salah taip pun nak marah. Aku mencebik. Tetapi, aku mencebik belakang dia lah. Naya karang buat muka depan dia.

“Sebagai pekerja bawahan, kau patut ingat nama-nama orang atasan. Bukan setakat nama aku je. Tapi, buat masa sekarang ni, yang penting kau ingat nama aku”, ku dengar satu persatu arahan yang diberi. Ish aku tersalah eja je pun. Kecoh la mamat ni.

“Baik encik. Ada apa-apa lagi? Kalau tak ada saya nak sambung buat kerja tadi”, malas aku nak dengar dia membebel lama-lama. Panas juga telinga ni nanti.

Diam sepi. Khairyl menatap skrin komputer.

Hmm, itu tandanya aku dah boleh keluar daripada bilik ni. Aku mula melangkah ke arah pintu.

“Ada aku cakap boleh keluar?”, langkahku terhenti.

“Err, tadi encik diam je bila saya tanya. Jadi, saya ingat dah tak ada apa-apa”, jawabku.

“Duduk sini, tolong aku buat kerja”, katanya sambil mengangkat beberapa buah fail ke atas meja sebelahnya.

 “Kau duduk sini”, katanya sambil menunjukkan ke arah kerusi di sebelahnya.

“Tapi bos… kerja dekat luar tu tak siap lagi. Tak akan lah saya nak biar je?”, hairan juga aku. Kerja dekat luar tu tak siap lagi, nak suruh buat kerja baru. Karang, dia juga yang marah sebab banyak kerja tak siap.

“Kerja dekat luar tu, biar lah. Nanti aku suruh orang lain yang siapkan”, balas Aireyl.

“Okay, tapi biar saya buat kerja ni dekat luar lah ye?”, tak naklah aku buat kerja sebilik dengan dia. Bahaya, nanti ada orang ketiga. Ish ke situ pula. Tapi, nanti orang cakap apa pula kan.

“Kenapa? Takut tergoda dengan aku ke?”, katanya sambil tersenyum sinis. Senyum sinis pun kacak. Aumm. Aku tampar perlahan pipiku.

“Err, bukan. Lagi pun lepas ni kan waktu rehat. Saya nak kena keluar cepat sebab nak jumpa kawan”, jawapku. Entah logik ke tak jawapan aku ni. Tetapi, memang betul pun, aku nak jumpa Aya. Ada hal penting katanya. Jantung ni pula, asal laju sangat berdegup? Makin lama sebilik dengan Encik Aireyl ni, makin berdebar-debar jantungku. ‘Tolong lah Encik Aireyl! Lepaskan saya!’, jerit hatiku.

“Jumpa kawan?”, perkataan kawan ditekankan. “Apa yang penting sangat tu, daripada kerja ni?”, soalnya lagi. Amboi, bukan main ‘Mak Jemah’ juga ye bos aku ni. Kalah Melodi.

“Saya pun tak tau, tiba-tiba je dia ajak jumpa”, jawabku jujur. Dah memang aku tak tahu kan. Tanpa menghiraukan Encik Aireyl, aku mengangkat fail yang dia letak atas meja sebelah dan terus melangkah ke luar.

*****
“Aya! Ada apa nak jumpa aku ni?”, soalku seraya sampai ke kedai makan berdekatan.

“Nah!”, Aya menyerah sekeping kad.

“Apa ni?”, soalku tak mengerti. Aku membuka kad itu. Wah, kad jemputan ke majlis hari jadi! Parti untuk harijadi adik Aya rupanya.

“Wah, InsyaAllah kalau tak ada apa-apa hal aku datang ye nanti”, kataku dengan nada yang semangat.

“Okay, tapi jangan lupa bawa pasangan ye”, katanya sambil tersengih.

“Ala, kau macam tak kenal aku, aku dating sorang je lah”, balasku.

“Datang la dengan teman lelaki kau, hehehe. Okay lah, aku ada meeting kejap lagi. Aku minta diri dulu ye”, tersengih lagi Aya sambil bersalam dengan ku. Lama-lama, aya jauh dari pandanganku.

Aku bangun untuk berjalan balik ke bangunan tempat kerjaku. Nasib baik seberang jalan saja. Baru saja, kaki ku melangkah, aku terdengar namaku dipanggil.

“Irah!”, suara tu.. Hanya seorang je yang aku kenal, panggil aku Irah. Aku toleh ke belakang, sah! Dia!

“Eh, hye!”, aku melambai-lambai tanganku. Walhal, aku ingin cepat pergi darinya. Kenapa setelah 5 tahun tak jumpa, aku jumpa dia balik?

Lelaki segak berkemeja hitam dan jeans pergi ke arahku. Muka dia memang tak berubah dari dulu. Makin kacak rasanya. Kenapa insan yang aku ingin lupakan berada di depanku?

“Buat apa kat sini?”, soal Adi sambil tersenyum.

“Err, saya kerja dekat sini. Awak?”, soalku. Bukannya apa pun, sekadar berbasa-basi.

“Wah tak sangka! Kebetulan, saya pun ada meeting dekat sini. Tingkat 4”, katanya sambil menunjukkan ke arah bangunan tempat kerja ku.

Kami sama-sama menaiki lif. Di tingkat dua, pintu lif terbuka. Encik Aireyl memasuki lif. Aduhai, kenapa boleh ada Encik Aireyl pula ni?

“Awak dah lama ke kerja dekat sini?”, soal Adi.

“Baru saja”, jawabku pendek sambil memandang Encik Aireyl. Ternyata Encik Aireyl tidak pedulikan kami berdua. Okay, bagus. Mungkin dia tak perasan kewujudan aku di sini.

“Tak sangka kita boleh terjumpa kan, lain hari nanti kalau saya ada meeting dekat sini. Boleh la ajak awak makan sekali”, katanya sambil tersenyum. Senyuman manis tu lah yang buat aku angau dulu.

“Hmm, itu pun kalau saya tak busy lah”, kalau boleh aku nak mengelak daripada selalu berjumpa dengan dia.

Adi keluar setelah pintu lif terbuka di tingkat 4. Aku diam saja di dalam lif. Encik Aireyl pun begitu. Mungkin dia tak suka ambil port tentang perkerja bawahan dia. Yelah, orang atasan kan..

“Aku tak kisah la, kau nak dating ke apa ke. Tapi, orang luar pun kau layan?”, tiba-tiba Aireyl bersuara.

“Encik, encik tak ada hak nak masuk campur urusan saya. Lagi pun, tadi tu bukan setakat orang luar. Tapi saya kenal dia jauh sebelum saya kenal encik dan berkerja di sini lagi”, balasku. Sedap hati dia je nak menuduh bukan-bukan. Menyampah pun ada. Ish.

“Aku tak berminat nak masuk campur. Cuma kau pekerja syarikat ni. So, kena jaga imej”, katanya lagi.

Makin panas telinga aku dengar. Nak je aku berhenti! Aku mendiamkan diri saja. Nak melawan pun, dia bos aku.

2 comments:

  1. hahaha busy dan kekurangan idea la hanani :)

    ReplyDelete