Suamiku, Oppaku 6
“Tak tidur lagi Ecah?”, sergah ibuku. Ibu ni kan, tetiba je
muncul tak bagi salam. Terkejut tau. Dah la aku tengah bengang dengan bos
‘kesayangan’ aku ni. Ada ke patut bagi aku kerja pagi semalam dan suruh aku
hantar pagi seterusnya? Sekarang ni dah
pukul 4 pagi. Aku tak kisah nak berjaga
tetapi aku risau kalau report yang aku buat ni salah. Tak ke naya? Tak
pasal-pasal aku kena pecat.
Aku memandang muka ibuku, “ada kerja ibu. Bos Ecah tu nak
report ni tepat pada pukul 9 pagi”.
“Banyak lagi ke nak kena siapkan? Kesian anak ibu ni. Tak
apalah, adat bekerja kan Ecah. Nanti bila kamu dah siap, tidur la sekejap”, aku
akui kata-kata ibuku. Cuma, aku tak percaya kalau pekerja lain ada bos macam
ni. Terlalu kejam!
******
Akhirnya, sampai pun pejabat. Baru pukul 8.45 pagi. Aku
segera menuju ke arah pejabat Aireyl untuk menghantar report yang aku siapkan
ni. Sampai tak tidur langsung ni! Mintak-mintaklah okay. Semasa aku sedang
berjalan, tiba-tiba telefonku berbunyi. Siapa pula yang sms aku pagi-pagi buta ni?
“Let’s meet at
Starbucks” – Aireyl.
What? Like seriously? Kenapa dia tak bagitau aku awal-awal?
Memang dah mencabar tahap kesabaran aku ni. Aku tergopoh-gapah berlari
mendapatkan teksi yang berdekatan.
“Pakcik! Berhenti!”,
aku melambai-lambai tanganku untuk menahan pemandu teksi yang lalu di jalan
ini. Namun, teksi itu terus berlalu dengan selambanya. Nampaknya, terpaksa la
aku menaiki bas. Sempat ke ni? Alahai..
“Kau lambat 10 minit”, katanya sambil menunjukkan muka yang
kerek.
“Bukan salah saya, Encik Aireyl. Kenapa encik baru sms saya
pagi ni? Kenapa tak bagitau awal-awal? Saya dah nak hantar dekat bilik encik
dah tadi”, lantas aku berterus-terang dengan tanpa berselindung lagi. Dah
memang salah dia, bukan aku nak bela diri ke apa.
“Masalahnya sekarang ni, semua keputusan terletak ke atas
aku. Kalau tak tahan, kau bolehlah berhenti kerja. Cuma, mampu ke bayar denda
batal kontrak tu?”, balasnya tersenyum sinis. Eh, sakit pula hati kita ni..
Aku cepat-cepat mengubah topik, “ini reportnya. Kalau tak
ada apa-apa, saya mahu balik ke pejabat”. Aku menyerahkan report yang
membuatkan aku bersengkang mata ini kepadanya. Lepas ni, kalau ada salah biar
dia yang betulkan. Aku dah tak larat ni. Dapat tidur sekejap dekat pejabat tu
pun jadi lah. Mata aku ni dah merayu-rayu nak tutup, badan aku pun dah
menangis-nangis nak berehat. Tolong lah Encik Aireyl, boleh tak bagi cuti untuk
hari ini je? Huhu.
“Nak pergi mana tu? Naik kereta dengan aku”, arahnya.Biar
betul mamat ni? Nampak sangat tahap mengantuk aku dah kritikal ni, sampai jadi
khayal. Aku menggosok mataku beberapa kali, aku berada di alam nyata ke ni? Dah
habis gosok mata, aku menampar pula pipiku. Tolong lah sedar wahai Ecah oi!
Mamat kejam tu tak akan ada hati nak menolong orang. Aku menggeleng pula
kepalaku.
Setelah habis bertekak dengan perasaan sendiri, aku mula
mencari bayang Encik Aireyl. Eh, dia dah keluar lah. Walau apa pun yang
berlaku, aku kena pastikan yang aku ni khayal tadi atau tidak. Aku segera
mengejar dia.
“Naik lah”, pelawanya.
“Er.. tak pa. Saya boleh naik bas untuk balik ke pejabat”,
aku menolak pelawanya secara baik.
“Bertindak mengikut arahan!”, arahnya pula. Amboi, tau la
kau bos. Main arah-arah pula. Ingat aku nak sangat ke bekerja dengan kau?
Membuak-buak perasaan marah ini..Namun, aku
tetap bersabar dengan karenahnya. Mata
aku dah mula layu ni.
“Baik lah”, aku pilih untuk duduk di bahagian belakang
sahaja. Tak hingin aku nak duduk sebelah dia dalam kereta ni.
“Kau ingat aku ni driver kau? Duduk depan”, serious sahaja
mukanya.
Aku keluar dari kereta itu dan mengubah ke tempat duduk
hadapan.
Senyap sahaja dalam kereta ni. Bunyi angin pun aku dapat
dengar. Eceh, Nampak beno nipunya. “Encik nak pergi mana ni?”, soalku untuk
memecahkan kesunyian.
“Ikut je”, jawabnya pendek. Lain aku tanya, lain dia jawab.
Aduh, lama lagi perjalanan? Aku dah mula mengantuk ni.
Mataku mula tertutup. Lantak lah apa nak terjadi, aku dah tahan ni. Pandangan
aku mulai gelap.
Burung berkicauan.. Terdengar juga bunyi pantai. Wait,
pantai? Aku kat mana ni? Aku terus terjaga dari tidurku. Leganya dapat tidur.
Bangun-bangun je dah ada dekat tempat cantik macam ni. Aku keluar dari kereta
untuk menghirup udara segar. Aku menggeliat sedikit untuk menghilangkan
lenguhku gara-gara duduk lama di dalam kereta. Kejap, ini kereta siapa? Macam
mana aku boleh berada di sini?
‘Nak pergi mana tu?
Naik kereta dengan aku’. Hah! Baru ingat! Aku menutup mulutku yang sedikit
ternganga. Mana bos aku pergi? Kenapa dia bawa aku pergi dekat sini?
Entah-entah dia nak culik aku. Mana tau nak cari duit lebih ke, jual anak dara
orang. Orang zaman sekarang bukan boleh percaya. Eh tu dia. Nampaknya dia
berjalan menuju kearah kereta ni. Malu la pula baru bangun tidur dengan muka
sememeh macam ni. Baik aku buat-buat tidur saja. Aku memejamkan mataku, dan
berlakon seperti orang yang sedang tidur walaupun aku tidak beberapa nak pandai
berlakon.
Kedengaran pintu kereta dibuka dan ditutup semula. Nampaknya
dia sudah duduk di sebelah ku. “Tidur lagi? Huh”, kedengaran suara machonya. Macho?
Uhuk uhuk. Apa dah jadi dengan aku ni, tergoda ke? Bahaya betul.
Aku pura-pura mengesat mata ku. Konon baru bangun tidur lah.
“Eh, saya kat mana ni?”, kataku dengan nada yang konon baru bangun daripada
tidur.
“Port Dickson”, jawabnya pendek.
“Hah? buat apa?”, soalku pula. Ikut suka hati dia je nak
bawa aku sini sana. Baik tinggal aku je kat pejabat tu. Sedap la sikit tidur.
“Business”, jawapan tu cuba la terang sikit wahai bosku.
“Okay, alamak. Em, kat sini tandas kat mana ye?”, aduh
tiba-tiba la pula aku rasa macam nak melabur kecil-kecilan.
“Find it yourself”, balasnya.
Eeee, kejam betul! Aku segera keluar dari kereta Toyota
Camry Encik Aireyl. Aku melilau kawasan di situ untuk mencari tandas. Baik aku
tanya makcik yang jual goreng pisang ni.
“Assalamualaikum, makcik. Tumpang tanya ye, tandas dekat
mana?”, soal ku dengan penuh sopan santun. Baru la Nampak macam wanita melayu
terakhir. Eceh, sempat lagi nak perasan.
“Waalaikumusalam, tandas kat sana cik”, katanya sambil
menunjuk ke arah kanan. Makcik itu tidak lokek dengan senyuman. Bagus, macam ni
la baru orang Malaysia.
Agak lega setelah membuang apa yang patut. Setelah selesai,
aku terus keluar untuk masuk balik ke dalam kereta. Tetapi, kereta Toyota Camry
tadi sudah lesap dari pandangan. Mana pula dia pergi ni? Tak akan lah aku kena
tinggal? Hati ku mula berdetik yang Encik Aireyl sudah meninggalkan aku. Tak
tau la kenapa, hati aku berasa pedih sekali.
“Pin! Pinnn!!!”, bunyi hon kedengaran.
Encik Aireyl! Nampaknya, aku yang bersangka buruk kali ini.
Ya Allah, ampunilah dosaku kerana bersangka buruk terhadap bosku! Aku segera
berlari menuju ke arah keretanya.
****
Wah, sekejapnya dah hari minggu. Hari minggu tak semestinya
hari untuk berehat semata-mata. Kenapa? Sebab Encik Aireyl telah menyediakan
banyak, banyak, dan banyak kerja untuk aku. Malam, ini pula, aku kena pergi
dinner dengan dia meeting. Kerja apa yang aku buat ni? Tak ada kena mengena
dengan kelulusan aku.
Malam ni nak pakai baju apa ye? Aku membuka pintu almariku.
Satu-satu pakaian aku belek. Bukan main
teruk aku punya dilemma sampai duduk satu jam depan almari. Okay, aku pilih ni
lah. Satu dress hitam bercorak biru kucapai. Aku jarang mengenakan dress ini.
****
“Dress ni tak sesuai dengan kau”, kata Encik Aireyl.
“Kenapa pula? Suka hati saya la saya nak pakai apa”, soalku
tidak berpuas hati dengan statement panas darinya.
“Kau..”, tidak sempat Encik Aireyl berkata, sudah ada yang
memotong.
“Hye, maaf kerana saya lambat. Tadi saya ada meeting juga”,
tiba-tiba suara client mencelah.
“It’s okay”, kata Encik Aireyl sambil tersenyum. Amboi,
dengan orang lain boleh pula dia tersenyum? Dengan aku bukan main serious.
Serupa zombie.
“Who is she? She looks gorgeous in this dress”,bisiknya
kepada Encik Aireyl. Malang sekali aku tak dapat dengar apa yang dia bisik tu.
Dah la pandang-pandang aku, kutuk la tu. Haih, nasib la Ecah..
Setelah selesai meeting dengan client, kami beransur untuk
pulang. Aku naik bas, dia pula naik kereta. Sebelum beransur pulang tu, aku
sempat bertanya kepadanya.
“Encik Aireyl, saya nak tanya sikit. Emm, apa yang client
encik tu bisik ye? Dia kutuk saya ke? Asyik pandang-pandang saya je. Argh, tak
kira la salah faham ke tak, aku kena tanya juga! Kalau tidak, susah nak tidur
balik nanti.
“Dia cakap kau tak sesuai dengan dress yang kau pakai tu”,
katanya sambil tersenyum sinis.
Peh, makan dalam statement tu. Taka pa lah, redha je la
Ecah. Aku berjalan melintas jalan yang kelihatan lengang.
“You! Be careful!”, jerit Encik Aireyl. Aku terasa badan ku
dipeluk erat. Apa yang dah jadi? Ya Allah, aku hampir dilanggar! Salah aku juga
tak pandang kiri kanan sebelum melintas. Wait, Encik Aireyl ni taknak lepaskan
ke tangan dia? Aku memandang mukanya. Apa reaksi dekat muka dia tu? Marah?
Risau? Tak akan lah. Mungkin benci sebab aku menyusahkan dia.