Friday 31 May 2013

Cerpen Budak Cheras

Aku dikenali dengan nama N bukan nama sebenar. Senang cerita, orang di sekeliling aku panggil aku Nana. Abaikan N bukan nama sebenar tu. Mula-mula nak bajet misteri tulis macam tu, tetapi aku rasa kau orang yang baca cerita ni mungkin lebih tenang apabila aku dedahkan namaku.

Aku mempunyai dua orang abang. Okay, secara teknikalnya, empat orang abang dan seorang kakak. Apa pun, korang perlu tau yang aku sayangkan mereka. Ada peribahasa pernah mengatakan ‘air yang dicincang tak akan pernah putus’. Pada mulanya aku tak pernah faham dengan peribahasa ni. Hello… semua benda yang kena cincang mesti putus kot.

Sampai lah satu hari tu, aku gaduh dengan abang aku. Gaduh sebab apa? Sebab aku nak makan meatball kat Ikea. Dia pula nak makan masakan aku. Gaduh punya gaduh, sampai dua dua tak makan apa apa langsung. Aku berkurung dalam bilik. Dia tengok bola.

Selalunya, pukul 3 pagi macam ni aku selalu menonton bola dengan dia. Memandangkan kami sokong team yang sama. Dalam hati ni, aku sebenarnya teringin nak menonton bola dengan dia tapi aku ego. Kalau aku keluar dari bilik ni, maksudnya aku mengalah.

Tiba-tiba, ada satu ketukan di pintu. Whatever it is, I will never open the door. Tak ada pulak suara suruh buka pintu. Tengok bawah pintu dah ternampak satu kertas. Kertas apa ni? ‘Jom tengok bola sama-sama!’. Ceh, pandai abang pancing aku ye. Aku terus membuka pintu sebab nak tengok bola dengan abang aku. Wait, atas meja tu.. Meatball! Okay, aku sayang gila lah dengan abang!

“Apa ni abang?”, soalku buat-buat tak tahu.

“Abang tau, adik abang ni dah lama kempunan kan?”

“Terima kasih abang”, tak boleh nak sembunyi lagi aku sayang abang. Bukan sebab meatball. Tapi sebab abang tau apa yang aku nak. Abang tak ego macam aku. Sejujurnya, aku sangat terharu! Sekarang baru aku faham maksud peribahasa tu. Adik-beradik kalau bergaduh, sekejap je. Lepas tu akan baik balik. Salah seorang akan mengalah dan masing-masing akan meminta maaf.

Pembaca cerpen ni mesti tertanya, berapa umur aku? Aku bagi klu sikit, aku sudah masuk era puluhan. Walaupun dah masuk era puluhan aku rasa aku masih muda seperti sediakala. Aku ni sebenarnya adalah orang yang sangat periang. Orang kata orang yang periang di luar sebenarnya menangis di dalam. Orang yang kata, aku tak kata. Bagi aku, dalam hidup ni tak seronok lah kalau asyik nak sedih je, serabut fikir masalah, tension sini sana. Aku selalu fikir positif walaupun kadang-kadang ada sedikit masalah. That’s my way.

Selama dua puluh tahun hidup, aku hanya ada empat orang kawan baik. Kawan banyak pun, tak guna juga. Cukup la empat orang kawan yang sanggup sehidup semati dengan aku. Ceh, macam keterlaluan pula ayat aku ni. Tiga capital A, seorang capital B. Dah cantik dah tiga orang nama mula dengan huruf A tiba-tiba datang huruf B lagi seorang tu. Harap insan yang namanya bermula huruf B itu tidak marah. Ini hanyalah cerpen imaginasi saja. Tiada kaitan dengan yang hidup, atau yang sudah mati mahupun yang sedang pengsan.

Capital A(1), aku sudah kenal dia selama ‘satu.. dua..tiga.. haa tiga belas tahun!’. Tiga belas tahun tu bukan sekejap je. Dah lama. Kalau kau dah ada anak tiga belas tahun, anak kau dah masuk sekolah menengah dah. Nak kata aku rapat dengan si capital A(1) ni memang tahap kerapatan kami bagai isi dengan kuku. Kiranya, nak kentut depan-depan pun dah tak ada segan-segan lagi dah. Kalau aku ada masalah, aku akan share dengan dia. Dia pun akan buat benda yang sama dekat aku. Aku ni, wajarlah dipanggil perempuan misteri sebab bukan semua orang tau masalah aku. Hanya orang-orang tertentu saja yang boleh dengar cerita atau masalah aku. Kiranya, si capital A(1) ni sangat bertuah kerana dia adalah orang yang terpilih.

Next, cewah macam tengah buat essay BEL pula. Capital A(2). Aku sudah kenal mamat ni selama empat tahun. Setiap kali masa aku lepak dengan dia, aku rasa aman semacam. Mungkin dia ni seorang yang sangat aman. Si capital A(2) ni seorang yang poyo sikit namun dia tetap baik hati. Acah-acah hensem macam Justin Bieber pun aku tetap sayang dia.

 First time aku jumpa dia waktu aku lepak starbucks. Masa tu aku tengah beratur nak bayar. Sekali tengok akak yang gayanya ala-ala Yuna tu bagi tau dekat aku yang mamat ber t-shirt Top Man tu dah bayarkan. Hairan juga aku ada juga orang yang baik hati nak bayarkan untuk strangers pada zaman moden ni. Punyalah aku jalan cepat-cepat ke arah dia, minta penjelasan. Cewah, orang dah belanja, diam je lah kan. Ni tanya lagi. Rupanya, dia cakap aku ni mirip kawan baik dia dulu.

Capital A(3) pula, aku dah kenal dia empat tahun juga. Mungkin sesiapa saja yang jumpa dia pasti teringatkan tagline ‘Aiman tak kisah’. Memang sesuai pun. Setiap kali aku tanya nak lepak mana mesti keluar ayat tu. Menyampah tak menyampah, baik aku je lah yang decide. Janji dapat lepak bersama kan. Pada empat tahun yang lalu, memang unik cara aku kenal si capital A(3) ni. Setiap minggu aku akan terima surat-surat cinta. Nope, bukan untuk aku tetapi untuk orang lain.

“Eh, ni bukan surat kat rumah ni, ni surat rumah belah sana. Asal lah surat cinta budak ni aku yang dapat?”, ayat ni lah yang aku selalu cakap apabila dapat surat ni.

Hah, cukup satu kotak kasut aku kumpul surat-surat cinta ni. Ni baru untuk seminggu. Ramai betul peminat mamat ni. Mana boleh tahan kalau berterusan begini. Keputusan telah dibuat. Aku akan pergi ke alamat sebenar surat ini dan serahkan surat-surat yang telah ku kumpul.

“Assalamualaikum”, salam ku beri kepada seorang lelaki yang sedang membasuh kereta bernombor plat FER 451 itu.

Dia menjawab salam dan berjalan ke arahku. Riak mukanya jelas menunjukkan tanda hairan atau terkejut dengan kehadiranku.

“Err, nah surat”, aku cepat-cepat serahkan kepadanya. Tidak mahu lama-lama di sini.  

“Beraninya bagi depan-depan. First time aku jumpa perempuan seberani ini”, katanya sambil tersenyum kambing. Senyum menganjing mungkin.

Wait. Otakku tidak dapat menghadam kata-kata mamat ini. Maksud dia…

“Eh, jangan salah faham! Aku..bukan peminat. Ni semua surat kau, posmen salah hantar ke rumah aku. Ambik lah”, sekali lagi aku menghulurkan surat-surat yang berbaur cinta itu.

“Buang je lah. Aku tak berminat”, katanya lagi.

Gila mamat ni. Tau lah muka kacak ala-ala Justin Timberlake. Tak menghargai langsung surat-surat daripada peminat dia.

“Aku letak kat sini, kalau taknak kau buang lah”, kisah pula aku. Kau nak baca ke, taknak baca ke itu kau punya hal. Malas dah nak pegang surat orang.

Seminggu selepas itu, tidak ada lagi surat cinta sesat di rumah aku. Bagus. Mungkin mamat tu dah buat complain kat posmen.

Member terakhir yang rapat dengan aku, Capital B. Cara aku jumpa capital B ni unik sikit. Macam ala-ala drama gitu. Aku tersenyum melihat gambar capital B. Lelaki yang paling pemalu pernah aku jumpa. Aku rasa sebab utama dia pemalu begini adalah dia ni jarang bercampur dengan orang. Mana taknya, kerabat diraja. Patutnya kerabat diraja lah yang bergaul dengan semua orang. Katanya, demi keselamatan dia jarang keluar ke mana-mana. Teringat lagi bagaimana aku terjumpa dia..

Aduh, jam pula jalan ni. Waktu macam ni orang ramai baru balik daripada bekerja. Aku melayan saja lagu-lagu di Fly.fm untuk meredakan rasa tensionku. Tiba-tiba pintu kereta Suzuki Swift ku dibuka dari depan di sebelah tempat aku. Saat itu, aku hanya fikir nak buat wasiat je. Mungkin perompak yang masuk kereta aku ni. Aku memejam mata sekuat mungkin. Ya Allah.. selamatkanlah aku!

“Boleh tumpang kereta tak? Saya tengah lari ni”, kedengaran suara cemas berkata.

Aku membuka mata dan melihat siapa yang duduk di sebelah aku. Kemas je cara pemakaian lelaki. Muka boleh tahan. Tetapi.. dia nak lari dari apa? Entah-entah penjenayah! “Err, awak ni siapa?”

“Nanti saya cerita. Yang penting, bawa saya lari dari sini.

Kebetulan aku kena pergi beli makanan untuk abang aku. So, aku bawa dia sekali ke kedai mamak. Haaa, nak kata kebetulan ke jodoh ke apa, aku tak tau. Capital A(1), capital A(2), capital A(3) ada sekali! Masing-masing datang seorang diri. Dah Nampak aku, diorang terus ke meja aku. Rasa nak tergelak pun ada. Baru je kenal, kita orang sembang kencang macam dah lama kenal kecuali capital A(1) lah aku dah kenal lama. Mulai daripada hari itu, kami mula berkawan sampai lah sekarang dan InsyaAllah berterusan. Kedai mamak saja lah menjadi port lepak kami.

Lagu ‘Mirrors’ menjelma di telingaku. Lamunanku tentang capital B terhenti. Rupanya mereka ajak aku tengok wayang. Aku memang minat ‘Fast And Furious’! Dah movie ke enam pun. Memang laku movie ni.

“Perlu ke bodyguard kau ni ikut kita semua tengok wayang weh?”, capital A(2) menyoal. Ada ke nak tengok wayang pun ada orang nak kena jaga. Tak ada privasi langsung.

“Sorry guys, kali ini aku terpaksa biarkan. Tak sempat nak lari lah”, capital B meminta maaf.

Setelah habis menonton ‘Fast and Furious 6’ dan puas melepak di Midvalley, seperti biasa kami melepak di kedai mamak yang berdekatan dengan rumah aku. Bagi aku, kedai mamak adalah tempat yang terbaik untuk melepak. Boleh sembang kencang, makanan pun memuaskan. Chef dekat hotel lima bintang pun tak boleh masak maggi macam mamak ni masak.

“Aku tak faham lah asal makcik-makcik kawasan sini tak puas hati kalau kita lepak mamak pukul 2,3 pagi”, capital A(3) meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“Aku rasa sebab anak dia tak dapat join kita yang awesome ni kot. Alah, makcik-makcik yang complain tu pun, anak diorang lepak club. Lagi teruk”, kata aku. Ini bukan fitnah tapi kenyataan. Selalu je anak makcik-makcik kepoh tu ajak aku lepak dekat kelab malam. Apa punya perangai tak senonoh.

Seperti biasa, selepas lepak mamak mereka akan menghantar aku. Kali ni, aku hanya menumpang kereta mereka. Malas pula nak drive hari ni. Tiba-tiba, idea nakal ku menjelma. Aku mengajak mereka berjalan kaki saja untuk menemani aku pulang ke rumah. Alah, bukan jauh mana pun.

“Korang nak buat kerja bodoh tak?”, soalku.

“Buat apa?”, serentak aku ditanya.

“Jom picit loceng rumah orang lepas tu kita lari?”, kata ku sambil tersenyum kambing.

Capital B paling ketara excited nak buat benda tak senonoh ni. Yelah, dia mana pernah buat kerja nakal. Kerabat diraja semuanya beradab. Banyak juga tuan rumah yang keluar untuk melihat siapa tetamu mereka. Ada juga yang sempat mengejar kami. Sejujurnya, ini adalah benda yang paling seronok aku pernah buat. Kalau tak percaya, cuba buat.

Buka saja pintu rumah, kedengaran suara umi aku memanggil aku. Aik, selalunya dah tidur. Pelik juga aku umi masih belum tidur.

“Umi nak anak umi ni kahwin”

Kahwin?! Aku cuba menghadam apa yang diperkatakan oleh umi aku. Oh tidak, belajar pun masih belum habis, nak kahwin dah? ‘Umi, anak umi ni baru 20 tahun’, malangnya hati aku saja yang bersuara. Bibirku kaku.